Demi permintaan blogger famous JM, gagahkan update pasal travelblog Chengdu walaupun dah berbasi. Tapi sebelum tu, lupa nak bergebang masa Jogja trip lepas, last day 5th Nov kitorang berpeluang jumpa secara private Duta Sheila On 7. Gigih sangat uols mula2 pegi tunggu depan rumah dia , then bini and anak dia keluar cakap Duta lagi meeting pergi ke Managment Office. Iols biasa-biasa je, idokla excited mana yang member lagi 4 orang tu tak payah cakap la siap selfie bagai dengan Duta. Overall, Duta memang peramah and comel! Kuikui
Bukti! Kan cakap crop gambar letak Duta tengah-tengah
Tetiba Duta cakap, Kwang Soo nak datang Malaysia. Peminat Running Man rupanya. Apa lagi bertambah kencang la sembang pasal Running Man.
----------------------------------------------------------------------------------------
Hari ke 10, 21st April 2013
Setelah 17 jam berada dalam perut train dari Xi'an ke Chengdu, kami sampai juga di Chengdu Railway Station. Bahang panas Chengdu wilayah Sichuan terasa macam kat Malaysia sangat lega. Campak winter coat segala. Ringan tubuh badan. Bag je yang memberat
Our last pitt stop Chengdu. Jarak antara Xi'an ke Chengdu kira-kira 800 km.
Salah satu scenery masa dalam train.
Macam biasa kami lah orang last keluar dari train. Apa yang perasan comforter yang kita tido empuk lena tu, ingat kan lepas tu dorang kutip utk laundry. Tidekkk rupanya. Lipat elok2 untuk next train. Erkkk. Lebih dari 12jam kot perjalanan. Di railway sebelah aku perasan ada satu train sampai dari Shanghai. Shanghai tu. 35 jam journey ke Chengdu derrr. *pitam*
Dah hari hujung-hujung tak kuasa nak naik metro Chengdu, jalan lebih 1 km nak ke hostel.Beratur naik teksi je lah. Lagipun dah naik kat Xi'an harga pun reasonable and murah.
Kami amik 2 teksi. Waaduhh, teksi kat sini bawa macam pelesit oi. Kecut perut . Sekali dia hon, mengucap panjang. Masa kat traffic light, driver teksi macam ajak la nak berborak tapi communication failed. Tetiba dia bukak dashboard. Ingat cari apa la, buku rupanya. Dia bukak buku tu, tunjuk kat kami pastu kami blurr tulisan dia tunjuk. Tulisan Urdu/Tamil kottt. Ahahahaha. Ingat kami dari India ke. Ada rupa India kah? Choi sangatt. Nak tanya kami dari mana sebenarnya.
Jarak perjalanan dari Chengdu Railway Station ( Chengdu North Railway Station) kira-kira 10km dari hostel yang kami booked siap-siap dari web Booking.com, Chengdu Traffic Inn Hostel. Lokasi hostel ini sangat strategik sebab berdekatan dengan Xin Nan Bus Station. Tambang teksi yang dikenakan kira-kira 22yuan/RM11 je. Murah kan?
Kami book standard twin room dimana toilet berada di luar. Harga sebuah bilik 100 yuan untuk 2 orang. Sorang dalam 50yuan/ RM25 . Kami amik extra halfday sampai pukul 5 petang keesokan harinya. So sorang kena bayar 75yuan.
Dapat check in bilik, sangat terasa kelegaan nye. Lebih dari sehari kot duk dalam train. Dengan last mandi pagi semalam kat Xi'an.
Highly recommneded book this hostel!
Depan hostel ada bus nak ke Giant Panda Breeding Research Base
Dalam pukul 5 petang tu setelah bersihkan diri segala, kami nak meneruskan perjalanan ke Chunxi Road (ala macam kat Bukit Bintang). Tapi sebelum tu, kena isi perut dulu. Restoren halal yang kami pergi makan ni berdekatan dengan hostel. Tu semua berpandukan map yang blogger Backpackerbusuk. Walaupun tade la exaclty betul map tu, tapi ia sangat membantu.
Belah kiri di celahan pohon hijau tu restoren halal kami cari. Masa pencarian, tak sesat tak lengkap
Insya Allah yakinin Halal Toiyibban.
