19 April 2013, Friday - Hari ke 8
Bersambung episod yang lepas setelah kami sampai di Xi'an North Railway Station. Kami perlu naik teksi untuk ke Han Tang House .Dah pukul 12 tengah malam ni. Jarak perjalanan dari Xi'an North Railway Station ke hostel yang kami booking ketika di Shanghai agak jauh dari kawasan bandar kira-kira 15 km. Pihak hostel memaklumkan free service pick up hanya di Xi'an Railway Station bukan North Railway Station sebab jauh. Kalau sampai awal dari Beijing sebelum 10.30 malam boleh mengambil subway.
Nak tak nak kena amik teksi la. Harga pun tak tahuuu sebab ni kira 1st ride taxi in China. Kami adalah orang last dapat teksi. Kemain beratur dah depan, mana tahu sikap dorang main rebut je sape dapat taxi dulu dia naik. Time tu dah cuak sebab sume taxi dah tade . Tunggu 5 minit ada datang satu taxi. Plan 2 taxi dah yang satu je, Terpaksa la berhimpitt gasak dengan bag gedabak besooo atas badan menuju ke hostel. Time tu memang lawak sangattt kete sedan dipenuhi dengan bagpack. Sampai jugak hostel kami. tambang taxi sangat murah. trkejut kami semua kira-kira 25yuan. Tapi kami tak sampai hati nak bagi 25 yuan bagi la 50yuan kat abang taxi. Jauh weh 30minit perjalanan pulak tengah malam.
Sampai hostel campak sana sini tidoqq. Sume kena buat dalam silent mode sebab kami amik dorm 8 orang. tapi sereyselyy mengangaaa tengok bilik 35yuan/ RM17 semalaman kondisi macam hotel!! Dengan luas, comforter tebal, lengkap tuala segala. Gambar tak sempat nak ambik sebab pagi-pagi pukul 8 dah check out menuju ke hostel seberang jalan anak beranak Han Tang House iaitu Han Tang Inn.
Mari mengenali kota Xi'an ( Sebutan "Hsi'an" bukan "zian") :-
Xi'an is the capital of Shaanxi province, and a sub-provincial city in the People's Republic of China. One of the oldest cities in China, with more than 3,100 years of history, the city was known as Chang'an before the Ming Dynasty.
Bandar Xi'an sangat unik sebab dikelilingi oleh tembok yang membentuk sebuah segi empat. Tembok yang mengelilingi bandar Xi'an wujud sejak Dinasti Tang dan kemudian diperbesarkan lagi semasa Dinasti Ming. Tujuan : Sama seperti Tembok Besar China iaitu mekanisme pertahanan
Sumber blog Fatt
Masa kami nak check out, YA ALLAH sejuk gilaaa. Receiptionist cakap hari ni full day hujan. Pergh perghhh. Menggigil habaq hanggg.. Cakap kuar asap kat muluttt derr. Perancangan kami pada hari ni nak pergi ke Teracotta Army Museum. Agak terbatas sebab hujan dengan cuaca sejuk. Hmphhh.
Bukti sejuk. Malam pukul 10 tu aku tengok jadi 1 darjah celcius dah.
Ni lah hostel adik beradik dengan Han Tang House. Letak bag sebab tak boleh check in lagi. Mula-mula plan nak breakfast kat Muslim Quarter.
Tapi kan bila tengah uruskan check in hostel ni, aku terpandang eh eh ada restoren muslim la depan Han Tan Inn ni. Kita makan sini jelah. Perjalanan kami ke Xi'an banyak merujuk blog Fatt Backpackerbusuk. Tade pulak beliau mention ada restoren muslim depan hostel yang dia menginap sama macam kami. Assume kedai ni baru bukak la kottt.
Cara menegenali restoren muslim di China ada tulisan arab Bismillah dan word " 清真 " . Ini jelah satu satunya tulisan yang aku hafal Mandarin punya. Hektikk.
Pembuka rezeki. Kami adalah 1st customers .
Macam biasaaa paham part harga je.
Garang taw anak taukeh kedai ni. Ayah dia sibuk duk uli meetarik. Garang-garang amoi ni rajin betul dia menyapu mop kedai ayah dia.
Yummylicous. Allhamdulliahh. Perjalanan di teruskan untuk ke Teracotta. Untuk iti ke Xi'an bukan I yang prepare research segala. So nak details melampau tu idok sangat la yea.
Dari hostel Han Tan Inn ke Teracotta
1. Jalan kaki ke Xinjie Street (9minit)
2. Bas #603 ke Stesen Keretapi Xian (CNY1) - 3 stops (13minit) 3. Bas #5(306) ke Terracotta (CNY7) (1jam)
Kesejukan gigil2 ni nak tak nak terpaksa la kau beli glove kat kedai runcit.
Nama je macam jarang dengar Xi'an tapi bandar maju serupa KL. Ada subway dengan jalan jem. Complete set lah sebuah bandar maju.
Barang dagangan.
Ni la rupa bentuk bas 603 yang kami tunggu. Tambang 1 yuan (50sen)
Sampai jugak Xi'an Railway Station. Next, kami kena cari bas 306 yang memang menuju ke Teracotta.
