Monday, April 14, 2014
Krabi : FINALE
2 bulan cuti dari blogging . Last entri Krabi je pon tak siap2. Ada 3 trip lagi kena stori ikut tahap kerajinan. Tengok semua blogger pakat bercuti di Japan ni. Aishhh. Melonjak hati nak pergi jugak nihh.
Kejap. Acik nak melahar jap. Setakat ni ada la beberapa hamba Allah emel saya pasal trip sana sini. Yes.Tak salah bertanya. Saya pun suka tolong orang . Masalahnya selalu mendapat manusia spesis " KO GOOGLE - BUKA BLOG- TENGOK GAMBAR - TANYA SOALAN KAT EMAIL'. Nak tahu tanya apa? " Awak duduk hotel mana? Berapa kos ni? Bajet berapa untuk itu ini? Nak itinerary boleh? ---> Ini adalah soalan orang pemalas. Sorry tu say, bukan berlagak sebab dah banyak travel tapi all these questions suma dah di ceritakan kat entri. Paham tak point nya? Ko nak travel rajin2 la membaca jangan scroll gambar pastu tanya soalan yang memang terang benderang gua dah cerita. FULL STOP
Ok. Kita masuk di hari terakhir percutian bajet di Krabi pada 2 July 2013 *kepam dah woi*.
Flight kami pada sebelah petang. Dah mintak tolong orang hotel book van ke airport pukul 12 tengahari. So, pagi just melepak cari makan , dan ambil angin pantai Aonang.
Waktu pagi kedai makanan yang belah menghala ke Mc D banyak tutup lagi. Lapar ni. So kami decide JJCM nak makan brunch teros.
Menghala ke kanan hotel ni kami pun cari la warung makanan halal. Then memamg jumpa la warung tu sebelah kubur tak silap. Lupa dah tapi tak perlu seberang jalan menghala ke masjid ni pun.
Kachinggg ni pun warung nya. Lauk tengahari dia jual. Memang nampak lauk dia tak semenggah tapi TERANGKAT WEH. PEDAS tahap hentak kaki masakan dia. Pi try kalo datang Krabi.
Nampak simple tapi sedap sangat lauk kampung camni. Pedas dia gred A++ lah. Berair bijik mata.
Sambal belacan dah cukup untuk kita menitiskan air mata, tambah pulak bawang kecik ni hah. Menjejeh laa.
Sebab sedap sangat lauk dia, aku dengan member pi tapau lauk daging ni buat bekal untuk makan malam sampai rumah.
Lepas kenyang, kami pon meronda seramai 6 orang naik tuktuk. Macam bese harga sekali naik 20baht / RM 2. Murah lagi naik LRT dari Ampang Park-Jamek RM1.60.
Pantai sekitar Aonang ni so-so je tahap kerjenihan air. Nak cantik gi belah pulau2 nung la kan.
Layan view memang cukup tenang pulak mendung je haritu. Bese la, pergi time off season, cuaca tak menentu hujan nye. Kejap hujan, pastu terik balik.
Makcik Uyu ni gila hebak travel dia dari aku. Ni awal May pi negara Tan tan. Delhi-Kazakh-Uzbez-Kyrgtan . Ajak aku memang salah orang la ongkos trip sana boleh buat gi umrah dah, Yang penting jangan lupa beli FM!
Yeah dapat jugak beli poskad Krabi untuk diposkan. Kat sini kedai jual poskad memang dah juak sesiap setem tak perlu risau naa.
Pukul 1200 pm van yang ditempah sampai dan terus kita ke airport,
OK. Tammat sudah trip bajet ke Krabi. Sampai rumah petang, panaskan lauk beli tadi makan dengan nasik panas. Menangis kali ke 2. T__T
Overall our budget like others la ;
Per person ;
Tiket flight : RM 115
Accomondation hotel : RM80
Makan : RM 30 X4 = RM120 ( bajet makan harus lebih sebab balance buat shopping)
Tour 2x : RM 200
Misc (naik tuk tuk, airport shuttle van ) = RM100
Overall tolak tix flght ; RM 500
Subscribe to:
Posts (Atom)