Sunday, February 15, 2015

Trip Pembuka Tirai 2015



Iols baru balik dari travel 12 hari 11 mlm. Destinasi biasa macam orang ramai pegi iaitu Japan and Seoul.

Date: 26hb Jan -8Feb 2015

Tukaran duit : 100yen   = RM2.95
                       1000won = RM 3.30

8h7m Japan area Kansai . No JR pass bagai. Macam boleh jimat banyak. Tak nak la trip touch and go ade JRpass nak cover utara selatan. Chill2 je.





    Flight Air Asia KUL-NAGOYA dah suspended 15Feb. No more Nagoya.

Bole katakan setiap prefecture di Japan weolss masuk UNIQLO. Murah wehh dari KL. Macam nak beli sume sbb aku ni kan bole katakan dah hafal harga baju2 Uniqlo KL so sampai sini banding harga jauh beza nya. And my fren yang blajar kat Japan gtau selain UNIQLO pi shopping kat G.U pon murah. G.U ni anak syarikat UNIQLO. Ade Uniqlo ade la GU. Bila sampai G.U woaaaa murah melampau harga. Baju kemeja blouse 500yen je kaww ( RM15). Stokin cantek 100yen 5 pasang. Kasut boot 200yen?? Dah pi Japan pi GU . Wajib!!!  





Sewa pocket wifi 5hari sahaja dari Globalavanced.com. 5hari RM146. Lagi baki 7 hari dapat free pocket wifi tuan rumah booking Airbnb bagi pinjam di Osaka and Seoul. Memang jimattt.



27 Jan 2015

Nagoya -Hida Takayama (naik Meitetsu bus 2980yen)
Hida Takayama tido 1 malam kat Jhoppers booking trip pegi Shirakawago. Mr Mato2 ape ketah nama suka benor tarik seluar dia,













Iols tak leh hadam macam mana orang lain bila travel bole bawak handbag cantek2. Banyak benda nak disumbat terpaksa OOTD 12 hari ngan backpack.





























28hb Jan 2015

Amik Nohi bus Hida Takayama ke Kyoto .4jam perjalanan tiket bas booking dari Malaysia RM127 lebih kurang.


3malam di Kyoto . Booking kat K's Backpacker House sebab ni paling murah bilik tatami RM93 satu malam. Sentapp.


Kyoto snow!!! 


Minyak masak Saji terbang khas dari Kolumpo sekali sampai Japan dah keras tak leh guna.




Saya suka KYOTO!!! Kyoto kyoto sila spend kat sini 3 4 malam!!





Temple2 kat Kyoto semua cantek, 




Sunset at Nara Park








Seharian hujan di Kyoto. Spoil sume mood nak bergambar sebab mendung je hari.






Sereyess wehhh spend more time kat Kyoto. Sehari tak cukup takat nak gi Arashiyama Bamboo Forest and Fushimi Inari.






1 Feb-4 Feb 2015

Lagi 3 malam bermalam Osaka. Booking apartment Airbnb area Shinsaibashi. Naik rapid train je Kyoto -Osaka harga 560yen.Kejutann bila sampai Osaka sebab serabut and ramai orang.


2 Feb 2105
Day trip to Kobe. Waooo Kobe cantek and bersih. Xbeli apa2 pass pon sebab lagi murah expenses dari beli pass. Kitano Ijikan tu wajib pegi. Osaka Kobe naik tren biasa dlm 410yen. Lupaa ingatan.





Herb Garden ni kena pegi time Spring la sebab kompem melatop gambar. Kitorang pegi winter ade ranting je sumee.




Sebelum beraksi






1..2.. 3 bukak winter jacket tayang baju beli kat Cotton On Penang " Kobe City Japan"
Lepas tu sangappp sume berair hidung sejuk dengan angin bukit







Trip 12 hari alhamdulliah kaki tak sakit sebab kasut Sketchers beli kat Singapore bln 12 aritu sangat selesa!!! Recommned weh!! Memory Foam tu buat tapak kaki tak sakit. Invest mahal skit beli kasut demi keselesaan. =P






 Awek Japan tak stylo macam awek Korea la, Dorg fesyen ala2 Hanakimi punya style. Rambut lelaki sana pon lahaiiii zaman dulu punya ala2 anime panjang bahagian depan. 



3Feb2015

Pusing Osaka guna Osaka 1day Amazing Pass harga 2300yen. Tapi macam kerugian beli sebab banyak attraction places ditutup. Like cruise,Osaka Living and House, etc. Sedih sgttt.







4Feb2015

 Flight pkl 6 petang ke Seoul. Beli masa promo 1way RM224 termasuk lugage 20kg. Naik Peach Air yg macam harommmm gila strict cek beg. Siap bawak pita pengukur ukur beg lugage cabin aku ckp ni kena check in lugage . Terbang duit RM90 . Ngengggg berat beg aku tu 7kg kott . Masuk boarding area tengok bersepah orang Korea bawak lugage cabin mcm aku. Diskriminasi betol.!! Flight Peach Air Osaka- Seoul 95% orang Korea. Dan kat Osaka ko akan rasa kompius macam ade kat Korea, Ramai rakyat Korea dtg sini, Ibarat rakyat Malaysia pi bercuti kat Indonesia la laga2 bahu pon mcm kat ade kat Kolumpo.




5-8Feb 2015

Shopping time at Seoul. Hahaha. Kompem weolss kena reject ikot trip Kak Kiah sbb mmg shopping je keje nye. 4 malam pi ukur tanah kat Myeondong. \^o^/ 


Mana tak nye kat Japan tahan napsu shopping sebab mahal. Fridge magnet seketul RM12 ke atas. Keychain pon sama. Dorg memang tak jual sepeket2 macam kat Korea tu . Nanges aku nak beli. Kesudahnye tukar RM2000 duit yen baki ade RM 500++ (20,00yen) . Apo laie sampai Seoul tukar yen jadi won shopping lerrr.



Tapi ada jugak buat trip pegi Pyeongchang Trout Festival. Mulgogi trout opsoyo. 2nd time dtg Korea tetap xpegi Nami sbb macam common place to visit.
















8Feb 2015

Balik time!! Paling sejuk kat Seoul . Malam tu tido pakat gigil cek weather real feel -22 habaq hangg. Nak termuntah sejuk aku rasa. Tak Sangguppp.





-22 punya suhu aku rasa nak balik cepat. Sejuk giler nak bernafas ponnn erghh. 

Sampai KLIA 2 memasing barang banyak beli lugage saje 120kg 4orang dah RM620 kawww. Mahal gilosss lugage. Kena tnya kastam " Awak baru balik dari Bandung ke?" " Tak la Koriyaaa" Pitammm T_T




Esk senin keje. Ngantok melampau aku pi tido jap kat jamban. Hahaha.