* PRU13 sudah habis. Marilah kita beralih kepada landasan yang asal pasal travel. Jeles kita uolss, last week ada Tune Group Annual Dinner. Offismate dapat cash RM100k and ada jugak yang mendapat return flight ke London. Siap Pak Tony tanya " You want to stay at Tune Hotel or my house at London?" Gigit jari la kita dengarr. Jeles gaban! Memang tahap main campak je duit si Tony tu. *
Mari sambung cerita bersiri kita. Masih lagi di hari pertama. Bawah ni serba sedikit peta yang dicilok dari google map. Keluar dari Ding'An Lu Metro Station kami teruskan misi melilau cari hotel yang telah ditempah melalui website Ctrip, sekali ada orang bakar satay la. Eh Muslim Restaurant pulak tu. Pandang jeling-jeling je lah dulu.
Kecik je restaurant tapi petang ramai orang beli satay. Pulak murah 2yuan sebatang daging biri-biri. (Yangrou)
Masa nak check in Green Tree Inn hotel pun receptionists kat sini badi tolak menolak sapa jadi jurucakap. Failed la koranggg. Hehe. Main tekan-tekan kalkulator je lahhh. Deposit 100 yuan. Hotel 2 malam 816 yuan.
Wow. Berbaloi spent RM200 semalaman di hotel ni. Lengkap okeh. Siap ada jumpa alat mejahit lagi dalam drawer.
Sebelum bersepah cepat snap gambar woii
Ada PC pulak tu senang la nak transfer gambar kekdahnye.
Apa barang sampai petang nak melepak dalam hotel jek. So, malam minggu lepas kami makan, solat mandi segala jum jalan2 pedestrian street kat sini. Hotel Green Tree Inn ni terletak di Qinghefang Street. Kira tempat strategik la nak ke Wushan Square. Jalan kaki sahaja.
Kalo nak rasa artis hah datanglah ke Hangzhou. Deme ni tengok kami macam alien. Pandang sampai menganga mulut. Tak penah tengok orang Malaysia ke bang? Sepanjang kitorang berjalan ada saja mata yang tengok stok pandang sampai terteleng-teleng kepala. Kitorang pakai seluar koyak ke? Baju londeh ke? Aigoo.Pedestrian street ni jugak ramai local Chinese ni bawa anjing comel yang jenis bulu bear bersiar-siar. Seriuss comel tapi datang mendekat kat kitorang bertempiaran lari. Hikhik.
Jalan-jalan carik souvenir Hangzhou.
Hebat gak brother ni buat segala bentuk kaca,
Pedestrian ni memang cantik la. Untuk lepak-lepak malam minggu ni la tempatnya.
Replika Leifeng Pagoda
Tetiba dengar lagu Hindustan dimainkan. Sekali Nepat Street daaa. Alah kat Malaysia bersepah orang Nepal apa hairan. Siap jadi pengundi hantu lagi. Eh?!
Penat jalan cari souvenir Hangzhou. Wushan Street dah, Houshi Street dah. Buat 2 pusingan lagi. Kesimpulannya memang TIADA langsung souvenir macam fridge magnet ke, keychain ke baju bajan I Love Hangzhou. Harapan jelah. Pedestrian sini banyak jual sutera, alat2 semayang dorang, gantung-gantung, Longjin Tea.
Kecoh dorang buat bendalah ni.
Tak menarik . Masuk tinjau semata.
Kesudahnya beli pen comel-comel ni jelah. 10yuan 3 batang. Jadilah.
Ada satu lagi retaurant halal kat pedestrian steet namanya Dong Yi Shun. Addrees : 99号 Gaoyin Street Shangcheng, Hangzhou, Zhejiang, China. Bajet nak makan sini la sekali tukang kedai cakap dah tutup. Hampaaa balik tidoqqq la kita.
Agenda esok ke West Lake (Xihu) sambil kayuh basikal.
Bye!
Sate kambing kat China mmg sedap..JM pernah try makan di Guangzhou
ReplyDeleteJM pernah alami perasaan yg sama bila di pandang like alien di Shenzen hee
Mmg menarik lah lokasi hotel ni coz dekat ngan tempat mkn halal..mula lak merisik tiket murah ni.hihihi
saya pun ada masalah yg sama pergi hangzhou hari tu. tak jumpa souvenir nak bawak balik. but rezeki, flight balik mesia kul 11 malam and pagi tu pusing2 kat street famous tu terjumpa. tapi mahal. 10yuan sbijik fridge magnetnya.
ReplyDelete