Sunday, October 27, 2013

Kesedaran Ada Medical Card Sendiri -Prudential BSN Takaful



Mari kita lari topik jap dari bab jalan menjalan. Kita masuk topik medical card Prudential BSN Takaful. Korang dah ada medical card sendiri?? Dah ada bagus lah. Yang tade lagi?? Kesiannn. Kerja besar, gaji besar, kereta besar, takaful untuk perlindungan sendiri tade. Sedihhh.


Aku saje lah nak share kepentingan ada medical card sendiri bila kita dah berkerja. Tapi ayat-ayat sudah ku lali dengar bila tanya "Ko dah ada medical card sendiri?/"

1) " Aku tade bajet lagi la skang, nak beli kete motor duluu. Nak kena kumpul duit kawen bla bla blaaa."
 Kalo gaji ngko RM1300 sebulan boleh la paham . Ni gaji 2k keatas semua. Bila dapat gaji sibuk cari handbag baru, kasut baru, baju baru.  Padahala bayaran bulanan RM130 je kott sebulannnn dengan coverage RM60k setahun

Fakta aku nak cerita aku amik medical card Prudential ni masa lepas 4 bulan kerja. Bayar RM 120 sebulan. Sebab aku risau pape hal berlaku aku tade duet langsung untuk bayaran kos rawatan hospital. Memang betul 4 bulan lepas tu aku admitted denggi kat Kuantan Speacialist Hospital selama 3 hari 2 malam . Kos bayaran sebanyak RM2000. Siap dapatt duit poket RM100 sehari. Company sendiri pun tak bagi oii duit poket kalo ngko sakit.

Tapi aku tak kisah sebab medical ada sendiri. Company tak cover lagi time tu sebab belum confirmed

2) " Company aku cover lah kalo admitted kat hospital ni. "
 Kelako. Sayang benor company ko kat ko la kan. If something happen kat ko and menyebabkan korang tak layak lagi untuk berkerja kat company tu, sapa nak bayar???

Kalo ada medical card PRUBSN ni automotik caruman ko sampai umur 80tahun free bila disahkan hilang upaya kekal.

Then kalo company ko limit cover RM30k setahun macam company aku kerja, tapi kos rawatan sebenar RM50k , mana nak cekau lagi 20k tu???? Nak gadai rumah? Kereta? Helloooo tak payahhhh semua tu kalo korang ada medical card sendiri.


3) "Aku muda lagi lah, sihat tade sakit. Sejarah keleuarga bebas dari penyakit bahaya"
Hebakk munggg mengalahkan kuasa Allah sebab tahu apa yang berlaku masa depan. Tak jatuh sakit sampai bila-bila? Tahniah la jadi peramal terhebat.

Aku pernak approach ofismate amik la medical card ni. Dia jawab "Nanti-nanti la duluuu " Korang tahu seminggu lepas tu takdir Allah dia terjatuh kat ICT kaki patah. 4 bulan MC ok. Naseb baik la company tanggung. Tapi kalau dia amik medical card PRUBSN ni masa aku war-warkan, Insya Allah dia akan dapat claim MC lebih kurang RM4k.

First day dia masuk keje dia cari aku " Ayeen, aku nak amik la medical card Prudential ni"

Lihatlah. Manusia ni bila dah terkena baru tersedar kepentingan ada medical card sediri.


4) " Aku kerja goverment , free masuk hospital kerajaan"
Kerja sebagai pegawai kerajaan atasan, cikgu,  tapi sibuk jugak nak menerima rawatan RM1 macam orang yang kurang berkemampuan. Faham tak? Maksudnya, kita yang berkemampuan ni takan la nak berebut dapatkan rawatan kat hospital kerajaan yang mana ada lagi golongan yang lagi memerlukan. Then hospital pun penuh dengan orang berkamampuan macam kita ni. Eh tak kesian ke mereka yang kurang berkemampuan tu?

My fren yang keje doktor pun penah cakap sendiri " Aku amik takaful ni sebab aku tak sanggup admitted kat hospital kerajaan. Lama kena tunggu turn".



So, alasan anda no berapa? 1, 2 , 3 ,4?



Sekarang aku dalam proses upgrade ke Health Enrich Full Coverage. RM200 sebulan bayar. Mahal??? Taklahhhhh. Setahun baru RM2440. Bila admitted hospital lebih pada tu kena bayar tauuuu. 



