Monday, June 3, 2013

Only in China : Shanghai [5]


Day 3 : 14 April 2013


Alhamdulliah. Masih bernafas di bumi China pada hari ketiga. Segala lenguh sendi, sakit urat , saraf bontot hilang sebab before tidur telan 2 bijik penandol muscle joint. Taraaaa! Terus cergas! Hari ke 3, kami check out Green Tree Inn Hotel dan next pit stop adalaha Shanghaiii hai haiii. Tapi sayang sebab hanya sempat spend masa sehari ni je kat Shanghai. Sereyesss nak repeat Shanghai lagi.





Jarak Hangzhou ke Shanghai kira-kira 177km. Kalau naik bas 2 jam naik bullet train 50 minit sampai.





Ekpedisi pikul kati beg bermula. Masa ni ok la barang sendiri banyak. Kawan ku yang si Khal tu gigil la bawak lugage gedabak berat pulak tu. Masa check-in LCCT staff tu tanya macik tu, nak gi sambung belajar sana ke??? Kahkah. Mana tak, total berat beg dia masa tu dah 18kg. Haruk la beliau beg tu tak sampai Beijing dah rosak sebelah tayar lugage. 




Naik metro dari Ding'An Lu ke Chengzhan/ Hangzhou Railway Station. 2yuan/RM1 , satu stesen je.









Pukul 9 kami sampai disini mencari tiket train ke Shanghai. Tak payah beli advance pun Hangzhou-Shanghai sebab banyak trip nya. Kaunter tiket adelah tak strategik. Kena keluar dari railway station.




 Prosedur biasa bila beli tiket train kat China, sila tunjuk passport anda.




Harga train ticket Hangzhou - Shanghai Hongqiao 77.50yuan/ RM40





Memang tak paham , tapi pahamkan train korang nombor berapa sudahh.



Gudbye Hangzhou. Tilll we meet again. Sobsob



Kemas. Bersih.








Tengah membayang bila la Malaysia nak ada train selaju nih. Baru plan nak buat Singapore kan? Acer buat KL- Kelate, KL-Perlis. Kompem sejam dua dah sampai.



View dari dalam train. Dekat skrin tulis kelajuan 303km/h tapi tade la rasa sangat laju. 




Kami dalam train masa ni sibuk tulis poskad Hangzhou. Feeling habis ah tulis poskad dalam train laju. 




Sexy back or sexy bag? Tergeliat bahu ade lahh.




Masa ni tengah beratur beli train ticket ke Beijing esok and advanced ticket. Pengalaman tragis ni dah citer before ni. SINI




Selesai beli train ticket, nak ke hostel Shanghai. Ok. Turun pangkat sekarang. Hangzhou ko duduk hotel, sampai sini duk hostel je. Jadikla 58.50yuan /RM29 semalaman sorang.

Terkejut samppai station People Square. SANGAT BANYAK MANUSIA. Sesuai la nama People Square. Ada satu kejadian masa naik escalator kawan ku yang si Tirah paling lonjonng ni hah ditegur dari belakang ngan Chinese.

"From Malaysia eh?"
"Yep. How do you know from the back?"
"I pun orang M'sia. I tengok botol air you F&N kat beg ni. "

Pun bolehhhh. Hihihi




Metro Line 2 to People Square (10 stops. Dah la xdapat seat 10 station kena berdiri T__T)
 Then change to Line 1 to Xinzha Road. 5yuan / RM2.50





Kami memilih Soho People's  Square Youth Hostel . 





Reason book hostel ni murah dan dekat metro Line 1. Tapi tak sangka exit 1 sini jumpa Muslim Restoren. Syukur sangat perot dah laporrr.




Jalan-jalan carik hostel. Nasib baik la orang Shanghai ni ada ilmu English. Senang ditanya.





Akhirnya sampai. Jauh jugak berjalan tapi tak leh lawan hostel kat Beijng lagi jauh menapak .



Letak bag je dulu sebab belum waktu check in. Wakdehel waktu check in pukul 4 pm.




Moh la meneruskan perjalanan kita pusing-pusing bandar Shanghai. Masa ni kitorang tanya receiptionist, whether camne. Sejuk tak. Dia kata ok light2 je. So pakat masing2 campak jacket sweater dalam lugage store. Sekaliiii.....



Makan duluuu kat kedai muslim yang terjumpa secara kebetulan.




Tunjuk tunjuk. Skill yangrou (daging biri) dan nuero (daging lembu) digunakan. Baru belajar dengan pakcik bakar satey Hangzhou katakan.





Anak taukeh kedai ni peramah. Kitorang masuk dia datang kat meja teros digeletek nye kitorang, Apekahh? Lepas tu tunjuk kartun Dora kat ipad. Maap la dik , kami tak paham. Yang paham nama dia Asiah. Ololo. Syomelll




Bila tunjuk gambar yang di snap. Dia cakap " Wo ke aiii (Saya cantik nye) " Aku pun cakap "tui2." Seronokk betol Asiah ni.




Lauk sedap 1



Mee sedap 2




Ni ana yang punya. Portion makanan kat sini boleh kongsi 2 orang.



Total makan 4 orang termasuk air 66yuan / RM33. Alhamdulillah.





Nexttt kemana kita???







Bye!!!

4 comments:

  1. Mama cukup 1 hari heee..mcm lah penah sampai Shanghai :-)

    tengah enjoy baca dah sambung heee...ce cepat continue tak sabar kak JM nk baca ni heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat tak cukupp. Byk tempat xsempat nak explore. Tapi boleh la sekadar singgah.

      Insya allah nak sambung nihh. Kena dtg mood dulu :-)

      Delete
  2. Train dari Hangzhou tu mmg terus ke People Square ke..? Or turun Hongqiao Station dulu, then naik metro..? -Ved

    ReplyDelete
    Replies
    1. train dari Hangzhou stop kat Shanghai Hongqiao R.S. Then amik metro Line 2 kat Shanghai Hongqiao R.S.

      Delete

Thanks for dropping a comment