Saturday, May 17, 2014

Winter trip Korea : YongPyong Ski Resort



17 Februari 2014

YongPyong Ski Resort

Kalau musim winter di Korea jangan lepaskan peluang melawat ke Ski resort. Kebiasannya ia dibuka sekitar mid-November sampai March. Salah satu kunjungan ski resort weols pegi di YongPyong Ski Resort yang terletak di Gangwon-do.

Orang lain kalo datang Seoul 1st timer  mesti Winter Sonata = Nami Island. Aku first time pegi Seoul tak masukan langsung lawatan ke Nami Island. Hahaha. Sebab macam ummm biasa jeeee ada pokok2 naik feri makan nasi goncang. Baik pi Yong Pyong Ski Resort. Drama Winter Sonata pun berlakon kat sini. =P


Cara nak pergi ke YongPyong Ski Resort dengan Shuttle Bus :

- Line 2 Jamsil - Exit 4
- Exit 4 jalan hala ke kiri korang dalam 50m nampak Lotte Mart. *kalau ragu2 tanya je orang lalu lalang      cakap ,bus YongPyong*

Fare : 16,000 won / RM49.90 * rate masa ni 1000won = RM3.12*
Perjalanan : 2 jam

Shuttle bus ini memang direct ke YongPyong tetapi ada 2 waktu sahaja jam 6.00am dan 9.00am. So plan lah masa anda sebaik mungkin jangan terlepas shuttle bas sebab kalo terlepas kena cari option lain naik public bas yang bole katakan 2 3 kali tukar bas untuk sampai ke YongPyong.


 




Jalan sampai ke hujung tau. Memang nampak macam eh betul ke ada shuttle bas kat sini.






Keadaan bas yang sangat selesa. Tapi shuttle bus ni tade la sharp gerak 9.00am sebab basically akan tunggu sampai penumpang penuh dan baru jalan.






Ok. Sempat snap dari dalam bas. Nampak GAP KIDS tu la tempat menunggu shuttle bus to YongPyong.




 Perjalanan 2 jam ke YongPyong memang tak tido la. Biasala baru hari ke 2 energy 99.99% lagi. Huahua.





Tiba dalam pukul 11pagi. Excited time ni ada snow turun light je. Never expect la kami pergi dah macam hujung bulan 2 ada snow. Waaaaaa. First time dalam hidupku tengok snow. Owh macam ni ke. Subahannallah.

Kitorang bawak beg baju siap bukan nak tido kat sini. Harga resort kat sini semalaman mahal. T_T. Dalam perancangan petang tu nak ke Sokcho.





Kalo memang snow turun keadaan langit memang kelam mendung je. Pastu kamera pun asik berwap kena lap2.




Tahukah anda YongPyong Ski Resort bakal dijadikan tuan rumah Winter Olympics 2018? Winter Olympic 2014 di Sochi masa ni weols ada kat Korea . Pakat dalam subway bas sume dorang tgk on9 streaming Winter Olympic. Balik malam bukak semua chanel tv tunjuk Winter Olympics jugak.


Banyak kan slopes kat Ski resort ni. Lebih dari 10 kot. Gila beso tempat ni tapi sebab tengah snow batas penglihatan jadi kurang.



Tak faham jugak ramai sangat orang Korea time ni berski. Budak sekolahnya, apak bawa anak2 main ski nye. Tujuan kitorang kat sini bukan nak main ski pun.Tak kuasa nak main sebab kena amik lesson class dulu untuk beginner. Salah time kaki terseliuh ke ape. No no no. Banyak tempat lagi nak kena pakai kaki.




Kawasan sekitar ski resort.




Ada bajet lebih boleh lah tido hotel kat sini. Malam2 pun boleh berski gitu.














Aweks Korea macam buat plastic surgery jekk. Hikhik



Kami masa ni sangat blur mana nak beli tiket naik gondola untuk ke Dragon Peak. Yeah tu jelah tujuan utama datang ke YongPyong Ski Resort.





Sebab memang tak tahu mana nak beli pi jugak kaunter ni igt kaunter tiket gondola padahal salah. Ni kauter tiket rent skit and snowboard.




Nak cuba tak salah pun. Ni rate as per 2014.




Pastu kami tengok orang beratur panjang. So apalagi jom la beratur. Ni mesti pakat beratur nak beli tiket naik gondola. Gagagagaga. Dekat sejam kami beratur okehhhh.




Sekali dah hujung2 nak masuk pintu Dragon Plaza, staff dia cakap "U guys no need to line up. This for uni student class for skiing," Choiiii. Budak2 yang beratur sekali ngan kami ni bukan nak inform pon. Sejam ok beratur dalam sejukk ketai2.





