Tuesday, June 25, 2013

Only in China : Beijing [7]






Day 4 : 15 April 2013 / Monday


Pukul 4 pagi dah bangun. Masa ni di hostel Shanghai. Siapkan diri mandi ,solat subuh. Train kami ke Beijing South dijadualkan pada jam 9 pagi. Sementara tunggu turn dorang mandi aku bukak website hostelworld nak booking 1 malam hostel di Xi'an. Kesnya tiket train biasa sepatutnya nak overnight dari Beijing ke Xi'an dah sold out kena beli bullet train yang mahal plus booking hostel 1 malam. Cari punya hostel murah lagi bajet dapat la booked female dorm yang berharga 35yuan / RM 17.50 semalaman. Top nitch lah hostel tu!!! Hang Tang House. Settle booked hostel dah lega. Tapi ada lagi tak settle tiket train dari Xi'an Chengdu. Tu biar settle dah sampai Beijing.





Agak jauh perjalanan Shanghai- Beijing. Padan la dengan harga  553yuan one way. Kalau naik flight 2 jam setengah ala dari KL-KK la kot. Flight murah China ada  sebab murahnya lagi murah dari harga bullet train. One way boleh dapat RM200 camtu lah. Masalah timbul kat orang luar sebab time payment terima credit card China je. Spring Airline


7.30 pagi kitorang checkout. Dah boleh membayang dah masa ni mesti padat dengan warga Shanghai nak pergi kerja. Paling tak suka part scan bag nak masuk metro. Dah elok-elok galas bagpack kena bukak untuk scan. Penat nak haiyahh letak atas lutut pastu baru sangkut kat bahu. Sabor jelaah. Sampai stesen People Square. Pitammmmmmm. Ribuan orang dengan jalan laju menujuj ke semua arah. Kitorang ni nak ke Line 2 Shanghai Hongqiao Railway Station yang makan masa setengah jam perjalanan.

Tunggu train terlepas 2 3 kali dah penuh katanya. Cuak gak sebab dah pukul 8. Kitorang split elok je muat-muat masuk dalam train. Kena berdiri. Sedeh. Ada sampai satu station dah nak last lupa aku macam Hongqiao Airport Terminal. Masa ni macam argh lega sume orang dah keluar boleh duduk. Pastu eh apsal kitorang berempat je yang lain semua keluar. Tup lampu train padam. Eh ada local people cakap mandarin dengan kami. Suruh keluar rasanya. Kahkah. Kena tukar train lain rupanya.



Dah sampai Shanghai Hongqiao satu hal pulak nak mencarik depature hall. Punya la besar railway station dorang kalahkan airport KLIA tu gamaknya. Sangat besar wow! 15 minit mecarik depature hall. Signboard sangat memabantu sebab tanya local people salah info  masa nak masuk gate.



Lega dah masuk train, Marilah kita breakfast. Perjalanan memakan masa 5 jam setengah dijangka tiba jam 1.38pm.










Bekalan makan masih banyak. Dengan maggi pun taruk serunding sedap wooo.

Sempat layan 2 episod The King of Drama. Hensem Siwon. Poskad Shanghai masa ni baru sempat nak tulis.






Yang perasan setiap destinasi train berainan, dress up pramugari train berlainan.




Goodbye Shanghai. Memang gua nak repeat lagi.








Sepanjang perjalan yang banyak nampak tanaman and kilang-kilang je.





















Semestinya tepat pada waktunya kami sampai di Beijing South Railway Station.





Alhamdulliah. Dapat beli hard sleeper upper berth  Xi'an- Chengdu. Mula cadang nak amik middle berth semua habis. Soft sleeper dah memang licin sold out.



Kami peruntukan jalan-jalan di Beijing hanya 4 hari. Ku sujud syukur sebab tugasku sebagai ketua operasi selama 3 hari selesai. Pass baton ngan anak dugong (Lonely Planet China) dekat member , Khal. Yes! You're leader now. Hehehe.

