Sunday, September 21, 2014

Jangan Ditipu dengan Chengalmas Travel & Tours




Bukan terjadi dekat saya tapi kawan saya. Tapi baca dari blog dia memang sakit hati je bila travel agency ni menipu kita. Paling tak leh blah dekat Ao Nang 30 orang tersangkut tak leh buat island hoppig sebab guna khidmat penipu Chegalmas . Dah la owner Melayu tapi buat onar tu ewah2 macam tak sedar makan duet haram .

My suggestion, prefer bersusah2 dulu plan perjalanan . Guna TA (travel agency) deposit duit -pastu lesap dari kabar berita.

Nak duit kemain cepat suruh deposit lepas tu tak muncul diri. Aigoo camna nak maju kalo asik menipu. Tak berkat rezeki tu nak bagi makan anak bini.




Memang SENGALMAS la.

Pengalaman sedih dgn chengalmas travel

Posted on Tuesday, September 16, 2014 by @naBest
Siapa yang follow facebook aku, mesti tau pasal pengalaman sedih aku baru baru ni masa pergi trip hatyai-krabi 13/9-15/9

Sebelum ambil dgn travel agensi ni, entah mcm mana terasa yakin. Ada jugak dok tanya2 dengan member, tapi biasalah..masalah kecil kecilan boleh di maafkan. Masa member tu bgtau, dia ada ckp diorang tak dpt hotel yg dijanjikan. Tapi problem solved. Wpun dapat hotel murah, asalkan ada hotel, diorang maafkan. Fine. 

Kes ke dua kena pada member lain. Pun masalah hotel. Tapi masa ni aku dah tak boleh cancel sbb dah buat full payment. Masa ni member aku suruh double confirm pasal hotel dengan agent ni. Takut belum book.

Full payment rm450 ye. Inclusive all. Transport, insurans, hotel, makanan, tix fees, driver and tourist guide.
Tapi yg kami dpt cuma driver, van dan hotel. SAHAJA.

Masa mula nak book tu, hari hari msg minta bank in cepat cepat. Sebab nak book hotel katanya. Ok..fine. kita pun bayar deposit dulu. Selang seminggu minta full payment. Ok la..kita pun bayar full cuma lagi 3 orang minta nak bayar di hari nak bertolak nanti, which is lagi sebulan lebih dan dia kata ok. Tapi tetiba few weeks lepas tu msg lagi minta full payment and nak by esok juga. Masa tu aku dah sound dah. Dah la mungkir janji. Lepas tu desak desak nak duit. Tapi kita ni bayarr la jugak.
Tapi kes yg menyakitkan hati bermula dari malam sebelum bertolak tu.

1. Owner janji nak dtg ambil di rumah kat alor star. Tapi malam sblm nk bertolak tu dia msg yg van xbole nk masuk malaysia.  Jenuh kena cari kereta lain nak angkut semua pi border esok paginya sbb semua dh berkumpul kat aloq star. Huhu dah la kitorg sampai rumah dah jam 5am dengan jem kat highway. Huhu
Kalau betul van tak boleh masuk, cakap awal awal or jangan janji langsung!

2. Malam sblm bertolak dia ckp jumpa dia kat bukit kayu hitam. Dia tlg uruskan semua urusan, tukar duit dan urusan di border. tapi pagi2 nak bertolak tu dalam jam 7 pagi dia msg cakap dia tak pergi, dia bg je nombor agent thailand suh kontek sendiri dan pepandai la kat border nanti. Grrr. Nasib baik kitorg memang tau nak tukar duit kat mana.

3. Dan yg paling marah sekali adalah pasal pakej yg kitorg ambil. Pakej ambil full pakej. Termasuk makan,hotel dan jalan2. Tp bila jumpa agen, agen cakap diorg diberitahu pakej saya ni cuma hotel dan driver sahaja (patutnya ada driver & tourist guide). Bila dah complaint kat driver aka guide tu, dia ckp agent malaysia suruh bayar dulu duit makan dan tiket. Balik malaysia claim dari dia.
Senang kan orang tak bertanggungjawab buat kerja?

