Saturday, May 17, 2014

Winter trip Korea : YongPyong Ski Resort



17 Februari 2014

YongPyong Ski Resort

Kalau musim winter di Korea jangan lepaskan peluang melawat ke Ski resort. Kebiasannya ia dibuka sekitar mid-November sampai March. Salah satu kunjungan ski resort weols pegi di YongPyong Ski Resort yang terletak di Gangwon-do.

Orang lain kalo datang Seoul 1st timer  mesti Winter Sonata = Nami Island. Aku first time pegi Seoul tak masukan langsung lawatan ke Nami Island. Hahaha. Sebab macam ummm biasa jeeee ada pokok2 naik feri makan nasi goncang. Baik pi Yong Pyong Ski Resort. Drama Winter Sonata pun berlakon kat sini. =P


Cara nak pergi ke YongPyong Ski Resort dengan Shuttle Bus :

- Line 2 Jamsil - Exit 4
- Exit 4 jalan hala ke kiri korang dalam 50m nampak Lotte Mart. *kalau ragu2 tanya je orang lalu lalang      cakap ,bus YongPyong*

Fare : 16,000 won / RM49.90 * rate masa ni 1000won = RM3.12*
Perjalanan : 2 jam

Shuttle bus ini memang direct ke YongPyong tetapi ada 2 waktu sahaja jam 6.00am dan 9.00am. So plan lah masa anda sebaik mungkin jangan terlepas shuttle bas sebab kalo terlepas kena cari option lain naik public bas yang bole katakan 2 3 kali tukar bas untuk sampai ke YongPyong.


 




Jalan sampai ke hujung tau. Memang nampak macam eh betul ke ada shuttle bas kat sini.






Keadaan bas yang sangat selesa. Tapi shuttle bus ni tade la sharp gerak 9.00am sebab basically akan tunggu sampai penumpang penuh dan baru jalan.






Ok. Sempat snap dari dalam bas. Nampak GAP KIDS tu la tempat menunggu shuttle bus to YongPyong.




 Perjalanan 2 jam ke YongPyong memang tak tido la. Biasala baru hari ke 2 energy 99.99% lagi. Huahua.





Tiba dalam pukul 11pagi. Excited time ni ada snow turun light je. Never expect la kami pergi dah macam hujung bulan 2 ada snow. Waaaaaa. First time dalam hidupku tengok snow. Owh macam ni ke. Subahannallah.

Kitorang bawak beg baju siap bukan nak tido kat sini. Harga resort kat sini semalaman mahal. T_T. Dalam perancangan petang tu nak ke Sokcho.





Kalo memang snow turun keadaan langit memang kelam mendung je. Pastu kamera pun asik berwap kena lap2.




Tahukah anda YongPyong Ski Resort bakal dijadikan tuan rumah Winter Olympics 2018? Winter Olympic 2014 di Sochi masa ni weols ada kat Korea . Pakat dalam subway bas sume dorang tgk on9 streaming Winter Olympic. Balik malam bukak semua chanel tv tunjuk Winter Olympics jugak.


Banyak kan slopes kat Ski resort ni. Lebih dari 10 kot. Gila beso tempat ni tapi sebab tengah snow batas penglihatan jadi kurang.



Tak faham jugak ramai sangat orang Korea time ni berski. Budak sekolahnya, apak bawa anak2 main ski nye. Tujuan kitorang kat sini bukan nak main ski pun.Tak kuasa nak main sebab kena amik lesson class dulu untuk beginner. Salah time kaki terseliuh ke ape. No no no. Banyak tempat lagi nak kena pakai kaki.




Kawasan sekitar ski resort.




Ada bajet lebih boleh lah tido hotel kat sini. Malam2 pun boleh berski gitu.














Aweks Korea macam buat plastic surgery jekk. Hikhik



Kami masa ni sangat blur mana nak beli tiket naik gondola untuk ke Dragon Peak. Yeah tu jelah tujuan utama datang ke YongPyong Ski Resort.





Sebab memang tak tahu mana nak beli pi jugak kaunter ni igt kaunter tiket gondola padahal salah. Ni kauter tiket rent skit and snowboard.




Nak cuba tak salah pun. Ni rate as per 2014.




Pastu kami tengok orang beratur panjang. So apalagi jom la beratur. Ni mesti pakat beratur nak beli tiket naik gondola. Gagagagaga. Dekat sejam kami beratur okehhhh.




Sekali dah hujung2 nak masuk pintu Dragon Plaza, staff dia cakap "U guys no need to line up. This for uni student class for skiing," Choiiii. Budak2 yang beratur sekali ngan kami ni bukan nak inform pon. Sejam ok beratur dalam sejukk ketai2.





Ceh. 2 3 kerat je orang queue nak beli tikettt. Sabarrrrrr ye rakan2. Tiket boleh dibeli tingkat 2 Dragon Plaza,




Harga return trip gondola ke Dragon Peak 12,000won / RM37 tapi kami dapat diskaun 30% guna kupon amik kat Korea Plaza Kl tuuu. So dalam 10,000won jelah. Setiap 1000won sangat bernilai bagi travel secara bajet, =)




Semua yang skiing ni berjalan serupa robot sebab kasut dorang pakai tu.