Yang kaki travel ni pun Prudential jugak cover kat oversea. Tengok orang2 sekeliling time travel sibuk nak amik insurans itu ini takut pape terjadi bila kat sana. Like kat tempat tinggal Malaysia sendiri korang tade la risau pulak kan? Padahallll sama je risiko tempat mana-mana pun. Keluar rumah depan pagar boleh eksiden. Kita tak doakan tapi cakap.


Hope dapat la terbukak minda skit orang-orang yang masih belum ada medical card sendiri ni. Esok-esok dah pencen nak habiskan duit EPF tu untuk kos rawatan? Merayu masuk TV ,surat kabar, mitak simpati sedara mara? Eh kesian lah! Tu la masa muda sombong berlagak tak nak amik .Membazir kata nya.


Kata-kata yang makan dalam aku pegang

" INSURANS/ TAKAFUL IALAH SESUATU YANG BILA KITA TAK PERLUKANLAH KITA KENA BELI, BILA DAH PERLU DAN TERDESAK SANGAT , KITA TIADA HARAPAN LANGSUNG DAH UNTUK BELI"



*kalo berminat nak amik PRUBSN ni dengan I , contact2 la kita  FREE QUOTATION , whatssapp : 0179175537. Area KL/ Wangsa Maju/Keramat






Saturday, October 26, 2013

Only in China : Xi'an Great Mosque dan Xi'an Railway Station [15]



Selesai sudah Bajet 2014 yang merupakan bajet kejam. Hahaha. Bajet 2013 bajet undi hati pengundi.

Oh. Marilah sambung episod perjalanan  Xi'an. Kejap . Nak bagi info tahukan anda berkuatkuasa 18 Oct 2013, visa ke China single entry dah naik harga. Dulu RM 58, now RM85. Mahal sangattt.. Double entry, multiple entry jugak naik. Almost RM30 jugak naik. Huhuhu.


Ok lupa nak upload gambar hostel kami menginap di Han Tang Inn, Xi'an. 4 beds female berhaga 63yuan / RM31.50 semalaman. Sangat ohsem!















Sebab tu la kalo nak travel kena nombor genap. 2 orang, 4 0rang , 6 orang. Macam senang nak book hostel kalo bukan jenis suka stay kat dorm la.


Selepas kami mengenyangkan perut di Muslim Quarter, kami menuju ke The Great Mosque of Xi'an. Masjid ni terletak dalam celahan bangunan Muslim Quarter. Camne nak cakap yea. Har tengok gambar bawah ni.





Signboard yang tunjuk arah masjid. Dalam 10 minit berjalan nampak pintu masuk masjidnya. Masjid dia bukan macam pesen masjid kat sini. Lebih kepada courtyard. Unik!











Bagi non-muslim, bayaran masuk dikenakan sebanyak 25yuan /RM12.50. Semasa masuk ni, kita diberikan senaskhah guidebook pasal sejarah masjid ni.

Sedikit sejarah pasal Xi'an Great Mosque. Ia telah dibina pada tahun 742 semasa Tang Dynasty. Lebih kurang 1270 tahun masjid ini teguh berdiri tanpa sebarang renovation. Jumlah keluasan 13,000 meter persergi. Ia telah dibina dalam bentuk 4 segi yang dibahagikan kepada 4 courtyards. Dewan solat terletak di bahagian akhir courtyard. Jenuh jugak la kami nak amik wudhuk kat toilet courtyard pertama. Toilet kat masjid ni agak spoil hancing nya sebab ramai pengunjung non-muslim datang.
















Kawasan ni macam sebuah taman raja-raja zaman dulu.








Cantikan ukiran dorang ni.

Bila masuk ruang solat ni kami tetiba rasa bangga jadi seorang Muslim sebab hanya orang Muslim dibenarkan masuk ke ruang solat. Non-Muslim hanya boleh berada di luar masjid. Ada penjaga taw nak masuk masjid ni.



Tade ruang pemisah antara lelaki dan wanita. Tapi kita solat belah belakang lah. Satu lagi kekaguman kat Great Mosque Xi'an ni, seluruh dinding kat dewan solat ni diukir dengan kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahannya (maaf kalo silap beri fakta) dalam tulisan Mandarin.






Tak sharp pulak snap picture time ni.








Ukir pahat okehh. Tade tulis then tampal. Terus terbayang camne la proses buat benda lalah ni.

Selesai solat, kami disapa seorang wanita muslim Cina dari mana sekian sekian la tanya. Masa dah beredar, salam dia. Woa. Panass nya tagan dia. Tangan kitorang ni sejuk beku.







The Phoenix Pavilion







Kitorang curious amende ni, jenguk masuk kepala tengok. Owhh tempat ruang mandi jenazah rupanya.