Beli Smart Card Beijing macam Touch N go. Sana panggil Yikatong. Sebut nak beli smart card tak paham, katong katong paham pulek kat amoi kaunterr. T__T

Deposit : 20yuan /RM10
Topup  : 70yuan /RM35

Jimat guna Yikatong ni part naik bas sebab diskaun sampai half price. Harga semua stesen sejauh hujung mana berapa kali korang tukar terjun tiruk line metro tetap 2 yuan/ RM 1.


Perjalanan seterusnya ke Line 2 Qianmen station  untuk check in hostel. Hostel kami menginap untuk 4 hari 3 malam Beijing Leo Hostel. Part hostel kat Beijing si Khal ni carik sebab dia incharge Beijing.  Bagi aku hostel ni tak strategik dari segi tempat makan muslim dan subway station. Pastu kedudukan hampir dengan Line 2 yang mana Line 2 stesen subway ni  versi lama. Maka bertangga tangga tangga la dikauu dengan bawak beg berat tu. Penat!







 Bila tengok google map mak ai jauh jugak kedudukan dari subway station ke hostel. Kira-kira 1 km. So tak payah booked hostel ni.





 Jumpa hostel.




Kakak manis Khay pegang duit hotel/hostel. Di Leo Beijing Hostel kami ami 4 bed female bedroom ensuite. Seorang 216yuan/ RM108 untuk 3 malam. Sebab hostel ni la paling murah kot.





Bila masuk bilik masing-masing terdampar baring setelah penat pikul heret bag nak ke sini. Jauh weii. Sakit bahu. Telan penadol muscle joint. Kekeke



Setelah solat jamak, destinasi kami setrusnya nak menonton Chaoyang Theatre.






Susah cari makan singgah makan McD fish fillet yang bukan kegemaranku. Telan sebab lapor je.

























Nak ke Chaoyang Theatre

Line 10 Hujialou -> Exit C -> Toleh belah kiri tu la bangunan nya


Entrance fee sebenar Chaoyang Theatre ikut seat.Paling murah untuk rakyat marhean seperti kami 180 yuan. Tapi ada cara bole dapat half price.

Kami beli tiket masuk kesini hanya 85 yuan/ RM 43. Cara nya, before ke sini korang booked trough email  bagi details bayar kat sana




Tara berhubung emel dengan dia ni nama beliau Dragon Wang. Dapat murah separuh harga. Lepas la duit shopping duit  terpaksa bayar  mahal train tiket. Sobsob.





Setiap hari ada 2 show jam 1715 and 1915. Kami amik 1915 la..





Sebab sampai awal tak boleh masuk lagi dalam teater lagi. Sekali tengok mereka yang baru keluar dari show 1715. Mengucappp. Ramai. Hari Isnin okeyy. Isninnn. Bas bersidai ada 3 4 buah nak angkut dorang balik. Dari pelusuk mana tak tahuu.














Show selama sejam setengah sangat puas hati. Berbaloi. Melintang liuk badan semua. yang member 2 orang beli CD yang dorang jual. Rajin kan. Dapat 50yuan /RM25.







Gambar kenangan.


Malam masih muda. Amik kesempatan nak tengok LED CCTv. Tapi sayangnya lampu cantik-cantik tade.

















Moh ler balikkk. Cuaca pun menjadi-jadi sejuknya. Esok kena bangun awal lagi nak panjat Great Wall.






Singgah beli buat strawberi otw balik hostel.





Ok. Nanti kan kisah ke Great Wall dengan nyaris tinggal bas waktu balik.=))


2 comments:

  1. rasa menarik pulak bila g beijing bacpackers camni....g ngan tour mmg boring la sgt..tak adventure langsung..hehe

    dulu ms aku g phuket pun,memula smp,mkn mc d fillet o fish je..masuk hari ke 4,bantai mkn burger,tak tahan sgt lapo..hahah kanak-kanak lagi masa tu...heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik tertarik. kekeke. tu la sendu sangat pegi ngan tour pulak kena pegi kedai kerajaan.

      hoit! burger yg makan daging ape? kekeke

      Delete

Thanks for dropping a comment