Alhamdullilah. Dapat makan makanan halal kat Chengdu. Stok makanan dari Malaysia memang dah habis.
Kecik je kedai ni. Tapi bersih. Menu yang disediakan sama macam restoren muslim lain di China.
Tak pedas pun. Bawang je menimbun.
Selepas kekenyang, teruskan perjalanan angin malam ke Chunxi Road. Chunxi Road ni macam ada mall besar sebijik la macam belah Pavillion.
Cara pergi ke Chunxi Road dari Chengdu Traffic Inn, I is lupa tapi ada la dalam iti ni, copy paste jelah buat panduan anda sekalian.
1- Walk along HongXinglu Road (红星路四段 ) until see China Minsheng Bank 24-hour Self-service Bank or to Bus Station area.
2- Bus - 55路 (tambang bas 2yuan/ RM1, 1 stop je) Towards 火车北站公交站西. Stop at Chengshou East Street. Landmark: Chunxi Times & Bank of Communication
3- Turun bas, masuk simpang ke kanan yg ada PUMA store. Walk to Chun Xi Lu, Jin Jiang Qu, Chengdu
Macam ada cross jambatan jugak la masa nak naik bas 55 ni.
Sampai jugak Chunxi Road ni. Ramai orang ketika ini. Yelah hari Ahad kan. Waktu kat Chengdu macam kat Malaysia pukul 7 lebih baru hari gelap.
Takde apa-apa nak shopping pun. Just cuci mata tengok keadaan kat sini.
Jumpa maskot panda kat Giordano. Kami pakai baju boria yang ditulis " I love Xi'an". Tshirt tu dibeli kat depan The Great Mosque of Xi'an dalam 25yuan sehelai.
Ada member si Tirah beli tshirt kat Giordano ni. Mahal kot RM75 sehelai.
Setelah puas round Chunxi Road, kami nak ke Tianfu Square. Naik metro station Line 2 ke Tianfu Square.
Proses membeli tiket train ke Tianfu Square.
Here we go, Tianfu Square! Semua bangunan dilimpahi cahaya lampu. Cantik!
Ternyata Chengdu tu lagi maju dari KL.
Sebenarnya misi kami ke Tianfu Square ni cari satu masjid Huang Cheng yang terletak dekat dengan Tianfu Square. Tanya polis kat sini semua salah bagi info. Meraban kitorang sesat sampai mana-mana hala tah.
Last-last jumpa jugak la masjid tu tapi sayang sebab tengah renovation. Kat situ ada restoren muslim tapi kan dah kenyang makan petang tadi.
Comel polis round area Tianfu Square pakai skuter ni.
Yes. Memang betul orang kat sini tengok dan tanya kitorang memang cakap dari India. Yadadadada.
Penat2 lepaking then moh la kita balik ke hostel. Balik hostel amik metro Line 1 ke Huaxiba-Exit C.
Jauh jugak menapak dari metro Huaxiba ke hostel.
Tak sabarnya esok nak gi tengok panda. Real panda takde kena kurung-kurung and sekor dua je.
Baru baca intri..Hamboi..blooger femes lah sangat kan...ahahha...kalau blogger Ben Ashaari ke, Hanis Zalikha ke FAtin Leyana ke...kaki beranga ke ok gak..in JM yg baru setahun jagung..ahakss...malu pulak...
ReplyDeleteNanti yg the rest akan di baca kemudian..curi2 kejap baca blog ni..nanti JM sambung baca yer heee
Menarik betul...tengah cari peluang jugak nak ke sini..:)
ReplyDeletePart comforter tak bertukar tu tak boleh tahan..kalau busuk sgt..mmg tdo tak lena tu..mcm2 bau ada kan...berjam-jam pulak tu
ReplyDeleteHahaha..India?...dia mesti tak pernah tgk mcm mana rupa kulit org India tu..
Lpeas baca entry nk jugak try ke Chengdu TAPI masalah tak tahu cakap Cina..how?..
Cerita dan foto2 yang menarik... Berbagi artikel tentang Ganti wajah Sichuan Opera di http://stenote-berkata.blogspot.hk/2017/11/ganti-wajah-opera-sichuan.html
ReplyDeleteLihat juga video di youtube https://youtu.be/JTdn8XaPp-I