* Esok pi collect passport mohon visa China. Disarankan yek rerakan sekalian, selain bawa application form, passport and gambar berukuran passport, silalah print sekali FLIGHT BOOKING (flight masa nak pegi je dia tengok masa balik dia pulangkan balik kertas2 tu kat I) and HOTEL/HOSTEL BOOKING . Korang pegi by group 5 orang, setiap sorang kena ada copy flight and hotel booking. Ramai kena reject woo ari Senin ritu. Aku punya smooth je tade pape masalah. Nak tahu lebih lanjut click sini la *
Ome! Kat mana part last pasal Hong Kong ritu? Dasar nama blog malas kann.
Lepas dah habes tengok Dolphin Show yang macam lahai sekejap sangatt perut kitorang sume dah mitak makan. Tak boleh jadi ni biarlah tak habis semua ride kita surrender nak kuar dari Ocean Park.
Beratur pulak hah nak naik cable car ni. Setengah jam jugak la kena beratur.
Ride tak sempat naik. Apa ke beso sangat Ocean Park ni. Yang macam kat Genting tu pun tak sempat naik Space Shot eh.
Berbaloi sebab view sangat cantik masa naik cable car ni
Ingat dah sampai boleh je nonong kuar tapi tak boleh. Kat sini pulak ada ala2 perkampungan Hong Kong China. Aishh. Kena bergambar aihh. Padahal muka ketiak dah berlengas.
Sport shoe bantai beli Power kat Bata jek. Harap boleh lenjan ke Great Wall Mutianyu pulak yek.
Cuaca hari itu yang sangat cerah and terik. HK kan terkenal dengan view sangat kabus.
Dah beratur naik bas pulakk. Nasib bas 629 standby dengan banyaknye. Bus ni stop kat tempat masa kita naik tu la Admirality Station.
Bus fee : HKD 10.50 (RM4.30++)
Masing-masing dah gigil lapar marilah teruskan misi cari Islamic Center Canteen kat Wan Chai. Malam hari pun redah jelah.
Cara pergi Islamic Center Canteen dari stesen Admirality.
Admiralty --> Wan Chai (1 stop, Island Line, HKD 4)
Keluar saja dari stesen Wan Chai tarik nafas lintas jalan. Kekiri yek. Jalan straight sahaja. First timer memang rasa jauh padahal tade la jauh sangat. Yang datang malam lagi la macam betul ke jalan nih. Betul!
Hah! Nampak The Charterhouse ni memang dah dekat la nak sampai.(dari malam jadik siang? Hehe. Ni direction je kitorang redah malam tu nak amik gambar tak lawa time tu)
Masuk dalam tu. Keluar2 belah kanan tu dah tersergam indah Islamic Center , Masjid Ammar
Bertukar ke mood malam . Sebab semua kebulur
Level 5. Dah malam harapan jelah nak makan dimsum. Sila cuba lagi datang esok lusa di siang hari.
Bagi nasi dalam mangkuk, tak pandai weh. Campak nasi dalam pinggan. Bahagia makan!
Gedik nak naik ferry pulak. Naik je bus kat seberang jalan tu and tulis last station TimShaTsui Ferry. Settle sampai. Naik ferry murah je dalam HKD 2 (80++ camtu la seingat aku lah) . Boleh tengok bangunan cantik disimbahi cahaya macam kat KL?? =P
Cantik! Camera canggih tapi spesis tuan tak pandai setting malam dapat camni jelah.
Dah sampai ke seberang marilah cari stesen MTR. Part ni tak habis stady pun. Tapi prinsip ikot saja hala tuju orang ramai ke mana2 menjadik Jauh gak menapak dari stesen Ferri nak ke stesen MTR Tsim Sha Tsui.
Lalu deretan kedai mewah nasib dah tutup tengok jelah duet shopping ku bawa RM500 sahaja. Wahaha. Nak amik gambar sendiri pun tak lalu penat katanya.
Nampak budak ni, kemain ko posing ye dik. Aku snap gambar dia jelingg nau siap makin kencang posing maut dia.
Dari MTR Tsim Sha Tsui -MTR Mongkok (HKD 4.9) longlai je semua balik hostel Tapi tapi bila sampai, semua cargas!!
Sebab....
LADIES MARKET!! Shopping seround jap cari sorvenier!
Berazam siap kan entry Hong Kong sebelum my next trip within 2 3 weeks!
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping a comment