Sebenarnya, lepas solat kami stay la dalam setengah jam dalam pukul 4 lebih sebab nak dengar azan kat sini.  Kebanyakkan orang bagitau cara mereka alunkan azan sangat lain. Tunggu punya tungu tade pun. Nak kena balik hostel jugak ni sebab catch up our next train to Chengdu later. Then, borak la denga pakcik in charge kawasan masjid ni . Dia cakap waktu Asar dorg pukul 5 lebih ikut mazhab lain. Macam azan kat masjid india sini la. Asar pukul 5 lebih. Maka tak dapat la kami mendengar sendiri alunan azan mereka. * Cari kat youtube jelah*

Tapi harrr jumpa orang photoshoot  untuk perkahwinan  kat Great Mosque ,Xi'an.





Lepas settle, kami meninggalkan Muslim Quarter dengan rasa tak puas nak explore lagiiii. Kalo kat Muslim Quarter ni disarankan korang beli kekacang kat sini, Murah weh! Kacang pistachio tu sekilo dalam RM14 kot. Sedap! Dry kiwi pun sedap.  Kurma ada. Dah macam kat Arab pulak sebab kebanyakan kedai jual barangan ni.




Otw balikk. Amik kaww waya berselirattttt gila. Dahla masa tu blackout dari pagi kami keluar pergi ke City Wall. Camne la TNB sana nak repair .


Episod ngeriiii kat Xi'an adalah nak tahan taxi pergi ke Xi'an Railway Station. Gila lah woii. Semua yang kitorang tahan tak nak stop. Bila dah stop, kami baru nak tanya terus berdesup orang lain amik. Grrr. 3 4 kali jugakla terkena. Setengah jam lebih berdiri dengan beg berat tahan taxi. Last kami dah tahuuu strategi, tak payah tanya dulu nak pergi mana . Taxi stop teros bukak pintu melompat masuk.

Murah je taxi dari hostel kami ke Xi'an Railway Station. 6 yuan camtu la. Dari nak berhangkut beg naik bas 1yuan sorang. Tak sanggup woii.




Tengok muka gua? Sakai level 99 dah kan. Yes. Saya dah demam ketika itu. Tak larattt.



Xi'an -Chengdu for the first time naik train biasa-biasa jeeee.  Tiket kami berharga 213yuan/RM103.50 sehala, upper berth..




Bye Xi'an . Hello Chengdu for the next 14 hours. Sepatutnya kami dijangka tiba di Chengdu pada jam 11 pagi camtu la, Tapi delay kes ada earthquake kat Ya'an, kira 200km dari Chengdu. Masa dalam train tade tahu menahu pun. Sampai Chengdu baru tahu sebab dorag kecoh kat sana pun rasa gegaran





Amazing view sepanjang dalam train. Ada tu rasa macam naik train Harry Potter, tengah-tengah sungai biru sejuk.






Sekali dah naik, nak turun malas. Sekali dah turun nak naik pun malasss. Tapi terpaksa turun jugak nak buang hadas kecil. Toilet hazabb . Najis bersepah kat toilet bowl , terpaksa aku pejam mata isi air dalam botol jirus.Gua nak kencing tapi tak hadap la dalam keadaan najis orang lain melimpah ruah.







Wokeyy. Next entry kita sambung di Chengdu. Tammat la kisah kami selama 2 hari di Xi'an. Agak nak repeat tak Xi'an? Definitely YES!



Tuesday, October 22, 2013

Only in China : Xi'an City Wall dan Muslim Quarter, Xi'an [14]


Hari ke-9,  20 April 2013


Penyakit malas bertimpa-timpa nak update blog pon sendu. Ok let sambung kisah kami di hari ke-2 di kota bersejarah Xi'an. Pada hari ini agenda kami adalah ke Xi'an City Wall.

Bandar Xi'an ni dikelilingi  oleh tembok yang membentuk 4 segi yang dinamakan Xi'an City Wall. Mekanisma Xi'an City Wall ni sama macam Great Wall China iaitu pertahanan. Ia dibina pada zaman Dinasti Tang dan diperbesarkan lagi pada zaman Dinasti Ming. Kepanjangan City Wall ni 13.74km







Bandar dalam lingkungan tembok, Xi'an

Cara nak pergi Xi'an City Wall dari hostel kami menginap, Han Tang House :-

1- Jalan kaki ke Bell Tower
2- Bas #603 atau #609 dari Bell Tower ke South Gate ( 1 yuan) - 1 pit stop je





Senang je berjalan sekitar kota Xi'an ni.





