Saturday, December 14, 2013

Total Expenses My China Trip


Ok. Kat sini diletakkan main total expenses. Yang runcit-runcit tu dah lupa ahkak..




Jarak perjalanan sebanyak 3241km



Total expenses ni per person yea.


Flight tix : RM280 (KUL-HGH) + RM300 (CTU-KL) + RM81.50 (Lugage + AA Travel Ins+ Meal On Board) + RM189 (Optiontown) = RM850.50

Accommondation  : 262.50 yuan (Hangzhou+ Shanghai) + 216 yuan (Beijing) + 98yuan (Xi'an) + 75yuan (Chengdu) = 651.50 yuan / RM325.75

Transportation ( Ni naik train sahaja ) : 80 yuan (CRH train, Hangzhou -Shanghai) + 555yuan (CRH Train, Shanghai-Beijing ) + 515.5 yuan (CRH train, Beijing-Xi'an) + 213 yuan ( K879 train, Xi'an-Chengdu)
=    1363.50yuan /RM681.75

Meal : 50 yuan per day X 11 = 550yuan /RM 275 ---> Tapi makanan sana murah sehari belanja makan tak sampai 30yuan


Entrance fee : 150 yuan ( Hangzhou & Shanghai) + 210 yuaan (Beijing) +230 yuan ( Xi'an) + 58 yuan (Chengdu) = 648 yuan /RM324  *Di Beijing banyak tempat ada entrance fee tapi kena skip sebab tak cukup masa*

Subway/Metro/Bus/ Airport transfer : 212yuan / RM 106


GRAND TOTAL : RM850.50 + RM325.75 + RM681.75 + RM275+ RM324 + RM106 = RM2563.00

Lepas tolak flight tix total kami bawak cash expenses sana only RM1700 untuk 11 hari 10 malam. Duit shopping paling sadis sebab aku bawak RM700 sahaja tapi dapat topup sebab duit makan tu berlebih banyak.


Konklusinya, trip China ini paling mencabar dari segi buat itinerary sebab kami mengambil masa 4 bulan nak siapkan segala makumat penting, meeting 2 kali. Banyak membantu website ni www.travelchinaguide.com.  Blog orang lain tu tak banyak sangat la lebih2 lagi Hangzhou. Hope my coretan perjalanan ke China ni dapat lah membantu anda yang nak kesana. Sangat berbaloi dan tak perlu pergu dgn travel agent. Sebab transportation di China sangat bagus. Walaupun mereka tak pandai English, kalo tanya dorang jawab je dalam Mandarin then korang serap la buat2 paham. Wahaha.



SO, HAPPY TRAVELING PEOPLE!!


Sunday, December 1, 2013

Only in China : Jinli Street and Chengdu Shuangliu International Airport [FINALE]


22 April 12013 -Monday [Day 11]


Akhirnya, dah sampai di episod terakhir. Boleh tutup kisah China lepas ni. Horeeyy!! Ok. Sambung kisah yang lepas. Setelah sampai di perhentian terakhir bas nombor 60, kami pun turun. Ketika itu dalam pukul 3 petang la. Ada masa lagi nak pergi ke destinasi seterusnya iaitu Jinli Street. Almaklumla flight kami balik ke KL pada jam 11.55 malam nanti. So, tak payah rushing sangat lah.

Mengikut itinerary kami buat untuk ke Jinli Street naik bas. Tapi kami dah tak kuasa nak naik bas. Baki duit yuan pun boleh menampung naik teksi. *berlagak* . Dengan konfiden kami pun naik teksi cakap je Jinli Street.



Tahan teksi tengah-tengah jalanraya masa traffic light merah. Skill mana tah amik ni. Masa dalam teksi ada kisah jugak la. Orang Chengdu ni nampak nampak kami yang pelik memang dorang ajak berbual tapi tu lah serupa cakap dengan orang bisu. "Ergh erghh" "Aaaa" "Oooo". Driver ni ada cakap sesuatu yang kami lama betul la nak paham.   Last2 paham jugak, rupanya nak tukar duit yuan dia ngan duit RM1 . Mula-mula bagi la sekeping, kira sekeping tu sedekah la. Pastu dia tolak duit tu. Call member dia, Ntah apa yang dibincangkan. Lain la loghat Mandarin dorang ni. Then, mitak lagi duit RM1. Rupanya dia nak RM1 yang banyak 10 keping. Mana la kitorang ada sebanyak tu. Tukar la seberapa yang ada dengan yuan. Nasib baik dah sampai kat Jinli Street. Tambang teksi lupa! Tapi murah kurand dari RM10 satu teksi.





Motor bateri dan basikal .Jimat petrol.



Jinli Street


"Actually Jinli Street is part of the Wuhou Shrine Museum. It has become a major tourist attraction in Chengdu, attracting a great number of travelers each each year, which boasts of ancient buildings, traditional cultures, local food and customs.
 
The street of Jinli is to immerse people into the atmosphere of the old Chengdu and give people an opportunity to savour local cultures and foods." HERE

Jinli Street ni ala-ala ada bangunan lama la. Tapi ketika kami pergi sangat ramai tourist. Jadi, jalan bersesak dah tak best. Lagipun kat sini banyak jual barang alat sembahyang, patung , colok. Souvenir tade, Kami just nak jalan-jalan je habiskan masa and kalo terjumpa baju I Love Chengdu, boleh la rembat untuk diri sendiri.













Orang betul ni. 













Dah habis keliling tempat ni, tahan teksi balik ke hostel. Tapi singgah makan dulu kat resteron muslim yang pegi kelmarin. Lebar betul pakcik tu senyum tengok kitorang datang melantak lagi. Dah tade restoren lain dahhh.


Pukul 8 malam , teksi kami untuk ke airport pun sampai. Ni suruh orang hostel call kan. Satu teksi 80yuan/ RM40. Amik 2 teksi. Sementara tunggu teksi, kami lepak kat lobi berborak geng travel 10 orang samping tulis laju2 poskad tertunggak sejak dari Beijing.  Rancak betul kami berbual. Dorang rilek je cakap teksi pukul 9 ke pukul 10 camtu la. Padahal sama flight balik ni.

Sekali dah sampai airport, cehh. Dekat sangat airport ngan Traffic Inn Hostel. 15 minit je kottt. Patot la deme rilekkk je..





Almaklumla, dapat premium seat kan. Tak payah beratur panjang dengan orang lain . Dan paling penting tak perlu risau berapa kilo beg. *blow nails*

Masa check in lugage aku untuk kargo, tetiba scan dia berbunyi kuat. Customer service mitak punggah balik barang-barang. Bukan ada bawak barangan terlarang pun. Rupanya, power bank, pendrive,  yang sumbat dalam tu tak boleh . Ape ke peliknyaaa power bank tak boleh masuk kargo. Terpaksa la angkut 5 kotak dalam hand lugage.






Mula plan nak solat dalam kapal je, sekali tempat boarding ada sediakan surau okehh. Apalagi, solat jamat Magrib and Isya' kat sini la dulu. Naik flight boleh teros tidoqq.









Till we meet again China. 






Owww. Macam ni FA buat announcement. 


Pukul 4.30 pagi, selamat mendarat ke LCCT. Tido pun lena woi dengan selimut tu, seat pun bole adjust. Suka2. Tak masuk ofis pagi tu, amik MC. Suara dah tade and sakit tekak.



THE END 

Next entri kita reveal berapa total damage trip kali ni.