Monday, December 31, 2012

New Book 2013

Alhamdullilah masih lagi dipanjangkan umur menempuh ke alam 2013.

Semoga daku kurangkan la kemalasan dalam blog ini.



This is my new book . Rabak poket jugak la (RM117 di Kinokuniya) tapi bila dah beli terasa sangat berbaloi. Boleh la feeling nak buat hobi baru kumpul LP. Sapa nak pinjam Iolss sewakann seminggu RM5. kakaka.


Bye 2012, hello 2013

Sunday, December 23, 2012

Itinerary 7 Countries for 19 days!




Kawan saya adalah semangat okeh. Ajak pergi Turkey-Greece-Italy-Morocco-Spain-UK-France trips. Gila apa 19 hari kena travel dengan cuti yang semput-semput nak menyimpan. Simpan duit apetah lagi.Dia punya semangat within 2 3 days dah siap itinerary ni. Total spend include tix flite+hotel+entrace fee RM8k++. Berbaloi ke tak??




Tapi planning dia 2014. Hoih! 2013 tak menjelang tiba lagi. Kalau ikot trip dia kompem setahun tu trip ni je cover. Quite interesting kan?!




Sunday, December 16, 2012

My Future Bookings - Spring's Trip


Disebabkan China's trip yang bakal tiba padahal lambat lagi woi bulan April nanti. Iolsss dah booked hostel. Macam biasa tempat booking membooking kat Hostelworld.com and Booking.com. Chepskate travellers layak menginap di hostel saje. Fuhhh. Nasib baik hostel di China murah2. Range harga kitorang dapat dalam RM25-RM40 semalaman. Trip pun 4 orang sahaja and all gegirl senang la kita book 4 female bedrooms. Hotel di Hangzhou not yet booking sebab aku aim nak booked kat Green Tree Inn, Zhongshan Middle Road betul-betul sebelah Pheonix Mosque and Muslim Street.






Getting more excited planning this trip. Padahal pegi HK dulu next month. 








Semoga dipermudahkan segala perjalanan kami nanti. =))





Sunday, December 2, 2012

Deejavoo di Kinabalu

Trip Sabah berjaya. Fully sponsor by incik ayah. Kekdahnye ahkak dah belanja tix flight.

The worst over moment masa kat LCCT seb baek tak tertinggal kapal terbang. Bayang 10 minit before take off baru nak naik. Berlari keliling LCCT on that time. Darah kering pucat lesi. Kalo tertinggal malu weh dah amik cuti bergebang ngan member.

Sabah best. :-)

Bagpack

Semalam pegi whosale UFL kat Sri Damansara. Tujuan beli bagpack. Alhamdullilah dapat beli bagpack deuter futura 45l+10l only cost RM 395. Normal price adelah RM600.

Ramai gak umat datang gudang situ. Murah okehh hari2 bukak web deuter yg ori telan air liur sebijik beg RM600 keatas.

Harga yang riban2 tu bayor sekali beg member 2org. Handbag ai pun xsemahal bagpack nih. -_-..

Friday, November 2, 2012

November Already!


Hello November!!! Elok la sangat ko Ain update blog spesis sebulan sekali. Tadik selak2 manage my booking nak check in utk pegi KK 2 minggu lagi kat web Air Asia. Omo omo. Bersusun berderet trip ai next year. Agaga.( member lain sibuk plan kawen nikah bagai, haku?? Seb baik ado geng travel) 


 Masalah skang adelah trip KK. Cik emak tersayang xmo nak ikot plak padahal masa beli aritu dia kemain eksaited nak pegi. Kes xnak ikot sbb fobia n takot naik kapal terbang, Aiyohh..  Masih ada masa untuk pujuk dia ikot. Kitorang dah pakat nak bagi ubat tidor je kat emak masa boarding. Senang citer.










Eksyen jap first time ada name card sendirik. Padahal position kulikutif jek. Coi~ 


Thursday, October 4, 2012

October!!

Omo! Cepat nya masa berlalu.

Baru ghase raya aidilfitri tup2 2 3 minggu nak raya Aidil Adha. Alhamdulliah tahun ni tahun pertama saya take part dalalm ibadah korban semenjak berkerjaya.. =))



About kerja, banyak betul rombakan yg dibuat sejak 27September lepas dah rebranding nama company Tune Insurance. Sampai baju tshirt logo lama pun tak boleh pakai. Kita sebagai kuli orang bawah ni, ikutt saje lahhh. Dulu awal2 tahun bila tengok Peter Miller CEO Tune Money datang ofis kemain over excited skang dah selalu nampakk buat dek jekk.


