Selesai sudah Bajet 2014 yang merupakan bajet kejam. Hahaha. Bajet 2013 bajet undi hati pengundi.
Oh. Marilah sambung episod perjalanan Xi'an. Kejap . Nak bagi info tahukan anda berkuatkuasa 18 Oct 2013, visa ke China single entry dah naik harga. Dulu RM 58, now RM85. Mahal sangattt.. Double entry, multiple entry jugak naik. Almost RM30 jugak naik. Huhuhu.
Ok lupa nak upload gambar hostel kami menginap di Han Tang Inn, Xi'an. 4 beds female berhaga 63yuan / RM31.50 semalaman. Sangat ohsem!
Sebab tu la kalo nak travel kena nombor genap. 2 orang, 4 0rang , 6 orang. Macam senang nak book hostel kalo bukan jenis suka stay kat dorm la.
Selepas kami mengenyangkan perut di Muslim Quarter, kami menuju ke The Great Mosque of Xi'an. Masjid ni terletak dalam celahan bangunan Muslim Quarter. Camne nak cakap yea. Har tengok gambar bawah ni.
Signboard yang tunjuk arah masjid. Dalam 10 minit berjalan nampak pintu masuk masjidnya. Masjid dia bukan macam pesen masjid kat sini. Lebih kepada courtyard. Unik!
Bagi non-muslim, bayaran masuk dikenakan sebanyak 25yuan /RM12.50. Semasa masuk ni, kita diberikan senaskhah guidebook pasal sejarah masjid ni.
Sedikit sejarah pasal Xi'an Great Mosque. Ia telah dibina pada tahun 742 semasa Tang Dynasty. Lebih kurang 1270 tahun masjid ini teguh berdiri tanpa sebarang renovation. Jumlah keluasan 13,000 meter persergi. Ia telah dibina dalam bentuk 4 segi yang dibahagikan kepada 4 courtyards. Dewan solat terletak di bahagian akhir courtyard. Jenuh jugak la kami nak amik wudhuk kat toilet courtyard pertama. Toilet kat masjid ni agak spoil hancing nya sebab ramai pengunjung non-muslim datang.
Kawasan ni macam sebuah taman raja-raja zaman dulu.
Cantikan ukiran dorang ni.
Bila masuk ruang solat ni kami tetiba rasa bangga jadi seorang Muslim sebab hanya orang Muslim dibenarkan masuk ke ruang solat. Non-Muslim hanya boleh berada di luar masjid. Ada penjaga taw nak masuk masjid ni.
Tade ruang pemisah antara lelaki dan wanita. Tapi kita solat belah belakang lah. Satu lagi kekaguman kat Great Mosque Xi'an ni, seluruh dinding kat dewan solat ni diukir dengan kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahannya (maaf kalo silap beri fakta) dalam tulisan Mandarin.
Tak sharp pulak snap picture time ni.
Ukir pahat okehh. Tade tulis then tampal. Terus terbayang camne la proses buat benda lalah ni.
Selesai solat, kami disapa seorang wanita muslim Cina dari mana sekian sekian la tanya. Masa dah beredar, salam dia. Woa. Panass nya tagan dia. Tangan kitorang ni sejuk beku.
The Phoenix Pavilion
Kitorang curious amende ni, jenguk masuk kepala tengok. Owhh tempat ruang mandi jenazah rupanya.
Tapi harrr jumpa orang photoshoot untuk perkahwinan kat Great Mosque ,Xi'an.
Lepas settle, kami meninggalkan Muslim Quarter dengan rasa tak puas nak explore lagiiii. Kalo kat Muslim Quarter ni disarankan korang beli kekacang kat sini, Murah weh! Kacang pistachio tu sekilo dalam RM14 kot. Sedap! Dry kiwi pun sedap. Kurma ada. Dah macam kat Arab pulak sebab kebanyakan kedai jual barangan ni.
Otw balikk. Amik kaww waya berselirattttt gila. Dahla masa tu blackout dari pagi kami keluar pergi ke City Wall. Camne la TNB sana nak repair .
Episod ngeriiii kat Xi'an adalah nak tahan taxi pergi ke Xi'an Railway Station. Gila lah woii. Semua yang kitorang tahan tak nak stop. Bila dah stop, kami baru nak tanya terus berdesup orang lain amik. Grrr. 3 4 kali jugakla terkena. Setengah jam lebih berdiri dengan beg berat tahan taxi. Last kami dah tahuuu strategi, tak payah tanya dulu nak pergi mana . Taxi stop teros bukak pintu melompat masuk.
Murah je taxi dari hostel kami ke Xi'an Railway Station. 6 yuan camtu la. Dari nak berhangkut beg naik bas 1yuan sorang. Tak sanggup woii.
Tengok muka gua? Sakai level 99 dah kan. Yes. Saya dah demam ketika itu. Tak larattt.
Xi'an -Chengdu for the first time naik train biasa-biasa jeeee. Tiket kami berharga 213yuan/RM103.50 sehala, upper berth..
Bye Xi'an . Hello Chengdu for the next 14 hours. Sepatutnya kami dijangka tiba di Chengdu pada jam 11 pagi camtu la, Tapi delay kes ada earthquake kat Ya'an, kira 200km dari Chengdu. Masa dalam train tade tahu menahu pun. Sampai Chengdu baru tahu sebab dorag kecoh kat sana pun rasa gegaran
Amazing view sepanjang dalam train. Ada tu rasa macam naik train Harry Potter, tengah-tengah sungai biru sejuk.
Sekali dah naik, nak turun malas. Sekali dah turun nak naik pun malasss. Tapi terpaksa turun jugak nak buang hadas kecil. Toilet hazabb . Najis bersepah kat toilet bowl , terpaksa aku pejam mata isi air dalam botol jirus.Gua nak kencing tapi tak hadap la dalam keadaan najis orang lain melimpah ruah.
Wokeyy. Next entry kita sambung di Chengdu. Tammat la kisah kami selama 2 hari di Xi'an. Agak nak repeat tak Xi'an? Definitely YES!
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping a comment