Jenuh haku nak menjawab dgn ahli rombongan. Semua bawa duit shopping je. Tetiba kena bayar sendiri, siapa tak marah. solution terakhir, agent akan refund rm800. Duit makan sahaja. Duit tiket, nanti diorang jawab kat akhirat. Kalau boleh jawab la.

Minta refund tu pun macam minta sedekah. Janji nak bank in malam. Esok petang baru bank in. Tu pun lepas haku ugut ugut nak report. Laju je terus bank in.

Lepas tu nak jumpa haku lepas habis trip, nak bagi rm500 refund. Untuk apa tah. Ai tak gila duit hokey. Dan hari ni haku spam penuh fb dia. Laju je delete smbl wasap merayu mnta maaf. Sori laa..sbb dh bengang.

Lepas tu offer trip free ke krabi. Sorry la ai nak layan. Hati ku telah diguris, sukar nak pulih.
Sekian entry sedih.
Tapi we had fun dekat sana. Agent thailand sangat baik dan sgt membantu. Baik gua terus deal dgn dia je..

Rupanya ramai lagi yg terkena. Dekat Ao Nang ada group 30 orang tak dpt naik bot sebab tak book awal. Kena tunggu bot kosong. Bila tanya, rupanya ambil dgn chengalmas juge. Adoi.
Insaf la bang.




71 comments:

  1. hishhh klau mcm ni la dorang punya keje mmg reject, sbb tu sis jm sukra travel tanpa travel agen. ok noted nanti leh kabarkan pd kwn2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaa sbb kita mcm bole kata byk travel mmg anti ngan TA. Yg penting plan sendiri mmg senang . Xperlu kot TA dr msia nak ke sana.

      Delete
    2. Siap guna gambar blog Jari Manis untuk tujuan promosi di http://chengalmas.blogspot.my/2013/07/sehari-jalan-jalan-hatyai-rm10000.html Memang sengal!

      Delete
  2. huhu..ada gak travel agent gini...aduh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekay FB dy delete org komen buruk2 pasal tour dy. Mai kita kabarkan kan blog mmg xleh block lah.

      Delete
    2. Jom viralkan benda ni.. Saya terkena gak... Sakit ati ni

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Saya da kena jugak... Stress.. Rosak imoian nak shopping kat bandung,,, penipu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya kalo just nak pergi bandung awal bole arrange sendri trip ni. Beli tiket flight. Then cari supir kat sana sy rekmen hayukka bandoeng sbb servis tiptop. Bayaran supir pon kat sana. Xperlu downpayment bagai. Lagi secure.

      Delete
  8. saya pun mcm terkena je ni...huhuhu

    ReplyDelete
  9. Saya lagi teruk kena...pergi trip ke korea baru2 ni...masa nk balik dia x bli tiket flight. Dia cuma bli untuk dua org kwn saya saja. Terpaksala saya keluarkan duit untuk bli tiket. Klu x, x blk la saya... Sampai sekarang belum bayar dan belum mntak maaf pn...mmg doa saya semoga dia dilaknati Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ka semua ini..saya takot la..esok sy nk ke bali ngan travel nie

      Delete
    2. Kak..betu ka kak apa kak cakapkan....sy takot la..esok saya nk ke bali ngan travel nie

      Delete
    3. u pergi ke bali..muhammad safuan

      Delete
  10. Ya btul...sy berani bersumpah dengan nama Allah...marah x abih lg....bersedia la bwak duit lebih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan include x kak?? Mcm mana nie kak?? Sy takot la jd kes mcm kak nanti... ti kak bg no fon jap...

      Delete
    2. sesiapa ada no tel dia...no semua pengarah2nya..tlg bagi mai sat

      Delete
    3. Anis ....akak pun risau ni....booking dah byar....ada contact no anis tak...

      Delete
    4. Azizi akak ada no whatapps yg publish kat fb tu...

