18 April 2013 - Hari ke-7
Dah hari ketujuh berada di China. Hari ini last day di Beijing sebab kami akan ke Xi'an menaiki High Speed Train. Kami allocate masa Beijing hanya 4 hari 3 malam. 4 hari tak cukup weyy nak explore Beijing must go place. Sedih sangat banyak tempat kami tak sempat nak pegi dek masa yang tak cukup. Antara tempat yang tak sempat nak tuju ; Forbidden City, Summer Place,Wangfujing, Behei Park dan Temple of Heaven. Ni kena repeat trip sebab tak habis cover lagi.
Awal pagi lagi kami check out Beijing Leo Hostel. Malam tu dah siap packing barang. Menangis habaq hang nak packing barang-barang shoping kat Silk Market. Ada yang member sorang tu siap beli 200-300 pieces sarung kotak tisu untuk goodie bag kenduri kawen adik laki dia (tapi jodoh tak panjang 2 bulan kawen, skang dah nak bercerai), dengan comforter bagai. Ko dah la bawak beg troli. Den menengok jelah. Aku duduk hempuk2 atas bag ko, ko tolong zip. Terlebih muatan sudaa.
Cadang pagi tu nak pergi Temple of Heaven parking la bag kat lugage store sebelah Tiananmen Square yang jauhhh gilo dari hostel jalan kaki nihh dengan seret angkut bag. Dalam 2-3 km jugak jalan tu. Sampai sana nak tinggal bag sekaliii hazab mendatang. Orang tu cakap lugage store ni sampai pukul 12 je. Hoih baik ko tak payah buat bisnes. Pukul 8 pagi bukak pukul 12 dah nak tutup. Bertimpa-timpa la kitorang sedih. Plan nak gi Temple of Heaven memang cancel la weh. Takan nak hangkut beg sana. Diskas2, cakap jum la kita simpan bag kat Beijing West Railway Station. Senang.
Perjalanan ke Beijing West Railway Station tu pun lama dengan tukar train lagi, naik turun tangga dan tangga yang penting SERET BAG. Penat! Tade dah nak snap gambar yang tahu nak sampai Beijing West Railway Station campak bag ringgan bebanan.
Amboih sengih ke telinga amoi tengok kitorang yang dalam kepenatan! Rate lugage ni seingat memori ku,harga lugage store 4 orang 100 yuan/ RM50. (skang duit Yuan mahal, last week tengok 100yuan=RM54.50, masa tukar April 100yuan=RM50.05)
Setel semua tu simpan beg, terasa badan nak terapung di awangan. Next, kita terjah ke Hongqiao Pearl Market yang letaknya berhampiram Temple of Heaven.
Hongqiao Pearl Market
Line 5 Tiantangdonmen --> Exit A --> Ke kiri Hongqiao Pearl Market ke kanan Temple of Heaven.
Hongqiao Pearl Market ni bukan la jual pearl semata. Lebih kurang Silk Market jugak banyak barang tapi satu kelebihan ada jual gadget murah punya.
Dah sampai tu singgah Mc D makan fish fillet buat kali kedua. Tekak aku memang kata tak sedap la dengan takde sos .
Coat baru beli kat Silk Market. Dapat harga RM90 je selepas beperang harga ngan penjual yang mark up sampai RM600. Choii sangatt. Masa beli dah pikir "Kegunaan masa depan coat ni".
Kaya betol tokey kedai ni. Semua benda di borong kat sini. Malas nak survey tempat lain. Beli tab untuk adik aku RM100 jadik la, ngan power bank 7 bijik (pesanan dari rakan), cover camera. Nyampah taw, tokey ni dah kita angkat barang nak beli, nanti dia tunjuk yang lain nak beli lagii. Sampai member sorang tu beli pendrive guna Ringgit Malaysia sebab takut bajet Yuan lari. Nasib dia terima.
Dalam pukul 330 petang kami pun menuju semula ke Beijing West Railway Station sebab train ke Xi'an pukul 5.30 petang.
Oversea sangatt.
Macam biasa, sebelum masuk gate scan, get ready ticket train dan passport anda.
Besar macam airport.Sama besar je kat Shanghai Hongqiao tu.
Lama sangat tunggu terlelap jap.
Kisah train kat sini dah penah cerita kat entry lepas-lepas.
Sama macam pramugari flight. Masa ni dia tengah arrange sorang makcik yang OKU pakai wheelchair dengan anaknya. Wheelchair tak muat masuk tempat seat. Terpaksa la anaknya angkat mak ke seat yang agak jauh ke belakang.
Bye bye Beijing. Perjalanan Beijing Xi'an memakan masa 6 jam. Kalo naik train biasa 12-14 jam jugak la.. Dalam train apa lagi buat macam dapur sendiri la, makan megi, air nescafe cincah biskut. Local Chinese lagi kehlass aku tengok dorang ratah je petola, timun,carrot, tomato. Buat jajan je hah.Sebabkan aku tak tido, sempat habiskan 2 episod Korean Drama,The King of Drama. *Siwon hensemm*
Xi'an !! Alhamdullilah
Railway station yang lengang sebab dah pukul 12am rasa nye train kitorang dari Beijing ni last. Okey. Pasni sambung pasal cerita Xi'an pulak.
Bye!
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping a comment