Monday, November 25, 2013

Only in China : Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding [17]



22 April 2013- Isnin

Fuhhhh. Dah sampai jugak hari terakhir. Humak aih merangkak betul nak habiskan travelog China ni. Pegi 12 hari je, nak boleh siapkan makan berbulan-bulan. Memang tabik la mereka yang rajin update entry. Ini pun bukan finale sebab gambar panda sangat comel terlampau banyakkk terpaksa buat 1 entri sahaja.

Seawal 7 pagi kami bangun dan breakfast sendiri dengan sisa bekalan makanan. Korek celah-celah bag cari apa yang boleh dimakan. Almaklumla dah hari last kan. Then tengah makan kami beborak dengan group Malaysia tapi Chinese la. Dorang 10 orang taw pergi backpacking yang sangat adventure, Sape penah baca blog ni  http://chingnengbin.blogspot.com mereka la kami jumpa kat sana. Sangat friendly dorang. Tade dah nak speaking bagai, cakap BM sudae. Flight dorang pun sama cam kitorang pada malam 22 April. Dorang hebakkkk, pergi trekking, hiking belah Shangri-la, Lijiang 25 hari kotttt. Salute to them.


Mengikut dari Google Map nak ke Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding senang citer Zoo Panda lah   nak ke sana naik bas 902 tapi macam dah tukar no bas je tengok.

Perkhidmatan bas ke Zoo Panda seawal 8 pagi hingga 4 petang dengan harga 2yuan/RM1 one way. Murah kan??? Dah la lama sejam lebihh nak boleh sampai ke tempat panda tu.



Bas nak ke Zoo Panda berhenti diseberang jalan bukan sebelah pokok pisang ni.






Nampak kokak je bas ni kan, saing2 bas persiaran yang kat Kuala Teregganu. Kokak pon, padat okk orang naik bas ni, dah la perjalanan sejam lebih. Kalo korang malas serabut otak boleh je booked dengan hostel nak pegi Chengdu Research Base ni, tapi mahal la dalam 180yuan-250 yuan. Walhal kome pegi sendiri tak sampai 60yuan/ RM30 termasuk tiket masuk dan return trip.





Perubahan no bus , bus ke Chengdu Research Base bernombor 60 bukan 902 .




Keadaan dalam bas. Sangat klasik. Mula-mula nak naik tak yakin sebab betul ke no bas ni,pastu tanya driver cakap "Panda panda". Betul la tuh.

Perjalanan bas yang lama membuat kami semua membuta. Nasib dapat seat masa tu, lantak pi la ada orang tua ke preggy ke nak duduk, tapi seat sangat limited tak sampai 10 kott.




Ingat masa bas stop kat sini betul-betul depan entrance tapi jauhhhh oii nak menapak 1km kott dengan jalan besar. Ni pun ikut orang lain. Kalo tak mana hala tak tak nampak signboard tempat ni.









Tiket masuk ke Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding hanya 58yuan/ RM24 untuk dewasa.




Apa ingat dah lepas masuk kat tempat ni terus panda ada bertempek-tempek tunggu korang? TIDAK SAMA SEKALI. Korang kena menapak ke dalammmm lagi dalam 1km-2km kot. Kalo malas tram disediakan dengan bayaran tak silap 10yuan seorang.




Ada muzium panda, makmal panda macam-macam lah.








Map kawasan Chengdu Research Base, Besaqq habaq hangg bukan takat panda, ada taman bunga segala.



Bamboo kat sini boleh la lepaskan feeling ala2 ko ada kat Kyoto kann. *ttdmka*



Pyscho sangat, dah jauh menapak tak jumpa-jumpa panda .




Toilet pun comel macam panda ni dah kenapa????


Akhirnya, penat berjalan melawat kawasan, jumpa satu kawasan yang menempatkan Red Panda.Tapi peminat tak ramai sangat sebab idokla comel sangat dan kecik.








Tak sampai 10minit kami pun beredar nak cari REAL panda.




Berjalan dan berjalannnn....


Tetiba masing-masing diserang histeria nampak panda,


COMELLLLLL sangattt.