      Delete
  11. Mkn include...penginapan smua include...tp bilik utk 2 org jd 3 org...yg tu pn sy bleh terima lg...ms kt sana hr2 tya pasal tiket flight blk...dia kata settle...sehari sblm blk mntak booking no...mcm2 alasan dia bg...pg esoknya ms nk bertolak ke airport br tau...menggigil sy...dh la kt negara yg x brp faham bhs inggeris...berlari2 sy kt airport cr atm yg bleh draw duit...mmg sy x bleh maaf kan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya allah mcm mana bole jadi camtu. Bab2 tiket flght kena.settle awal.xpasal kang stranded ke ape. Boleh buat repot kat tribunal ni.

      Trip dorg anjut bergebang hah tp servis hampeh.

      Delete
    2. Kak... sy pon dah terkena...dia cancel last minit... lepas tu off fon... duit x kasi kak... tgh sedih nie... hancur impian nk ke bali.... tapi dah siap wat report polis dah... kalau boleh kita semua pakat wat report...daripada orang lain pulak jg mangsa si penipu tu

      Delete
    3. Trip akak ke uss pun dah byar booking ni.....OMG

      Delete
    4. Safuan ; awa bayar berapa utk trip bali tu?? So mmg omongan kosong la trip tu ? Tix flghy tade? Tgk kat fb dorg dh mcm xda.

      Delete
  12. salam...
    mak ayah saya baru dapat call dari ketua group...agen chengal mas dengan bini dia dah bawa lari duit ahli rombongan ke siam...memang nak report polis, tapi ayah dia minta tangguhkan dulu sebab syarikat didaftar atas nama ayah dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Report je sbb kita adr hak. Lantak pi la nama company ayah dia punya ke atok.dia punya. Dia yg bw nama company tuu.

      Delete
  13. Kami pun rasa mcm terkena juga ni..tel tak angkat2...wasap x balas.2...sepatutnya hari ni naik flight ke khucing...

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. saya kenal sangat dengan diorang... sebelum sebutharga minta detail dulu. diorang ni x ada lesen outbound ( lesen luar negara)

      Delete
    2. Kalau ada detail die, tolong bagi. saya pun terkena. PAKEJ KRABI. TAK DAPAT REFUND LG.

      Delete
    3. u pergi report polis la.banyak yg terkena...kite org trip ke sabah 2/12 -5/12 last minute cancel kul 8 mlm esok naik flight 7 pagi..cakap xboleh teruskan sebab lesen da expired ..da tau lesen da expired cakap la awal2..kesian 10 org pergi ikut grup..last2 jadi camni..

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. sy dijadualkan pergi ke vietnam pada 17hb ni..tetapi segala butiran belon lagi diberi..duit da habis dibayar..call n wassap x diangkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak pergi dgn sengalmas ke??? Cmne payment dh langsam tp details x amik?? Berapa kerugian tuu

      Delete
  17. Hai.ni mcm dari blog akak je. Hoho.

    ReplyDelete
  18. Salam..aku pn terkenalah nampaknya..ikut agen nie ke vietnam tahun depan.dah bayar deposit serta tiket dr sabah ke kl...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pn call n wssap dia. Dia x balas2 smpai la ni. Sy n famili nk p bandung dr 8 - 11 dis dpn. Hidup d dunia ni sat sj. Akhirat yg kekal abadi menunggu kita. Sy di rekomen oleh kwn sy.

      Delete
  19. Panas ati. Kol meseg semua xdapat. Kena tipu juga la ni

    ReplyDelete
  20. Pengendali agensi pelancongan macam ni la yg akan merosakkan nama baik agensi pelancongan yang lain.

    ReplyDelete
  21. Blh tau x sape nma agen yg kendalikan tu? Shayuti k nma nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, kalau x silap. Hmm sy dgn family pon terkena. Hancur berkecai harapan nk ke bandung. Dah buat full payment. Dh la melayu, islam some more! Nk report polis esok kalau masih belum refund.

      Delete
    2. https://www.facebook.com/profile.php?id=100006377951503&ref=br_rs Ni fb si penipu tu!