Silalah sape peminat Korean drama tengok drama nih!!! Highly recommended! Bestt siakk even hero tua tetap besh la.

A GENTLEMAN'S DIGNITY!




Ok. Wasslamm.

*sebok kaji mengaji trip China next year. *

Tuesday, August 14, 2012

Salam Aidilfitri

MALAS okeh nak update. Tapi jadikla ada 1 entri dari tade kan.

Update terkini :-

1) Terjebak beli Ephyra yg banyak dicanangkan. So far adelah sangat ok. Sahur kadang minum segelas Ephyra and kurma boleh bertahan lagi bertenaga sampai petang. Tapiii, bila pas Maghrib mengantukk yg amat.

2) Gua angkat Galaxy Tab 7.7 di kala promosi Ramadhan. Maka raya tahun ni ala kadar tade baju lip lap beg shing2.




Rindu NZ. Serious nak repeat NZ lagi. Maybe 2014 dakk??


Byeee!

Saturday, July 21, 2012

Bila Tony Fernandes Datang



Masa tengah syok buat kerja pukul 10 pagi tadi, tiba2 datang la x-CEO Air Asia Tan Sri Tony Fernades kat department kami. Gila terkujat ok ingat sapa yang dtg sorang diri. Lepas tahu beliau terus kecoh ofis tu. Dapat la jugak saya bersalam dengan beliau. Beliau adalah sangat humble!! 



Millionare okehh sape tak nak bergambar. Entah tahun bila pulak nak jumpa



Jenis beliau amik gambar memang peluk bahuu. Nasib la sape dapat dipeluk





Kalo beliau jalan sorang macam ni memang x kenal la dia Tony. Hehe. Tade nak berkot bertie segala. Sempoii.




Lama jugak la beliau punya mukadimmah. Dalam sejam tapi ada la jenaka2 nya. Serious tak macam orang kaya2 yang berlagak. Best part masa nak amik gambar ramai2 sbb beliau nak upload dalam twitter. Beliau pergi dekat big big bosses company ku, beliau selamba je bukakkan tie. Beliau suka kasual. Apelagi bertepuk sorai bagai la kitorg. Mat salleh Peter Miller, CEO Tune Money ada, yang selalu dengan dia Dato'Kamarudin Meranun ada. 

Sempat beliau membagi tiket free perlawanan bola sepak QPR - Kelantan. Daku tidak pegi la. QPR berjaya menewaskan Kelantan 5-0 kan?? Terbaikkkk.

Laju je beliau upload twitter!! 


OCA soon to be Tune Insurance. Our new Insurance company. Great people.

Tuesday, July 17, 2012

Salam Ramadhan

Dalam tak sedar dah nak masuk Ramadhan. Alhamdullilah.  Berazam nak Terawih!

Jumaat lepas aku turut bergasak singsing lengan dengan mereka yang lain di Sogo. Tapi aku tak lah amik AL macam ofismate lain. Pergi lepas keje lega skit orang lain pakat sudh shopping. Dan hasilnya dapat lah adik2 and ayah baju sehelai seorang. Murahh okkk. Berbaloi rasa pergi.

Now tengah buat plan untuk my family trip ke Kota Kinabalu, Sabah bulan November antara cuti Deepavali dan Awal Muharam. Kekdahnya tix murah RM30. Dapat la gua belanja 7 orang mak pak n adik2. Fakta: Saya tidak pernah ke KK apetah lagi ke Langkawi. Pastu pakat sume nganjing

" Amboih, NZ dah pegi, Langkawi xjejak lagii"

Dan juga cari pakej untuk ke Pulau Perhentian, Cuti2 dalam Malaysia jelah kita tahun ni yek.

Ok. Itu saje. This Thursday, Tony Fernandes will visiting my office. Atenye ofis kita dah take over by Tune Money.


Saturday, July 7, 2012

Misi Ku 2013

Salam.

Masih tergendala nak update Travelblog Bandung-Bogor-Jakarta. Kendian2 lah. Next year me will be full trip. Cayolah cakap den.

Yang dah confirm :

Januari 2013: Hong Kong ,5 hari
April 2013 : Hangzhou - Shanghai - Beijing - Xian - Chengdu , 10 hari (Keliling China)

Insya Allah nak terjah jugak next year :

Korea - November 2013

Pastu macam eh aku teringin lah nak pergi Jogjakarta. N yes aku memang nak gi Jogja lah. Maybe middle of the year. Yang ni 4 hari pun ok lah.