Papan tanda no bas mengikut destinasi. Paham kah??




Langit masa ni tak mendung beraarak kelabu je, sebab kelmarin seharian kan hujan.






Seram betul lalu lintas dan jalan raya kat sini. Lebar dia 7 line siap berzigzag. Pening!




Hah. Lepas turun dari bas #603 kami perlu menyeberang zebra cross tu untuk ke main entrance Xi'an City Wall. Memang urut dada ngucap panjang-panjang la ketika itu. Dengan kereta bas laju, tade traffic light. Lintassss.




 Main entrance Xi'an City Wall.









My fashion in dat day FAILED! Ko tengok macam orang dalam pantang berstokin dengan selipar jepun. Kekdahnya, kasut saya basah seharian berendam hujann. Dengan cuaca lahaiii dah rasa badan macam nak demam.





Sesi membeli tiket untuk masuk ke City Wall.











 
 
Sejarah Xi'an City Wall.






Tiket masuk ke City Wall ini 40yuan = RM 20

 Di City Wall ni juga terdapat beberapa persembahan free and live tapi mengikut waktu la. Antaranya :-

 i) City Wall Gate Openning Ceremony (South Gate Square : 9.30am)
                                                                                                                                                                         ii)Warrior Parade Performance (Barbican): 10:30, 16:30  

iii) Acrobatics (Barbican): 11:00, 17:00
                                    
 iv) Living Sculpture (Barbican): 11:20, 17:20
                          
 v) Courteous Outing of Warriors, Ministers and Generals: 13:30, 15:30                                             
                                     
 vi) Relieving Guard Ceremony: 8:30, 14:30, 17:30



 Yang kami sempat sebab ngam-ngam sampai adalah yang I dan II di atas.




Ni parade dorang. Nak kata awesome tidaklah tapi menghiburkan lah! Dengan gendang dipalu, tentera menari, raja-raja Nye sekali.



Parade ni lebih kurang setengah jam .




Golongan perempuan tukang pukul gendang, Hebakk

Lepas persembahan tamat, kami sebagai pengunjung boleh bergambar sepuas-puasnya dengan aneka tentera . Free je. Tak payah berbayar pun








 
Huduss benor ghupa aku ketika ini. Beselah dah hari last-last malas nak bermekap siap dengan rasa badan lemau.










Para pengunjung yang lain sama-sama turut bergambar dengan aneka mascot tentera. Macam biasa haruslah cari yang hensem smart bergaya. Dasarrr






 
 
 
 
 










Macik ni lawo la posing, aku posing macam sakaii je selipar jepun












Kota Xi'an yang sangat bz. Pagi-pagi jam tauu.




Tak larat nak menapakkk hujung ke hujung kami pun decide nak sewa basikal mengelilingi City Wall ni. Basikal dia tak leh nak pilih comel-comel macam kat Hangzhou. Harga sewa basikal agak mahal 40yuan/ RM20 untuk 2 jam. Deposit kaw2 letak 200yuan/RM100 setiap basikal yang kita sewa .




Bicycle Rental rate. Boleh returned at any other destinations at City Wall.




Ayomattt get set GO!!








Permukaan City Wall ni agak tak rata. Biasa lad benda dah berkurun dibina. Bila bawa basikal tu habis begegar bontot tetek langgar permukaan tak rata. Siap sampai rasa nak terkucil. Ke factor cuaca sejuk eh? Mandai je buat hipotesis sendiri. Hewhew. Toilet sini momantaii bersih dan dijaga.







Tempat persembahan parade tadi.







Yang member lagi 2 orang gagah mana hala tunjal basikal. Aku dan Khal surrender! Demam weh. Korang pegi mana, kami nak tido jap. Sempat lagi curi2 amik gambar.

Dalam pukul 1 tengahari tu setelah return back basikal, kami pun balik naik bas #603 menuju ke Bell Tower dan seterusnyaa ke Muslim Quarter untuk lunch dan JJCM. Hoyeahh. Lapar nasikk.

Ramai sangat manusia ketika ini. Yelah weekend hari Sabtu kan.




























Sedap kuih ni, ubi keledek.








Derertan satay kambing dan lembu . Nomnomnom.



Telur puyuh panggang ni pun sedap. Eh sume benda panas makan dalam cuaca sejuk sedaplah !






Satey paling mahal pernah beli 10yuan/RM5 secucuk. Tapi rasa dia terbaik lah! Kenyang makan secucuk je.



Next pit stop kami solat jama' di Great Mosque od Xi'an. Tu kendiaaa entry la cerita yea!


Salam!