Dah sampai Xi'an Railway Station , salah sorang kawan kami, Khal sakit perot pulak hahh. Nak tanya orang ramai toilet mana. Wei, sorang pun tak tahu word toilet .Yang dorang jawab " Pu ce tao". Apa lagi, kena bukak buku basic mandarin. At last tanya orang yang sama, " Che suo cai na li (Toilet dimana)?" Terus bagi direction.
Si Khal tu cerita hazabb betol toilet kat sini. Berhazab-hazab dari Beijing. Dengan dorang membuang tak tutup pintu. Siap Khal tu dalam toilet ada je dorang tolak pintuu. Menjerit ler makcik tu. Kahkah. Nasib baik la perut saya sangat behave. Malam kat hostel je baru rasa nak membuang.
Sangat ohsem bandar dekelilingi City Wall.
Tips nak cari bas 306. Kalo dengat konduktor bas bertempik jerit sebut " Bin Ma Young" berulang kali memang bas tu nak ke Teracotta Warriors lah.
Perjalanan memakan masa sejam. Tambang 7 yuan sehala. Apalagi sempat lagi la membuta. Bas akan jalan bila penumpang dah penuh. Masa tu konduktor bas baru kutip tambang. Pada ketika ini, badan saya dah lemau. Penat jalan + hujan + sejuk dan lenguh sendi badan. Ni la akibat non-stop travel sepanjang 8 hari.
Keadaan hujan pun tak mematahkan semangat warga China untuk melawat tempat bersejarah ini.
Agak mahal bayaran masuk ke Teracotta Warriors ni. 150yuan / RM75. Tapi tak lengkaplah perjalanan anda ke kota Xi'an untuk kali pertama kalau tak datang ke sini.
Jarak kaunter tiket ke pintu masuk lebih kurang 1-1.5 km. Jauh denga cuaca yang sejuk hujan. Kami pun naik buggy /shuttle car nak ke sana. Tambang 5yuan seorang. Ok la tuu gua dah tak tahan gigil nihh. Grrr. Gambar tak dapat banyak snap takut kamera rosak masuk air hujan. Yang mana ada dalam muzium je la.
Di sarankan, mula-mula sampai, masuk muzium dahulu untuk mengetahui info sejarah berkaitan Teracotta Warriors. Then barulah ke pit-pit yang ada patung-patung Teracotta.
Segala maklumat lengkap dah ada kat blog Fatt. *malass nak taip*
Potret maharaja Qin Shi Huang.
Bergasak dengan orang ramai dalam muzium ni. Nak snap gambar pun payah. Next, kami melawat ke Pit 3.
Satu benda yang saya sendiri rasa, bila renung mata patung-patung Teracotta, seram sejuk jadi nya, Terasa patung ni hidup!! Sumpah tak tipu! Meremang bulu roma. Perfect betol dorang ukir patung ni. Offismate Cina gitau sebenarnya patung tu ada roh. Aiyoooo.
Nak tahu Pit 3 semua segala baca sini
http://backpackerbusuk.blogspot.com/2012/05/made-in-china-xian-part-3.html
Dah tawaf satu kawasan Pit 3, kita pergi ke Pit 2
Info kat sini :- =P
http://backpackerbusuk.blogspot.com/2012/06/made-in-china-xian-part-4.html
Ini lah yang dinantikan, Pitt 1. Tahap kelemauan dah level 99. Suruh dorang je tawaf Pitt 1. Aku duduk depan pintu masuk Pitt 1 mengadap patung bawah ni, tersenggukk tido. Lena pulak tu! Choi sangat!
Dari Pitt 3 --> Pitt 2 --> Pitt 1. Masuk Pitt 1, automatik ko akan cakap "WOAAAAAAAA".Yes!! Memang woaa la luas-luas. Speechless wehh melihat barisan patung tentera Teracotta memenuhi kawasan Pitt 1.
Macam biasa sila baca blog kakak kacak Fatt ini.
http://backpackerbusuk.blogspot.com/2012/06/made-in-china-xian-part-5.html
\
Sejarah penemuan Teracotta Warriors
Masa snap gambar patung ni,curi-curi dengar tour guide yang bagi penerangan berbayar kepada customer.
Setiap patung lain bentuk muka. Seram! Sebijik macam orang bernyawa merenung mata kita kalo tengok face to face.
Dalam pukul 5 petang kami pun beredar keluar. Ku sangkakan hujan samapi ke tengahri. Sampai petang pun masih membasahi bumi Xi'an.
Sempat membeli ole2 Teracotta kat kedai cenderhati. Dapar fridge magnet, keychain jadi lah. Again, no pic.
Semasa kami nak beredar dari Pitt 1 tetiba dengar jeritan " Malaysia Boleh" . Eh eh. Sapo hah bagi laungan semangat ni. Toleh belakang, sekumpulan orang Cina Malaysia nampak kami. Kuikui. Sempat sembang dari mana balik bila. The best part " JANGAN LUPA BALIK MENGUNDI" *masa ni kan sibuk kempen PRU 13*
Kejadian yang takkan lupa, kami kena kejar dengan anjing! Anjing liar tu. Hoihh. Bertempiaran lari semua orang. yang local people duk pelik kenapa kitoang duk jerit macam orang gila bila tengok anjing.
Maap. Kami tak mampu nak tolong anda Khal. Nangis makcik nihhh. Kahkah. Sampai hostel, dia demam.
So, end up kami bertiga pada malam dingin 1Celcius cari makan kat Muslim Quarter.