Amin. Harap2 termakbulah impianku nak melihat bumi Allah. Asik nak berjalan sangat sampai skang aku tade beli kereta lagi dah setahun lebih kerja. Lebih suka naik LRT saje. Alah jimatt. Ofis pun semedang je dengan LRT Putra. Kalo ado kete tade nak mampu aku nak savings bulan2 banyak, bagi adik2 n makpak.


Skyline Rotorua, NZ


Daaa!!

Friday, July 6, 2012

Bank Islam Credit card I

Salam!

Dapat statement Credit card (CC). Ai kan pengguna CC Bank Islam. Kata bapak nye keje manager bank, anaknye kena la buat CC Bank Islam.

Aku buat CC ni semata untuk travel. No shopping aa. Mampus hujung bulan nak membayar. Setakat ni dah 3 4 bulan guna tade oustanding. Tapi bulan ni gamaknye ada oustanding dalam RM500 ditambah member yg pinjam CC masa kat Bandung tu xmampu nank bayar full.

Apa yang nak cerita kat sini, tilik statement acc CC dia rate dia charge lagi murah okehh . 1juta RP= Rm335. Murah tak?? Sebab kawan ku withdrawl duit kat CIMB Niaga sana mahal. Lagi murah dari tukar duit kat money changer. Marilah sama2 guna CC Bank Islam.

Ok. Itu sahaja yang mahu dibebel kann!!

Monday, July 2, 2012

Travelblog Bandung (Part 1)

Salam.

Lepas seminggu trip ke Bandung-Bogor-Jakarta baru I ada mood nak update blog. Sudah nama Blog Malas, so entri yang up pun memang nampak kemalasannya.

As usual, nak naik Air Asia (AA) tiket haruslah beli awal nak murah. Tiket ke Bandung (BDO) beli bulan September 2011 masa tu baru 2 hari balik dari NZ. Mood masih kat NZ pastu member uni saya bising2 ajak gi travel. Nasib la tiket murah RM30, kalo 5 6 ratuss celah mana nak cekau pada waktu itu. Kami beli 1-way sahaja.

So, 20th June 2012 kami akan terbang ke Bandung. Our flight been rescheduled dari pukul 830 pm ke pukul 1130pm. Lega jugak rescheduled, incik bos aku petang tu amboih kemain paksa aku beresin keje2 siap warning " Nak bercuti jangan la time closing account" Maap boss. Keke.




Mereka yang terlebih excited first time nak ke oversea. 



Gratisssss



Declaration form paling malas nak isi.



Ahkak kebulurr ok. Balik dari kerja pukul 6, petik sana sini kat umah pukul 8 dah ada  kat KL Central. Lupa nak makan. Seb baek pre-order sepgehetti. Kenapa yek dalam flight susah benor nak tido, tp dalam bas gerak 5 minit teros lentok tido??



Sampai sana pukul 1230 sedia maklum waktu Indonesia lambat 1 jam. Alorhh. Memang betul orang lain cakap airport BDO kocikkkk. Masuk imigresen beratur, eh sebelah tu drop lugage, kang selang dua ehh dah pintu keluarr.

Disebabkan trip kali ni 6 orang, kami pakai supir la. Boleh tuang2 kan. Guna supir under Iwan. Boleh emel di setiawantransport@gmail.com . Nanti dia bagi quotation harga berapa-berapa.


Kami menginap selama 4 malam di Neina Guest House. Yep. Agak jauh dari perkotaan tapi we hired supir yang memudahkan lagi keje. Guest House ni terletak di Cigadung Raya Tengah, fuhh memang betol2 bukit sejuk nye ya ampunnnn. Kalah Cameron. Hehe. Pukul 1 2 pagi si Fajar (supir) mencari guest house. Hehe. Preparation saya dah print out sesiap map ke guest house itu. Jumpaakk jugak.


Mula2 sampai Guest House, impressed!! Woaa 4 bilik rumah 2 tingkat. Kami berenam. Memang 1 bilik lagi kosong la. Love this guest house.






Dapur yang tak berasap.



 Sesuai la kepada mereka yang datang by group or family menginap di Guest House ni.


Bilik nih tingkat atas ala2 Japanese style. Love it!



Pukul 2 pagi masih cargas. Memang cargas okeh, bangun puklu 530 solat subuh mata dah segar bugar. Aku ni ngeng 2 3 kali mentilik jam waktu Subuh dah masuk ke belum. Pukul 6 am kat sana dah macam pukul 7 Malaysia. 