Ceh. 2 3 kerat je orang queue nak beli tikettt. Sabarrrrrr ye rakan2. Tiket boleh dibeli tingkat 2 Dragon Plaza,




Harga return trip gondola ke Dragon Peak 12,000won / RM37 tapi kami dapat diskaun 30% guna kupon amik kat Korea Plaza Kl tuuu. So dalam 10,000won jelah. Setiap 1000won sangat bernilai bagi travel secara bajet, =)




Semua yang skiing ni berjalan serupa robot sebab kasut dorang pakai tu.










Tak boleh nak posing sangat sebab ada orang lain. Buble jacket tu baru rasmi pakai beli kat Dongdaemun . 25,000won je. Sebab aku memang tak bawak jaket bagai.Berbaloi beli lepas kena pau ngan driver taxi kat Seoul naik taxi lbh pkl 12 tgh malam . Charga 70,000won /RM220  untuk perjalanan tak sampai 15 minit. Nangesssssssss.




Suhu pada waktu di -6.1. Pergh pergh sejuk dia tok sah cakap la. Nak kuar dari tempat ni gigil .



View sebenar bole nampak dari puncak Dragon Peak. Yang kami nampak masa ni putih salju jeee




Hah. Winter Sonata



 Lagi Winter Sonata. Tapi acik tak excited pun ngan Winter Sonata sebab tak pernah tengok drama nih. Kukui.






Sebelum bergulin-guling dengan snow, mari makan nasi goreng sendu tapi otamatik makan atas puncak jadi sedap.





Seriously, caramel macchianto Holly's Caffe sini sedap sangat! Sebab try kat cafe lain tak leh beat kesedapan nya.




Lepas kenyang ayuh rakamkan kenangan.





Risau jugak jalan dalam keadaan snow tebal sebab kita tak tahu langsung apa bahaya depan tu. Silap langkah gaung ke, longkang ke, batu ke.









Baru kita tahu fungsi winter jacket ada bulu2 kat hoodie tu untuk prevent snow turun terus masuk dalam mata. Ingat untuk stylo je. Ngeee



Nampak macam suram je tapi ramai sangat orang tengah ski time ni.





Dah puas melepak kat Dragon Peak ayuhlah kita turun. owh. Tiket tadi jangan dibuang yer sebab kena tunjuk sekali lagi untuk naik gondola.



Everywhere is white.



Lama jugak dalam gondola ni dalam 17minit. Sama macam naik kat Genting tu. Last cabel car pada jam 3.30pm.





Aktiviti seterusnya yang mampu adalah tubing. Macam naik duk atas pelampung nanti turun ikut track slope yang ada. Budak2 ramai la yang main. Belasah jelahhhhh main.




Yang paham kitorang amik pakej 5kali main dengan harga 15,000won . Memang mahal kalo dikira dlm RM tapi takpelah bukan tiap2 tahun datang sini.



Setiap kali kita main untuk kali ke berapa sekian2  ni staff akan punch kat kad ni.




Tak mengah nak mendaki pon ada elevator untuk naik keatas.





 Seronok main benda ni. Mejerit kitorang hah berpusing tube tu. Try lah kalo pegi sana!




Dah pukul 5 petang tu kami pun beransur untuk ke next destination iaitu Sokcho.






Bye2 YongPyong! Worth to come here!!!! Sapa nak pi Korea winter time wajib datang tempat ni taw!




Tower Plaza ni pintu keluar. Tak faham ada pin bowling kat situ.


Panjang lagi perjalanan kami ni. 4kali kena tukar bas untuk ke Sokcho. Gagagaga


YongPyong Ski Resort Free Shuttle Bus ke Bus Terminal Hoenggye * Free shuttle bas ada depan Tower Plaza. Macam biasa dah penuh baru jalan*



Shuttle bus ni stop bukan dekat betul2 terminal bus Hoengyye. Meraban la aku cari sebab aku jadi leader utk trip YongPyong and Sokcho. Deme yang lain ikot membontoti  je. Haha.




 Tanya kedai masuk terminal bas cakap depan lagi jalan jelah sampai nampak signboard kan.Jauh jugak jalan 10minit.






" Bang, ais kepal satu!!! " Danggg seketul besor atas meja mencurah2 datang dari lagit.







 Tiket bus dari Hoeggye ke Gangnueng 2,500won
 Perjalanan diambil lebih kurang dalam 30 minit



Ok. Selamat sampai di Terminal Gangnueng kita beli tiket ke Sokcho pulak. Harga 6,300 won sehala








Nasib baik sume bas kitorang naik sipi2 je nak bergerak so tade la kena tunggu . Dah sampai terminal bas, beli terus naik bas dan jalan. Ngam2 betul.




