Tuesday, June 11, 2013

Only in China : Sightseeing City Bus & Yuyuan Garden, Shanghai [6]


Marilah menyambung cerita yang dah tertunggak. Masih di Shanghai. Hari ke-3. Masakkk laa  nak masuk part Beijing lagi then Xi'an last Chengdu. Bila nak habis? Doakan jelah. Seronok cerita kat blog dari dekat orang yang tak suka travel pastu menunggu ole2 semata. Kahkah.



Lepas sesi mengeyangkan perut destinasi kami seterusnya ke Shanghai Urban Planning Exhibition Hall (SUPEH) sebab nak naik Sighseeing City Bus tour bandar Shanghai. Yelah ada masa sehari je kat Shanghai, ni lah jalan terbaik.






Xinzha Road Line 1 ke People Square, Exit 2. 3 yuan.  Hah kat situ la letaknye SUPEH.




Ni baru hari Ahad kitorang dah tanjat sangat tengok manusia berkeliaran. Kalau hari kerja? Dah macam buat haji berlaga-laga bahu segala.




Hebat tak hebat People Square station di Shanghai amik kau ade 20 exit. Haha.




Keluar dari Exit 2. Bertenang. Mana nak cari tempat tunggu Sightseeing City Bus nihh.





Masing-masing bajet kulit tenggiling pakai baju nipis senang masuk angin.




Di sinilah tempat tunggu bas. Nampak bas kaler merah yang colourful tuh stop kat bus stop sini apelagi laju-laju jalan menuju ke arah bus.






24hours unlimited rides cost only 30yuan/RM15 siap dapat earphone.

Nak beli online pun boleh dapat la 27yuan tapi beli jelah kat sana masa nak naik bus. Maklumat lanjut sini





Ada 2 routes Line 1 dan Line 2. Kami amik Line 1 sebab nak ke Yuyuan Garden saja. Yelah tak sampai setengah hari pun menyinggah kat Shanghai kena la cari tempat paling yang sesuai nak jejak kaki dan jimat masa.

The First Bus Departure time at Shanghai Urban Planning Exhibition Hall:
9:05AM Shanghai Urban Planning Exhibition Hall (Front Door)


Add: No. 100 People’s Avenue ( Bus No. 49 Station)





Nanjing Road Pedestrian Street (Western End) Tak sempat nak singgah lalu je naik bas je.











Tahap kualiti udara yang kurang memuaskan. Cantik & bersih lagi Hangzhou. Kenapa daku sokmo jatuh cinta ngang Hangzhou nihhh.




Okey. Takpe ye rakan-rakan kita lalu je dulu..Malam kang kita terjah sini. Ada lampu lampa yang cantik.









Sightseeing City Bus akan stop setiap pit stop yang telah ada dalam map. So kami berhenti di pit no 10 iaitu City God Temple and Yu Yuan Garden. Masuk Yu Yuan Garden 40yuan /RM20 seorang. Sebelum pintu masuk ni ada tempat jual sourvenir fridge magnet, keychain.





Terkesima kejap sebab cantik memang lah tapi rasa macam ada kat belah Europe ke kita. Ramai tourist omputih rupanyaa. Orang local pun sama hebat ramai.


Gambar sekitar dalam Yu Yuan Garden.





































Terasa macam ada kat perkampungan Japan pun ada,* Maaf perasaan je lebih Japan tak penah sampai lagi*





 Dah keluar Yu Yuyuan Garde, Zig Zag Bridge cantik tapi gini gayalah rupa bila datang weekend. Bersesak dengan manusia lain.




Pakcik posto dah sampai naik basikal. Baru je kami pos poskad Hangzhou.





Kecewa dengan ole2 Hangzhou yang tak semenggah iaitu seketul FM sahaja, amik ko rebut FM kat Shanghai. Bargain dapat la 6yuan / RM3 seketul. Murah ke tak? Entah beli jelah tak da masa nak survey tempat lain.





Hari semakin petang. Suhu pun makin turun mendadak. Omak den dah start sejuk. Pastu menyesal tak bawak jacket yang ditinggal Masa ni dalam pukul 5 petang. Habis shopping kami menuju ke Fuyou Mosque yang letak berhampiran Shanghai Old Street.