Aktiviti day 1 (21hb June) adalah menabur uang di Pasar Baru. Memang betul la orang cakap, seharian ko kena bertebeng kat Pasar baru nih. 

Situasi agak terkejut bila sampai Bandung :

1) Dorang suka hon kenderann (dorang hon mean kena bagi laluan)
2) Jalan raya kat sana humangaihh kocikk yang muat 1 kereta je tapi dorang boleh buat 2 haluan tak termasuk yang penjual tolak kereta bakso, bihun, gorengan 
3) Suka bagi tips. Acer bayang ko nak u-turn kereta je ada orang yang tukang jaga, kang kejap pak supir kami hulur tips kat deme. Itu tak termasuk tip nak keluar simpang, parking kereta. Boleh jugak aku buat part time time hujung2 bulan berdiri kat simpang mana2 dapat tips.
4) Orang Bandung ni keturunan Sunda, mereka adalah ramah tamah! Rajin menegur kita dari mana mana. 
5) Macam dalam sinetron, setiap kali ada trafic light kereta stop, ado lah macam2 ragam manusia yang mitak sedekah, jual air, jual bunga, gorengan kat tengah2 jalan. Budak yang 3 4 tahun pun turut serta, Mana la makpak dorang. 





Sampai Pasar Baru semua meroyan tengok barang tade dah snap pics. Buildings kat Bandung rendang+ rapat. 


Tak berkenan aku baju batik dorang. Kain batik iye.


Kain lace pun murah. Beli2. 



Aku nak kahwin nanti datang sini la semata nak buat persiapan kahwin. Keke



Lagi nungguin makanannya




Fuhh. Memang pekat lah jus alpukat nih (avocado). Murah pun murah.




Penat shopping, pergi Lantai 6 foodcourt. Ada masakan apetah sekali dorang buat keluar asap berkepul-kepul and confirm orang sekitarnya terbatuk-batuk. Masakan Sunda adelah kering. Tade kuah, Ayam kat sana haluihhhh. Tanya akang (panggilan lelaki bahasa Sunda) napa ayam kocik sangat , dia cakap " Ayam korupsi" T__T. Tapi sambal belacan dia pedasss. 




Main melambak jek kat situ sampai kita nak beli pun tade mood.

Lepas kenyang, solat di musolla (Lantai 8) sambung shopping. Korang akan terkejut tengok toilet musolla Pasar Baru. Ahaha.. Misi selepas itu mencari kain sulam. Dapat la rembat 7 8 helai. Dapat sepasang RP140k.

Pasar Baru tutup pukul 5. Take note people! Apa lagi, ke Factory Outlet(FO) lah kita. Pak supir bawak kami ke FO area Jalan Dago. Murah lah Jalan Dago berbanding Jalan Riau, Jln Sukajadi.




Hasil rampasan kami. Kira ok la sebab kami tak masuk golongan mak2 orang. 

Disebabkan dah bangkrup 1st day, malam kami beli roti sapu jem sahaja. Kakaka.

Tips:
* Baik tukar sesiap duit kat Malaysia. Member withdraw duit kat CIMB Niaga charge 1juta RP= RM348. Aku tukar kat Masjid India 1juta = RM336 sahajo.
* Makanlah di kedai proper.
* Bila bayar ada baki cek lah balik duit baki itu
* Kalo bawak anak kecik macam kesian pulak dibawak ke Pasar Baru ni
* Sila silangkan beg kedepan. Ramai pencopet.

Till thenn....

[To be continued]



Tuesday, June 26, 2012

Travelblog Bandung - Bogor - Jakarta

Haluuu. Hari ni malas-malasan amik EL. Sampai pukul 12am semalam kat rumah. Sampai KLIA dalam pukul 9pm.  First time naik Garuda Indonesia. Kekdahnya nak merasa flight laen. Balik2 Air Asia kan. Member cakap Garuda Indonesia macam MAS. Aku tak pernah naik MAS so kalau orang lain citer boleh la berlagak korang dah naik Garuda Indonesia?? Hahak. But not very smooth landing bergegau hah. Flight pun delay kes nya flights nak depature pun macet (jem)  beratur 5 6 buah nak berlepas.

Masa nak scan barang2 kastam Malaysia, amboih pak kastam nya ingat kami ni orang Indon. Siap speaking Indon lagi. Hoi, muka orang Malaysia la. Lepas gitau orang Malaysia, teros abg2 kastam tukar loghat Kelate. Aiyohh.