      Delete
    3. Mcm xcaye je coz dia skelas ngan sy dlu tme blajar kat kedah....org nya baik je.. tgk kat fb dia cam rmai gak amik package ngan dia. Tp xtau plak jd gni. Orang nya krus2 tnggi k sis?

      Delete
    4. Yg sonyap lagi bahaya dr yg bising2....so....beware.....dia ni X ilp jitra n smk dato'syed omar....sepndai pndai tupai melompat........akhirnya......

      Delete
  22. Saya pn terkene juga...akan ke korea 16 dis ni...semua dah bayar....tapi marlia ckp sayuti dah larikan duit....minta refund ke aper ke...semua senyap jer.....mmg kluarga penipu nih....

    ReplyDelete
  23. Mohon ramai2 pakat report polis..smlm sy dah pi report..polis ckp kalau ramai report..nama agent naik dalam wanted list.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stuju!! Jom buat report...anda juga boleh buat report kt kmenterian pelancongan unit penguatkuasaan...mereka boleh sita company tu

      Delete
  24. Jom ramai ramai buat report...dia mmg xnk refund!! Sy rugi hampir 10k

    ReplyDelete
  25. Semlm ada seorg call saya dia dah bayar rm 10000 utk spore tour skrg call dia tak jawsb

    ReplyDelete
  26. Report kat tourism malaysia dan polis dan juga tribunal pengguna

    ReplyDelete
  27. banyaknya kena tipu ; (

    ReplyDelete
  28. Untuk pengetahuan semua...saya dah wat report polis tentang company nie... mmg tertipu..... trip ke bali hancur mcm tu sahaja... duit masih tak dapat lagi...polis tengah buat siasatan... harap2 si penipu & bini dia di tangkap...

    ReplyDelete
  29. Semua yg tertipu harap semua buat report... jgn takot..kita di pihak yg betul... biaq si shayuti tu kena tangkap.... muka ja alim... tapi perangai syaitan.... aihhh...dapat dia kat ak siap la ak nk wat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Segala receipt ada kan ? Bole buat bukti. Sy tgk fb dorg dah delete

      Delete
  30. Saya nak tanya commend apa p'za sehingga di delete. Dia adalah salah satu agen chengal mas yg aktif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sempat baca apa yg sy tulis fitnah sbb dia ikot tour ni sebagai customer. Bersumpah bagai .

      Delete
  31. Saye pon terkena g sabah raye cina thun depan dkt 10k.. how com muslim do like dis.. duit haram ni dunia je.. x tkut ke mrangkak kat akhirat sebb harta haram..

    ReplyDelete
  32. Astagfirullahalazim.....dulu pernah kerja kilang dgn dia...Sayuti ni baik...ada ank kecil lagi...tgk dlm fb mcm dah ok buisness dia... dugaan wang dunia ni...moga insaf..bertaubat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan duet bertimbun tros pangai setan

      Delete
  33. Sy dah buat repot polis d IPD KOTA SETAR, KEDAH.....AKU DAPAT MANUSIA NI AKU KENCING DLM MULUT DIA..SEBABNYA...DIA MENGECEWAKAN HARAPAN ANAK2 AKU..LESAP 6K...

    ReplyDelete
  34. Ade sapa2 yg dah buat report polis dpt aper2 maklumat??? Siapa yg belom buat report sila buat...makin ramai buat report...makin tggi ranking dia utk disiasat

    ReplyDelete
  35. Sy dh bt repot polis...tribunal pgguna dn kmntrian pelancongn jg....sapa blum bt p bt cepat...

    ReplyDelete
  36. Saya pun dh ditipu..duit dah amik fullpayment.dah la dibayat duit tu di masjid pokok sena.memang geram la..saya tak wat report lagi.macamana procedure nak wat polis report ya

    ReplyDelete
  37. Mmang dh lari laa celaka ni,,smua jnji palsu,,tak ku halalkn duit tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi mengadu kat tribunal pengguna..report polis...kementerian pelancongan ...mane tau bleh dapat balik duit tu...

      Delete

Thanks for dropping a comment