Sunday, September 8, 2013

Weekend Gateway : Grand Lexis Port Dickson



Short trip minggu ni. Bagi meraikan salah seorang rakan kami yang akan melangsungkan perkahwinannya bulan November nanti. Tapi malangnya, kami berempat geng travel tak dapat hadir sebab ada trip. Maka, bersepakatlah kongsi 4 orang belanja dia buat Bachelor Party kat Grand Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan.

First time jugak bagi aku yang dah hidup suku abad ni menginap di Deluxe Suite bertaraf 5 bintang. Harga semalaman RM661. Pitam mahal! Tapi berbaloi!!! Relax tenangkan minda hujung minggu. Yang penting ada private pool senang kami nak party berbikini. Eh?!!

Ada beza Lexis PD dan Grand Lexis. Grand Lexis more to private pool and kami bukan booked hotel atas air tu. Diluar kemampuan. Kehkeh.

Checkin pukul 4 petang. Lambat kan? Kami syak mesti cleaner nak sental pool dulu tu yang lama sebab standard check in pukul 2 or 3 petang.




Hai jemputlah datang ke rumah saya! *mimpi*





Welcome to H158  room.




Teruja melampau masa sampai bila tengok pool dalam rumah.




Ajak 8 orang pun muat ni tido berhimpit






Jatuh cinta dengan dekorasi suite nih. Pelampung oren yang disediakan bagi mereka tak pandai berenang macam ai la.




Selca time!




Gituu tingkap mengadap pool ada cermin.


Lepas check out pukul 12, nak balik KL awal lagi, kami pun jalan-jalan sekitar Lexis ni. Nak tengok view suite atas air camna rupa.









Agak-agak nak diva malas nak jalan call je receiptionist datang amik kita naik buggy car. 








Ada jugak pool untuk orang ramai bagi mereka yang menginap Lexis Hotel. Besar pool!



Ni pukul 12 lebih tengahri memang tade sape la nak bersidai kan.




Orang pun dah tak ramai sebab check out time.











Masa ni air surut so tak feel sangat la suite atas air
















Overall Grand Lexis PD memang terbaik! 5 stars saya bagi! Bawak family pun best macam-macam aktiviti boleh buat. Cycling, archery, kids game dsb. Makanan untuk sarapan pagi pun terbaik wohhh. Tapi 2 orang jelah boleh. Addition kena tambah RM42 dewasa seorang. Gilak sarapan RM42. Cokia hari makan pun baru RM2 ke RM3. Maka aku and Khay pegi sana bawak tupperware. Then paham-paham jelah.. Hewhew.


Bye!


2 comments:

  1. woww...hebatlah..dpt tdo suite yg mahal tu..dh mcm rumah banglo siap ada swimming pool dalam bilik tu..tapi yg x best ya leh masuk 2 org je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. berangan la dah ade banglo. padahall sehari je. syiiokk . bab brekpes mmg xbes.pegi mamak pekena roti canai lagi murah

      Delete

Thanks for dropping a comment