Monday, July 2, 2012

Travelblog Bandung (Part 1)

Salam.

Lepas seminggu trip ke Bandung-Bogor-Jakarta baru I ada mood nak update blog. Sudah nama Blog Malas, so entri yang up pun memang nampak kemalasannya.

As usual, nak naik Air Asia (AA) tiket haruslah beli awal nak murah. Tiket ke Bandung (BDO) beli bulan September 2011 masa tu baru 2 hari balik dari NZ. Mood masih kat NZ pastu member uni saya bising2 ajak gi travel. Nasib la tiket murah RM30, kalo 5 6 ratuss celah mana nak cekau pada waktu itu. Kami beli 1-way sahaja.

So, 20th June 2012 kami akan terbang ke Bandung. Our flight been rescheduled dari pukul 830 pm ke pukul 1130pm. Lega jugak rescheduled, incik bos aku petang tu amboih kemain paksa aku beresin keje2 siap warning " Nak bercuti jangan la time closing account" Maap boss. Keke.




Mereka yang terlebih excited first time nak ke oversea. 



Gratisssss



Declaration form paling malas nak isi.



Ahkak kebulurr ok. Balik dari kerja pukul 6, petik sana sini kat umah pukul 8 dah ada  kat KL Central. Lupa nak makan. Seb baek pre-order sepgehetti. Kenapa yek dalam flight susah benor nak tido, tp dalam bas gerak 5 minit teros lentok tido??



Sampai sana pukul 1230 sedia maklum waktu Indonesia lambat 1 jam. Alorhh. Memang betul orang lain cakap airport BDO kocikkkk. Masuk imigresen beratur, eh sebelah tu drop lugage, kang selang dua ehh dah pintu keluarr.

Disebabkan trip kali ni 6 orang, kami pakai supir la. Boleh tuang2 kan. Guna supir under Iwan. Boleh emel di setiawantransport@gmail.com . Nanti dia bagi quotation harga berapa-berapa.


Kami menginap selama 4 malam di Neina Guest House. Yep. Agak jauh dari perkotaan tapi we hired supir yang memudahkan lagi keje. Guest House ni terletak di Cigadung Raya Tengah, fuhh memang betol2 bukit sejuk nye ya ampunnnn. Kalah Cameron. Hehe. Pukul 1 2 pagi si Fajar (supir) mencari guest house. Hehe. Preparation saya dah print out sesiap map ke guest house itu. Jumpaakk jugak.


Mula2 sampai Guest House, impressed!! Woaa 4 bilik rumah 2 tingkat. Kami berenam. Memang 1 bilik lagi kosong la. Love this guest house.






Dapur yang tak berasap.



 Sesuai la kepada mereka yang datang by group or family menginap di Guest House ni.


Bilik nih tingkat atas ala2 Japanese style. Love it!



Pukul 2 pagi masih cargas. Memang cargas okeh, bangun puklu 530 solat subuh mata dah segar bugar. Aku ni ngeng 2 3 kali mentilik jam waktu Subuh dah masuk ke belum. Pukul 6 am kat sana dah macam pukul 7 Malaysia. 








Aktiviti day 1 (21hb June) adalah menabur uang di Pasar Baru. Memang betul la orang cakap, seharian ko kena bertebeng kat Pasar baru nih. 

Situasi agak terkejut bila sampai Bandung :

1) Dorang suka hon kenderann (dorang hon mean kena bagi laluan)
2) Jalan raya kat sana humangaihh kocikk yang muat 1 kereta je tapi dorang boleh buat 2 haluan tak termasuk yang penjual tolak kereta bakso, bihun, gorengan 
3) Suka bagi tips. Acer bayang ko nak u-turn kereta je ada orang yang tukang jaga, kang kejap pak supir kami hulur tips kat deme. Itu tak termasuk tip nak keluar simpang, parking kereta. Boleh jugak aku buat part time time hujung2 bulan berdiri kat simpang mana2 dapat tips.
4) Orang Bandung ni keturunan Sunda, mereka adalah ramah tamah! Rajin menegur kita dari mana mana. 
5) Macam dalam sinetron, setiap kali ada trafic light kereta stop, ado lah macam2 ragam manusia yang mitak sedekah, jual air, jual bunga, gorengan kat tengah2 jalan. Budak yang 3 4 tahun pun turut serta, Mana la makpak dorang. 





Sampai Pasar Baru semua meroyan tengok barang tade dah snap pics. Buildings kat Bandung rendang+ rapat. 


Tak berkenan aku baju batik dorang. Kain batik iye.


Kain lace pun murah. Beli2. 



Aku nak kahwin nanti datang sini la semata nak buat persiapan kahwin. Keke



Lagi nungguin makanannya




Fuhh. Memang pekat lah jus alpukat nih (avocado). Murah pun murah.