Panda tido comel,
Panda berak sambil tertido pun comel,
Panda makan comel,

Semua comel la. Lekaaaa sangat tengok gelagat mereka. Ralikkk. 2 jam berdiri pun tak pe.





Sombong ni, tak nak pandang.




Kawasan ni tade pagar, tapi yang memisahkan pengunjung dengan panda hanya longkang besar. Nak pegang panda?? Bayar 1000yuan untuk pegang 2minit. Agak duit tak tahu nak campak kat mana, boleh la try.





Aksi panda 2 ekor ni sangat leka dorang asik gaduh je berebut bamboo.











Ni baru bangun tido. Lepas 2 3 langkah, boleh sambung tido sambil tu tengok setempek najis keluar.




Best betul jadi bantal golek ni! Sebelah kiri tu najis dia lah.







Dalam banyak-banyak panda, aku suka panda Yuan Yuan ni. Setiap panda kat sini ada nama dan sifat tersendiri. Macam Yuan Yuan ni, sangat picky terhadap makanan. Tade nak makan bamboo, dia makan buah epal and kuih bulan. Diva sangat kao Jah!!











Ni ada upload video masa Yuan Yuan amik makanan. Comel okeh!










Selain panda, ada jugak haiwan lain iaitu merak. Tapi tak kosser la, kat sini pun bersepah kann. So, baik kita tumpu pada panda yang super really cute!!!


Setelah habis keliling tengok panda, kami pun menuju ke mana-mana hal tah, eh eh jumpa taman pulak. Layankan jelahh kaki pun dah sakitt. Kat sini juga ada jual ole2 FM Chengdu, agak mahal 20yuan kot. Lupa! Tapi beli jelah kang dah tak jumpa nyesalll.








Taman tasik buatan ni pun luas. Berbaloi la tiket 58yuan/ RM24 ko pusing satu tempat.











Al-kepenatan, singgah beli aiskrim kejap. Mula beli aiskrim sambil duduk kat meja belah kanan nu, baru nak duduk kena halu cakap kalu nak duduk kena beli coffea yang mahal. Heh. Camtu pulakk.




Snap gambar dari luar je, sebab kaki dah sakit nak jalan jauh. Itu belum lagi nak seret kaki ke tempat tunggu bas yang jauh sepelaunggg. *nangisss*




Tak masuk. Apa barang cinema, tengok real panda pun dah berpuas hati sangat. Jangan lupa beli poskad panda kat sini. Tempat lain macam Jinli Street tade poskad camni.


Dalam pukul 2.30 petang kami pun beredar keluar. Ayuh naik bas pulang!








Jauh berjalan, bertambah la sakit kakikuuu.




Masa nak tunggu bas no 60 ni pun agak dramatik jugak, Mencangkung kami berempat tunggu bas tak kunjung tiba sebab tak tahu bas no 60 ni stop kat mana untuk hala balik.




Kami dah salah landing tempat tunggu bas. Nasib baik bas pesen bentuk kayu kayan senang nak cam.





Ko buat la apa yang patut Khay sebab ko project manager Chengdu ni, Yang penting aku dapat bersila atas jalan. ><




Rupanya nak naik bas no 60 kena seberang jalan. Bas kat China ni bukan berhenti sesuka hati je kalo bukan tu bukan tempat no bas yang berkaitan. Berlari sakan masa ni takut kena tinggal ngan bas, Dah la jalan stok lebar kemainn.


Naik bas no 60 dengan tambag balik 2yuan /RM1  dapat seat terus tidoo. Zzzz.



Perjalanan bas ini akan berkakhir depan Chengdu Traffic Inn la. Tu yang tak risau tidor lena.

Next, kami akan ke Jinli Street, itu next entry lah! Daaa









2 comments:

  1. dont worry JM pun sama..travel 9 hari je tapi nak siapkan entry almost 3 month haha

    Antik betul bas tu...berbaloi lah bayar RM1 pun kan..aduss...kalau nk tgk panda perlu ke Chendu lah..tapi masih tak berani nk travel backpackin ke sana..perlu ada teman jgk

    ReplyDelete

Thanks for dropping a comment