Bandungg bessstt. Nak pegi lagi untuk shopping lagi next year untuk raya. Hehe. 

Ok2, nt dah ada mood ai update blog. 

Saturday, June 16, 2012

Travel Mood

Salam Sabtu bersama ditemani oleh Kolumpo yang jerebu dengan teruk.

Hoih. Malas betul ai nak hapdate blog.Next time lah sambung travelblog pasal NZ. Kakaka.  Tapi bukan ada orang baca pun just sekadar suka-suka untuk diri sendiri .

Semalam aku pergi test Takaful kat OUM Jalan Tun Ismail. Sekadar nak buat part time and membantu saudara Islam dalam takaful. But the result adalah FAILED. Sudah ku agak. Susah wehhhh soalan dia ke aku yang x baca. Semangat tau ambil halfday Jumaat. Sebab failed la kuatkan semangat lagi nak amik the test for the second time.

Hoh. Rabu ni nak g Bandung  Jakarata. Trip kali ni aku yang handle sume. Member hanya ikut je.. Ketua rombongan la aku ni.Umur 24 baru nak gi Indon. Kehkeh. Yelah dah ada duit poket sendiri baru la dapat merasa jalan2 melihat dunia. Tu la Ain masa sekolah tak nak belajar rerajin kalo tak boleh belajar oversea. Xpelah rezeki memasing kan.

Semoga perjalanan ku ke negara yang sokmo macet berjalan lancar,




Testing my brand new camera, Lumix GF3-K. 

Sunday, June 10, 2012

Amazing New Zealand [Part 2]

Kita sambung siri jelajah NZ..


Domestic flight kami ke Auckland dalam 1 jam 30 minit. Sempat lah lelap. Cer bayang waktu kat sana cepat 4 jam. Kira flight kitorg pkl 7.20pg tu kira waktu malaysia 3am memang tengah nyenyak tido.


Hah. Masa kami pergi NZ, dorg ngah sibuk start Rugby World Cup. So, memang nampak la semangat rugby di mana-mana.

Sampai di airport Auckland, kami terus menuju keluar cari shuttle bus. Destinasi kami ke Symond Street. Hehehe. Kat sini pun kami menumpang rumah kawan yang study kat Uni Auckland. Shuttle bas dorg tempat letak bagage segala ada satu kotak letak belakang van. Comel je masa di tarik. Naik shuttke bus,sorang kena bayar 13nzd utk ke Symonds Street. Kira ok lah kann.




Auckland xda la sesejuk Christchurch. Light2 je suhu nya. Masa ni dalam pkl 9am








We're ni Auckland bebeh!!! NZ ni jalan raya nya memang terbaik n the best thing is tak da kena tol.




Lepas habis sesi peluk cium jumpa kawan lama, bukak2 pintu apartment fuhhhh nasii lemakkkk. Berselera kitorg makan padahal baru semalam makan nasi lemak. Tekak orang Melayu katakann.Thank you my beloved friend, Izaah aka Bolat for the delicious nasi lemak ever in NZ.




Kiwi fruit memang totally dari ladang. Sodapppp. 




Lepas kekenyangan, apa lagi mood bergambar kembali. Belakang ai tu Auckland Tower. Apartment dorang comel! Tapi sewa makhaik mahal.




Then, teruskan perjalanan jalan-jalan Auckland Uni. Suka lah kat sini sebab pedestrian sangat diutamakan. Kat Malaysia lebih lagi KL, lampu dah merah kita lintas, kereta pun sama naik lintas. Kena carutan "babi" seketul dari mulut gua.  



Agak2 boleh tak hantar salam perantauan Raya Aidilfitri tahun ni??? Owh. Masa ni kami pergi late winter nak masuk spring so semua pokok membotakk.




Kat Malaysia, ado ko nak guling2 atas rumput? Takda nya, Silap hari bulan terduduk atas tahikk kucingg.



Kawan ai Khal ni, pandai posing macam2 gaya amik gambar. 




Clock tower behind us! Hah ni lah sahabat ku yang study kat Uni Aucky ni.



Bunga je ada, daun xda




Baik cakap cantik gambar nih!




Meneruskan perjalan ke Queenstown Road. Ni kira kawasan taman la. Pukul 12 tengahri kat sana boleh santai tengah alam, Kat sini 12 tengahari berpeluh-peluh dah aihh.



Cover photo kengkonon.




To be continued...