Tak boleh nak posing sangat sebab ada orang lain. Buble jacket tu baru rasmi pakai beli kat Dongdaemun . 25,000won je. Sebab aku memang tak bawak jaket bagai.Berbaloi beli lepas kena pau ngan driver taxi kat Seoul naik taxi lbh pkl 12 tgh malam . Charga 70,000won /RM220  untuk perjalanan tak sampai 15 minit. Nangesssssssss.




Suhu pada waktu di -6.1. Pergh pergh sejuk dia tok sah cakap la. Nak kuar dari tempat ni gigil .



View sebenar bole nampak dari puncak Dragon Peak. Yang kami nampak masa ni putih salju jeee




Hah. Winter Sonata



 Lagi Winter Sonata. Tapi acik tak excited pun ngan Winter Sonata sebab tak pernah tengok drama nih. Kukui.






Sebelum bergulin-guling dengan snow, mari makan nasi goreng sendu tapi otamatik makan atas puncak jadi sedap.





Seriously, caramel macchianto Holly's Caffe sini sedap sangat! Sebab try kat cafe lain tak leh beat kesedapan nya.




Lepas kenyang ayuh rakamkan kenangan.





Risau jugak jalan dalam keadaan snow tebal sebab kita tak tahu langsung apa bahaya depan tu. Silap langkah gaung ke, longkang ke, batu ke.









Baru kita tahu fungsi winter jacket ada bulu2 kat hoodie tu untuk prevent snow turun terus masuk dalam mata. Ingat untuk stylo je. Ngeee



Nampak macam suram je tapi ramai sangat orang tengah ski time ni.





Dah puas melepak kat Dragon Peak ayuhlah kita turun. owh. Tiket tadi jangan dibuang yer sebab kena tunjuk sekali lagi untuk naik gondola.



Everywhere is white.



Lama jugak dalam gondola ni dalam 17minit. Sama macam naik kat Genting tu. Last cabel car pada jam 3.30pm.





Aktiviti seterusnya yang mampu adalah tubing. Macam naik duk atas pelampung nanti turun ikut track slope yang ada. Budak2 ramai la yang main. Belasah jelahhhhh main.




Yang paham kitorang amik pakej 5kali main dengan harga 15,000won . Memang mahal kalo dikira dlm RM tapi takpelah bukan tiap2 tahun datang sini.



Setiap kali kita main untuk kali ke berapa sekian2  ni staff akan punch kat kad ni.




Tak mengah nak mendaki pon ada elevator untuk naik keatas.





 Seronok main benda ni. Mejerit kitorang hah berpusing tube tu. Try lah kalo pegi sana!




Dah pukul 5 petang tu kami pun beransur untuk ke next destination iaitu Sokcho.






Bye2 YongPyong! Worth to come here!!!! Sapa nak pi Korea winter time wajib datang tempat ni taw!




Tower Plaza ni pintu keluar. Tak faham ada pin bowling kat situ.


Panjang lagi perjalanan kami ni. 4kali kena tukar bas untuk ke Sokcho. Gagagaga


YongPyong Ski Resort Free Shuttle Bus ke Bus Terminal Hoenggye * Free shuttle bas ada depan Tower Plaza. Macam biasa dah penuh baru jalan*



Shuttle bus ni stop bukan dekat betul2 terminal bus Hoengyye. Meraban la aku cari sebab aku jadi leader utk trip YongPyong and Sokcho. Deme yang lain ikot membontoti  je. Haha.




 Tanya kedai masuk terminal bas cakap depan lagi jalan jelah sampai nampak signboard kan.Jauh jugak jalan 10minit.






" Bang, ais kepal satu!!! " Danggg seketul besor atas meja mencurah2 datang dari lagit.







 Tiket bus dari Hoeggye ke Gangnueng 2,500won
 Perjalanan diambil lebih kurang dalam 30 minit



Ok. Selamat sampai di Terminal Gangnueng kita beli tiket ke Sokcho pulak. Harga 6,300 won sehala








Nasib baik sume bas kitorang naik sipi2 je nak bergerak so tade la kena tunggu . Dah sampai terminal bas, beli terus naik bas dan jalan. Ngam2 betul.




Perjalanan waktu bas di Terminal Gangneung ke Sokcho




Ni bas ke Sokcho. Agak selesa sebab perjalanan pun agak jauh dalam sejam suku, Masa ni baru bole terlelap.





 Fiuhhhhhh. Akhirnya sampai Sokcho! Eh ada satu lagi bas kena naik . Bas nak ke Seoraksan . Bas no 7 or 7-11 sebab motel kitorang book dekat ngan Seoraksan.

Ok. Tu kendian la kita story morry!!!





 TOTAL TUKAR BAS 4 KALI

1- Shuttle bus YongPyong ke Hoeggye
2- Hoeggye ke Gangnueng
3- Gangnueng ke Sokcho
4- Sokcho ke Seoraksan