Tukang buat itinerary Shanghai yakni saya lupa print screen peta nak ke Fuyou Mosque. Hiks. Meraban dalam sejuk la tanya orang. Solat Zohor and Asar belum. Last tengok signboard Fuyou Road je. Nampak ramai orang pakai tudung and berkopiah dah dekat dah nii. Jalan jalan jumpa lah.








Ni lah masjidnya. Sama macam Phoenix Mosque, masjid nya terletak di deretan bangunan kedai camtu lah..







Part paling mencabar kat China adalah masa amik wudhuk. Gila gigil sejuk beku airnya. Aku sokmo melompat-lompat time amik wudhuk. Tak tahan weh. Kejung tangan. Tu tahap sipi-sipi dah habis winter.




Dah selesai solat, member ni beli karipap taugeh which is tak kena selera tekakku. Makcik ni siap bagi lebih karipap tapi cannot gi la makan taugeh sebagi inti karipap.






 Lepas solat, misi beli tshirt I Love Shanghai belum dijumpai. Patah balik ke Yu Yuan Garden. Jauh jugak la menapakk nya. Kedai tepi jalan semua mahal. Paling murah bagi 35yuan camtu. Then jumpa la satu kedai kat tempat masuk Yu Yuan Garden dapat 25 yuan/ RM12.50 sehelai. Borong la kiter. =P


Ewah-ewah dah makin sejuk nih.Mohlah beredar ke Huangpu River yang ada nya The Bund.





 Line 10 Yuyuan Garden ke East Nanjing Road.3 yuan / RM1.50 . 1 stesen je.





 Memasing dah lemau nihh. Tapi gagahkan seret kaki ke Huangpu River.







Memang tak pernah tidur ke Nanjing Road nih?




 Sebenarnya tak tahu mana hala arah ke Huangpu River. Ikot orang lain yang ramai berduyun menuju ke satu arah. Betul la tuuh.




Hoyeah! Sampai jugak sambil disimbah angin berderu-deru sejuk nya. Kitorang pakat tanya berapa la suhu sekarang nihh. Salahkan receptionist hostel tadi cakap suhu biasa2 jek.



Cantik pemandangan malam Huangpu River. Kalo nak naik bot tak sure la berapa harga. Sebab tak plan pun nak naik cruise bagai nih.

















 Perut dah berbunyi kami makan la bekalan yang dibawa biskut, jajan, wafer sume sambil tengok gelagat orang yang datang kat sini.





Ok. Balik hostel time. Esok pepagi buta dah kena bangun nak ke Beijing.




Totally, not enough to explore Shanghai for a day and definitely will come here again! > <

Sampai hostel, check in nampak katil terus melompat atas katil. Haiyakk. Aku landing atas batu ke?? Kahkah. Bapak keras macam batu tilam hostel ni. So, I'll not recommended this hostel. Ahaha, Tapi ok la untuk sehari .


Tapi part canggih locker and wifi nya. Locker siap ada card. Tap card untuk bukak locker (Kad tu dah ada no katil, bla blaa.. ) and wifi siap nak nombor passport. Tak kosser aku nak kelebet password lagi, isi no passport. Baik tido!

















.........

....................


...........................







Check weatherrr. Oooooo patutlaa rasa sejukkkk.




Ok. Jumpa di Beijing... Cewasss..



5 comments:

  1. Jgn citer kt org x minat travel buat penst je meh citer kat JM sejam pun sudi dgrrr heeee

    Mmg cantik betul view kt yuyuan garden tu alahai mula lah mrncri tiket murah ni. Nk jdkan blog ni sbg panduan klau ke sana nanti info lengkap tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @jarimanis : lappy rosak siaran tergendala kejap. kann sama la suka dengar pengalaman travel. yg xsuka kadang ade menjeles.

      xda lengkap mana pun tp yg mana bole bg info ok je. sekejap je nyingah sini

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Sightseing bus tu 24 jam ke jalan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope. ade masa tertentu ikut musim, u boleh refer kat web yg i dah bg link tu. maksud 24jam tu , kalao arini tiket tu u beli pkl 2 petang esk pagi boleh sambung guna tiket yg sama sampai 2 petang. =)

      Delete

Thanks for dropping a comment