Saturday, January 26, 2013

Hello Hong Kong!!

| Disneyland Hong Kong Jan 2013|


4 days trip was awesome!!! No shopping branded brand just a lot of bundle souveniers . Totally Hong Kong adelah lagi ok dari Singapore .Hikss. 


Saturday, January 19, 2013

1st Trip For This Year

Bulan berapa tah membooking tiket ke Hong Kong nih. Dapat harga tiket nih RM336 return. Sekarang promo AA ke HK tak dapat dah harga ni. Kurang2 RM400++ ye dak?? Dah la silap booking date deyy. Tapi takpelah as long cuti dah dapat, duet dah ada yok ke Hong Kong kitaa.


Trip ni dinamakan trip mengah all day gamaknye? Sume tempat nak cover dalam masa 4 hari 3 malam. Harap semua nya berjalan lancar. N this trip iolss tak terlibat buat itinerary coz I is busy buat itinerary China. 








My bajet style adelah asingkan siap-siap duit expenses kita dengan shopping. Nanti bersampok sampok ko pening eh apsal duit nak beli tiket dah tade nak shopping tinggal skit. (Ni pesen travel cukup2 makan)




See, total expenses kitorang. Haruu gilaaa.


Thursday, January 10, 2013

My Optiontown (UTO)


*Ceh kemain la hari Sabtu lepas pegi Pejabat Imeigresen KL (Wangsa Maju) nak collect passport sekali termalu diri sendiri. Beratur dalam 10 minit nak amik no giliran, sekali akak kaunter cakap " Sila baca syarat no 5" Siap bulatkan lagi no 5 besauu. ===>  Collect passport hanya pada waktu hari bekerja Isnin sampai Jumaat" , maka marilah balik sambung tidoqqq. Caitt. Then hari Selasa masuk lambat ofis sikit pi lagi Imigresen dengan berlagak ambik nombor tros ke kaunter last tempat collect passport. Tak sampai setengah jam dah siapppp. *



Pernah dengar Optiontown ? Optiontowan adalah satu website yang menawarkan kita untuk upgrade travel option (UTO) , beli empty seat option(ESO) untuk yang ada anak kecik senang lah guna ESO. Air Asia X salah satu travel partner link dengan Optiontown. Let say, masa beli tiket kita beli seat biasa yang menyempit siap berselisih bontot dengah muka kita time orang tepi tingkap nak kuar. Tetapi nak feeling jadi macam orang kaya nak duk premium seat siap boleh adjust nasib baik tak jadi macam kerusi Ogawa or Gintel je boleh la beli dengan khidmat Optiontown.

Sebabkan travel partner aku termasuk lah diri ini miskin tapi bajet nak kaya, kami pilih UTO. Chengdu-KL kalao upgrade Optiontown tawarkan RM173 sahaja for premium seat.( 1way je amik sebab xkaya lah kekdahnye) Premium seat ni dapat free bagage 25kg, meal, and travel kit.Insurance kena beli sendiri. Marilah support my company Tune Insurance. Eh?!

Kalo bernasib baik 1-3 hari sebelum depature pihak Optiontown akan email kita whether kita dapat tak UTO ni. Kalo dapat untung la, tak dapat dun worry within 5 days after depature kita akan dapat defund balik duit. Maka marilah beli dengan Debit card. Satu hal pulak ko nak nak guna CC nanti refund nak tunaikan duit tu leceh kan.





 First time sign up kena caj RM5 sajo.


 Ni bila payment dah sukses. Horey2 marilah berangan kalo mendapat UTO!



















Berdebar jugak lepas submit payment tunggu confirmation emel tak dapat. Siap nak live chat dengan orang dia. Kring2, tunggu 5 minit confirmation emel sampai.





Disarankan bila amik bendalah ni, jangalah korang Check In, beli bagage sesiap sebab akan impact your upgrade decision bebeh.


OK. Bye!!!



Tuesday, January 1, 2013

Renewal Online Passport


Pagi 2013!! I'm feel great today yaww. Hoi ko umur dah 25. Ages just a number rite?!

Few weeks left for next vacay, so I've to renew my passport. Yilek baru pakai 2 pages dah kena buat lain. Rugi buat 2 tahun lantas ku amuk keputusan buat 5 tahun.

Cara online ni hanya untuk renewal sahaja bukan untuk 1st timer application passport. Tu kome kena poie sendiri ambil number giliran kat Jabatan Imigresen.

Step 1 ; Pergi website https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport?type=26&lang=en


Step 2 : Bukak2 gambar acik timah nih anda memang berada di website yang betol.







Cara pembayaran hanya terima Credit Card buat masa sekarang.


Step 3 : Get ready to apply




Step 4: Masuk kan gambar passport kita yang terbaru and pilih la nak renew untuk

           2 tahun : RM 100 (macam rugi sikit sebab 6 bulan b4 travel kena renew)

           5 tahun : RM 300 (sangat untung untuk yang suka travel sebab date boleh carry forward)

Terbaru Belanjawan 2013 : Warga emas : RM 150, kanak below 12 y.o : RM80


 Step 5 : Sap sai sap soiii mari lah buat payment!



Step 5 : Selesaii !! Trasaction Status  : SUCCESSFUL




Step 6 : Maka bolelah pungut passport anda keesokan harinya di collection branch yang anda pilih.



Good bye passport lamaaa hello passport baru! Opss Sabtu nih nak pi pungut.



Yang paling sayang haruslah NZ oi ada cop tepi belah kanan atas sekali Rugby World Cup