Tuesday, April 30, 2013

Only in China : Hangzhou [1]


*Bahang pilihanraya makin terasa. Marilah mengundi ke arah Malaysia baru. Hikss. Selamat Hari Pekerja!!!*



 DAY 1 (12 April)


Alhamdulliah. Mega trip kami berjaya. Ahli jemaah 4 orang dan mereka adalah rakan sejak sekolah menengah. Perancangan dibuat rapi sejak awal Januari 2013. Tiket macam biasa dah peram lama punya. Return flight tiket RM570. Destinasi kami kali ni adalah China. Kenapa China? Sebab currency murah, hostel and makan pun murah. Hihihi.

Currency  : 100 yuan = RM50.05 


Bila orang tanya China belah mana? Jawab Hangzhou, dorang akan balas " Owh tempat shopping tu eh". Dah suspek dah mesti dorang ingat Guangzhou. Lain ok lain.


Sumber rujukan banyak dibuat dari buku Lonely Planet dibeli dengan harga RM117 and bloggers yang hot bab travel tak lain tak bukan Backpackerbusuk and Nota Kembara, google map. Kami cover 5 tempat dalam masa 11 hari. Bermula dari Hangzhou -Shanghai -  Beijing -Xi'an -Chengdu. Lain tempat lain ragamnya. But sangat enjoy dalam perit. Aku lantik diri sendiri sebagai ketua bahagi-bahagi setiap tempat kat korang cari details. Then kita review sama-sama.


Kadang-kadang penat jawab orang tanya tak takut pergi sendiri, tak sesat cari jalan, makan macam mana nak tahu halal, China kan kotor, selesa ke pergi tempat camtu. Hello takan la simply aku dengan member main terjah negara orang without preparation. Study study study.Nak selesa bagai baik terperuk dalam rumah sudae. Paling sakit hati kat ofis ada tanya " Banyak jumpa babi?" Agak2 nak jawab apa. 


Flight kami pada 12 April seawal 8 pagi. Flight adalah penuh tapi yang muka Melayu lagi berjawa kami berempat saja. Yang lain orang Cina. Sebab flight full masa tu, seat kami pulak tengah lambat sangat nak dapat Nasi Lemak Pak Nasser. Pukul 11 lebih baru dapat. Haru takkk. Lepas makan tu la baru kami sibuk asing-asing duit expenses hotel/hostel and train tiket. Orang lain sibuk tido, kitorang bizi duk kirai duit.



Ye anak-anak Hangzhou province Zhejiang terletak hampir dengan Shanghai. Naik bullet train sejam sajork. 




Selamat landing awal setengah jam. Merempit ke ape abang pilot.




Xiaoshan International Airport, Hangzhou.1st sampai tak boleh nak adapt lagi. Perasaan berdebar-debar esp kes wabak H7N9 




 Mandarin sebut : Ci Lumpur instead of Kuala Lumpur










My new lugage with his first tagging.



Sesudah urusan imigresen maka bermulah episod kami travel di China. First, cari shuttle bas nak ke Wullinmen CAAC Office. Perjalanan makan masa sejam. Ala-ala dari LCCT nak ke KL Sentral la.

Agak culture shock for the first timer tanya dorang in English dibalas dalam Mandarin.




Tiket bas boleh dibeli depan international arrival tu. One way 20yuan / RM10. Kitorang mintak 4 tiket ( se gek, sebutan mandarin), amoi jaga kaunter sibuk tanya apsal kitorang pakai tudung dalam bahasa Mandarin sambil tunjuk tudung kami . Ayoyoyo ammaaa. 




Shuttle bas terletak nung jauh belah domestic flight . Exactly place north of Entrance 5 of Arrival Hall 1st floor. Pergi Tourist Center konon la bole kutip pamplet map. Habukk tarakkk. Anak dugong  (Lonely Planet) kita jugak la yang berguna.



Tiket bas yang satu hapa pon tarak paham. Kemain kau nak naik shuttle bus ala2 Skybus tu je tapi konduktor dia siap uniform stewardess dengan microfon. Kitorang ni main campak je beg kat lugage storage bas tu di marahnye dalam Mandarin. Tepis-tepis tangan lagi. Tak paham. Then dorang tunjuk letak beg sila ikut susunan and group! Bagi nombor bag lagi.


First impression Hangzhou. Wow. Kemas and teratur bandar mereka. Sangat teratur. 



Sepanjang dalam bas tengok bangunan semua pesen ni. Tak tahu la rumah kedai or kediaman.











Jalanraya kat China kalo tak luas memang tak sah la.Tapi yang bagusnya dorang ada laluan motor , basikal and pejalan kaki.











Budak-budak habis sekolah



Last stop bus kat sini. Wullinmen CAAC Ticket Office. Sebenarnya nak lagi senang stop je kat Hangzhou Railway Station sebab situ memang dah dekat dengat Metro Chengzhan. Kalo tak jadi macam kami ni sesat meraban semata nak cari Metro Wulin Square. 


Sikit info Metro Hangzhou,

The first-stage construction of subway Line 1 has been opened to public since November 24, 2012

See. Masa kiroang sampai sume metro baru bukak. Dekat Xi'an and Chengdu pun sama.

Kejadian sesat ni makan masa 2 jam terjadi sebab tak kami tak jumpa mercu tanda singa putih air pancut tu. Gagau cari lintas jalan, patah balik semata-mata cari Metro Wulin Square. Tanya polis jawab sinung, tanya pejalan kaki tak paham. Dah nak give up nih ingat nak naik teksi je cannot2 kita baru 1st day. Last ada member tanya makcik sapu sampah. Travel tip aku la. Ko buat iti sertakan sekali gambar tempat tujuan. Senang nak tanya, tunjuk je gambar. Yeah misi berjaya!!  Sebab musabab tak jumpa mercu tanda tempat tu under construction. Cehhhh.


Direction yang aku ingat la  nak ke Metro Wulin Square : Wullimen CAAC Ticket Office - Lintas jalan - Ke Kiri - Laluan Subway pejalan kaki bawah tanah - Jalan Straight nampak mall besar godang - 
Nampak signboard bawah ni follow jekkk.








Sampai. Sujud syukur okehh. Penyebab utama sesat ada construction tengah2 alam, signboard metro kurang and tanya mereka sorang pon tak paham word METRO.


Wulin Square - Ding'an Lu = 2 yuan







Sampai Ding'an Lu - Exit D ke Zhongshan Md Road.150 meter jalan jumpa hotel kami!! Jumpa jugak muslim restaurant duk bakar satay. Kendian la citer.





RM200 per nite family room. Betul-betul sebelah Pheonix Mosque and pedestrian street, Qinghefang.. Booking via Ctrip.com. Hotel/Hostel kat China masa check in mesti nak deposit.





Masa sampai dorang sibuk buat art ni. Ok.. Nextttttt entry .






Bye!

3 comments:

  1. Lepas baca entry ni rasa teringin nak pegi Hangzou..sambung2..nak terus baca

    Mana tahu leh jd guideline kalau JM nk ke sana :-)

    ReplyDelete
  2. Sama penah sesat gak carik hotel kt GZ. Sejam lebih pusing2 tang tu jugak.....uihhhh penat. :) rupanya dah byk kli melintas hotel tu. Xnmpk sbb tulisan rumi kecik comel je....hampeh....:)

    ReplyDelete
  3. Singgah sini riki info.. good sharing...

    ReplyDelete

Thanks for dropping a comment