Friday, October 24, 2014

Winter Trip Korea : Sokcho dan Seoraksan


SALAM MAAL HIJRAH



Berkepam dah wei cerita Korea aku nih. Trip bulan Feb lepas tapi bila dah sampai angin nak update tu layankan jela. The reason iols terpaksa rela update story ni ramai pulak emel pasal trip Korea ku yg tak semenggah. Yelah skang dah nak masuk winter so ramai la duk usha sana sini trip winter. Ye dak?




17 Feb 2014


Sambungan kami balik petang dari Yongpyong menuju ke Sokcho. Sokcho? Sokcho adalah sebuah bandar di pinggir pantai dan dari situ lah kita boleh pergi ke Seoraksan atau Mount Seorak.

Sesudah kami sampai di terminal bas Sokcho, kami perlu naik bas no 7 or 7-1 menuju Seorak-dong. Harga 1000won per trip.Tunggu bas sebelah mini market tu je dekat dengan terminal Sokcho. Jadual bas semua dah ada.



Kami menempah penginapan satu malam di  Hangang Park Motel via Agoda.com sebab motel tu paling murah harga RM130 satu malam , ondol style. Highly recommended!



Snow kotor kawasan bandar ni. Tak mampu nak snap gambar masa tengah tunggu bas sebab sejuk melampau. Sambil tunggu bas melompat2 kesejukan.



Bila bas dah sampai tu kami naik and terus tunjuk voucher hotel kat driver and mintak dia drop weols kat depan motel ni. Perjalanan lebih kurang 30 minit.




Hah ni motel nye. Ajumma yang sangat baik hati membantu kami walau dia sepatah haram tak cakap English.


Motel ni tak susah pun carik sebab betol2 ke jalan menuju ke Mount Seorak. Tapi bila aku aku book motel ni gambar pesen lain bila dah sampai eh betul ke driver bus drop kita kat sini. Mana taknya separuh tingkat dah kena tutup dengan snow .


Kami check-n dalam pukul 9mlm. Ajumma yang sambut kitaorang time tu dah tido. Sian plak dia . Ada satu kisah masa dia nak bagi towel kat ktrg dia terjatuh tangga tersungkur. Sebab gelap time tu. Double rasa bersalah. Dia duk sebut "kenchanayo2".  Motel ni lengap dengan kantin, magi free pon dia suruh amik .




Jenguk belakang motel woaaaaaa daebakkkk!!! Macam ada kat belah2 europe and merry xmas ho ho ho hOverr.


Ok. Tido time. Esok pagi nak gi Mount Seorak!


18 Feb 2014


Pagi bangun bukak tingkap nampak view ni. Nangesss. Malam tadi sampai tak nampak pape. Excited wehh sume memutih.







Pagi tu kami brekpas dengan roti tuna bersama kopi jenama Maxim. 3 kali bancuh kopi. Ajumma tu datang borak2 dengan kitorang. Rasanya penginap motel ni kami ni je sebab memang tak nampak dah orang lain makan2 kat kantin.




Sebab excited sangat tengok snow tebal bergambar sakan kitrg kat belakang motel. Haha. Belakang rumah la senang kira.



Kereta pon dah tertimbus.



Kegigihan ajumma sodok snow untuk keluarkan kereta husband nya. Melayan dia ngan kitorng bergambar sana sini






Aku ni konon2 bajet nak rasa sejuk takmo pakai winter jacket sebab nampak gemok. Hakikatnya tak tak sangup.





Lepaas sakan bergambar belakang motel kami pun check out motel untuk ke Mount Seorak. Masa ni agak risau taw takut cable car tak beroperasi.






Bye2 ajumma yang baik hati dan sporting. Hantar kitorang sampai bus stop okehh.





Mana pegi semua orang ni?? Mendung je cuaca dengan limpahan snow. So untuk ke Mount Seorak pon kami amik baas no 7 or 7-1 harga 1000won. Dalam 10minit dah sampai hah.














Default aku sampai sini sebab dalam gambar orang lain mostly tade snow. Ni macam betul ke sini sini.




Gambar wajib bila dah sampai sini





Menuju ke kaunter tiket untuk masuk ke Mount Seorak. Harga tiket masuk 3,500won seorang.





Berseni la tu letak tiket atas ais. Hihi



Cable car beroperasi seperti biasa tapi tu la pelancong tak rami pon masa ni. Tak perlu berasak beratur tunggu naik cable car. Sekali jalan je. Return fee cable car ke Mount Seorak 9000 won.











Amik satu locker sumbat beg dan barang2 yang memberat. Murah je locker ni dalam 500won.


Sampai atas puncak semua view putih. Mana gunung mana pokok mana jalan sume dah jadi sama je.


Jomlah layan gambar























Salah langkah memang tergolek ke bawah la










Nak turun pon licin sakit bontot tergelicir. Haha







I miss snowing day! *baru 1st time*








Pekena hoc choc kat atas sana jumlah turun ke bawah. Kami tadelah panjat sampai ke puncak tu separuh pon tak sampai sebab licin betul track. Tak sanggup nak amik risiko. Orang lain pun macam tu.






Sementara tunggu bas 7-1 datang untuk ke Terminal Bus Sokcho kami pekena bekalan roti tuna. Umphh sedap betol makan sejuk2 gini gaya




Bye2 Mount Seorak!



Lori kaut snow. Kerap sangat lori ni kaut snow .Yelah laluan kereta kan.

Sampai di bandar Sokcho, singgah sekejap market dorang . Ingat nak cari restoren makan2 tapi tak jumpa yang menepati piawaian. Dah la sejukk gigil.




Otw jalan ke market tu. Kalo anak hilang sini tak jumpa dah. hehe












Masuk amik syarat je . Barang2 basah banyak la jual kat sini. Kata pasar .





Dalam pukul 3.30 petang kami pun berangkat la ke Seoul. Harga tiket bas Sokcho-Seoul only 17,300won one way. Dalam bas 2jam tak boleh tido sebab duk depan sekali and kena ngadap dorg bukak tv Winter Game Sochi.



Bye Sokcho!!! U give me amazing exprience and wonderful people!!



Okkk. Tammat la kot kisah Koreaa. Hakhak.


5 comments:

  1. Wow best gila! Cantik and puas main snow! Btw kami baru post pasal trip 8 hari di Melbourne & Tasmania. Kalau ada masa jemput singgah di www.thetravelling3o.com :)

    ReplyDelete
  2. Salaam sis, nak tanya sis tak bawak luggage ye pergi korea? Kalau pergi mana-mana luggage letak kat mana ye? Nak pergi bulan jan ni, winter! Hope you can reply :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak tapi masa pegi sokcho n yongpyong ktrg tgl bag lugage kat apartment. Kat subway seoul pon byk jgk tempat simpan beg.

      Delete
  3. Salam,nk tanye..u all naik bus 7-1 dr hotel-seoraksan-sokcho bus terminal tu just pki t-money kan?no need to buy ticket?tqvm!!!

    ReplyDelete
  4. Berapa rate motel tu?

    ReplyDelete

Thanks for dropping a comment