Penat shopping, pergi Lantai 6 foodcourt. Ada masakan apetah sekali dorang buat keluar asap berkepul-kepul and confirm orang sekitarnya terbatuk-batuk. Masakan Sunda adelah kering. Tade kuah, Ayam kat sana haluihhhh. Tanya akang (panggilan lelaki bahasa Sunda) napa ayam kocik sangat , dia cakap " Ayam korupsi" T__T. Tapi sambal belacan dia pedasss. 




Main melambak jek kat situ sampai kita nak beli pun tade mood.

Lepas kenyang, solat di musolla (Lantai 8) sambung shopping. Korang akan terkejut tengok toilet musolla Pasar Baru. Ahaha.. Misi selepas itu mencari kain sulam. Dapat la rembat 7 8 helai. Dapat sepasang RP140k.

Pasar Baru tutup pukul 5. Take note people! Apa lagi, ke Factory Outlet(FO) lah kita. Pak supir bawak kami ke FO area Jalan Dago. Murah lah Jalan Dago berbanding Jalan Riau, Jln Sukajadi.




Hasil rampasan kami. Kira ok la sebab kami tak masuk golongan mak2 orang. 

Disebabkan dah bangkrup 1st day, malam kami beli roti sapu jem sahaja. Kakaka.

Tips:
* Baik tukar sesiap duit kat Malaysia. Member withdraw duit kat CIMB Niaga charge 1juta RP= RM348. Aku tukar kat Masjid India 1juta = RM336 sahajo.
* Makanlah di kedai proper.
* Bila bayar ada baki cek lah balik duit baki itu
* Kalo bawak anak kecik macam kesian pulak dibawak ke Pasar Baru ni
* Sila silangkan beg kedepan. Ramai pencopet.

Till thenn....

[To be continued]



8 comments:

  1. Nak tanya. Guest house ni ada aircond atau kipas tak?

    ReplyDelete
  2. Nak tanya. Guest house ni ada aircond atau kipas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kipas je. Sejuk kat sini malam2 xperlu ekon

      Delete
  3. kedai2 runcit terdekat jauh tak?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wr,Wb,. Tuan /Puan

    salam ... terimakasih banyak banyak sudah sudi memberikan ruang kosong untuk promote pengkhidmatan transport saya di blog yang best sangat ini

    Yuk!! ke Bandung shoping & liburan. dika ada menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, berterampilan kemas, jujur, peramah & sopan
    (Company Name : diekha tour)
    Jenis Kereta: Innova, Avanza, Apv Suzuki, Coster & Bas.

    Anda boleh melawat beberapa tempat menarik di Bandung dengan menggunakan perkhidmatan yang menyediakan kereta yang dikhaskan untuk di sewa di Bandung, dan anda boleh memilih kereta yang sesuai untuk anda gunakan di Bandung. Anda hanya menulis e-mel kepada kami atau hubungi kami, pemandu kami dengan kereta yang anda perlukan akan mengambil anda di mana-mana di Bandung.

    diekha tour membantu anda untuk meneroka Bandung, tempat untuk membeli-belah di Bandung, tempat untuk makan dan melihat pemandangan di Bandung, panduan kami akan membantu anda meneroka Bandung City. Dan membawa memori manis.

    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung Dalam Bandar

    Kereta Taip Daily/14 jam

    Suzuki APV ( 7seat )
    Toyota Avanza ( 6seat )
    Toyota Innova ( 7seat )
    KIA Pregio ( 10seat )
    Isuzu Elf ( 11-15 seat )
    Isuzu Elf Long ( 16 seat )

    * semua dalam pakej termasuk pemandu, petrol, tol, makan pemandu.



    Email: diekha38@gmail.com;
    phone +whats app: +6281 320 627 412
    Fb. : diekha38@gmail.com / pusing pusing bandoeng

    ReplyDelete
  5. Memang la bandung best untuk shoping heehe...nak pegi bandung fajar sediakan kereta bisa whats app +6281320307849 klo nak tanya service fajar tanya sahaja ke yang buat blog ini insya allah d bagi pelayanan terbaik...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Terima kasih byk ya dah guna khidmat transport dr company suami saya setiawantransport. Nanti datang lg ke Bandung ya hihihi. Pada yang nak tanya harga transport/ sewa keta + supir boleh WhatsApp terus kat iwan : +6281221401090 a tau nak WhatsApp saya pun boleh Bella/ila : +0173029722 (leh WhatsApp sign WhatsApp call je tau coz saya kat Bandung). InsyaAllah akan bg harga yg terbaik Dan service yang memuaskan.

    ReplyDelete

Thanks for dropping a comment