Perjalanan waktu bas di Terminal Gangneung ke Sokcho




Ni bas ke Sokcho. Agak selesa sebab perjalanan pun agak jauh dalam sejam suku, Masa ni baru bole terlelap.





 Fiuhhhhhh. Akhirnya sampai Sokcho! Eh ada satu lagi bas kena naik . Bas nak ke Seoraksan . Bas no 7 or 7-11 sebab motel kitorang book dekat ngan Seoraksan.

Ok. Tu kendian la kita story morry!!!





 TOTAL TUKAR BAS 4 KALI

1- Shuttle bus YongPyong ke Hoeggye
2- Hoeggye ke Gangnueng
3- Gangnueng ke Sokcho
4- Sokcho ke Seoraksan






Sunday, May 4, 2014

Mood Empress Ki



Gah! Habis jugak aku melayan drama Korean yang paling banyak episod pernah aku tonton. 51 episod. EMPRESS KI. Mula ditayangkan di Korea pada 28 Oct 2013 dan final episode 1 May 2014. Nasib baik la aku tak ikot dari mula start sebab konfirm spesis cam aku ni jenis tak sabar nak tahu next next episod.


Overall drama ni aku bagi 8/5 STARS! Yes. Setanding dengan Gu Family Book. Drama ni lagi best dan sekarang tengah merepeat lagi. Kahkah. Lakonan Han Ji Won sebagai Ki Sunyang memang terbaik la. Drama Empress Ki ni memang betul2 berdasarkan sejarah bila Emperor Yuan kahwin dengan orang Korea. Stok2 Gengis Khan Kublai Khan punya zaman.


Masa lawatan ke Korea bulan Feb tempoh hari kitorang sempat pegi melawat MBC Dramia ni kat Yongin. Tapi sayang pulokkk  orang situ cakap "shooting Empress Ki opsoyo today" /shooting takde. Esok ada katanya. Waaaa. Kalo tak boleh jumpa dengan Wang Yu tak pon Tal Tal.





Tiket masuk 7,000 won / RM 21



Masa ni tak melayan lagi Empress Ki even aku dah ada stok cerita tu dalam hardisk. Kalo dah start layan ada pulak esoknya datang tempat ni lagi nak tengok dorang shooting.





Moon Embraces The Sun pun Iolss layan




Tak tengok lagi drama yang penting posing .



Kawasan ni sangat la besar . Terbahagi kepada kawasan istana ada, rumah2 kampung, hall, banyak la. Kalo tade shooting macam kitorg pergi ni agak sunyi la. Tak banyak sangat pengunjung.




Kehmain la gaya macam berat pikul beg tu. Tahukah anda sebenarnya beg tu adalah polisterin yang dibalut dngan kain.




Menonggeng dengan jayanya kawasan istana. 




2 jam masa diperuntukakn dah cukup untuk melawat kawasan ni. Pastikan anda peminat drama Sageuk memang bertambah lah keterujaanya













Paling tak sangka sekali wife Aaron Aziz upload drama Empress Ki kat IG dia. Aku bukan jenis mengomen IG artis2 ni tapi bcoz of this drama pi komen. Tak sangka wife Aaron ni reply komen ku! Hahaha.



@hujanlebat : Love Tal Tal!!
@diyanahalik : @hujanlebat actually if don't mind tal tal end uo with Empress Ki! Lol



Akan update cara nak pergi MBC Dramia di kemuadin hari.

* Pendapat saya la lebih suka Historical Korean drama rather than modern sebab korean drama yang moden ni episod awal2 syok la, dah masuk episod belas2 agak bosan . Like Emergency Couple semua claim best la wajib tonton bila aku tengok sampai episode 10 ok stop cari drama lain lagi. *

Monday, April 14, 2014

Krabi : FINALE


2 bulan cuti dari blogging . Last entri Krabi je pon tak siap2. Ada 3 trip lagi kena stori ikut tahap kerajinan. Tengok semua blogger pakat bercuti di Japan ni. Aishhh. Melonjak hati nak pergi jugak nihh.

Kejap. Acik nak melahar jap. Setakat ni ada la beberapa hamba Allah emel saya pasal trip sana sini. Yes.Tak salah bertanya. Saya pun suka tolong orang . Masalahnya selalu mendapat manusia spesis " KO GOOGLE - BUKA BLOG- TENGOK GAMBAR - TANYA SOALAN KAT EMAIL'. Nak tahu tanya apa? " Awak duduk hotel mana? Berapa kos ni? Bajet berapa untuk itu ini? Nak itinerary boleh? ---> Ini adalah soalan orang pemalas. Sorry tu say, bukan berlagak sebab dah banyak travel tapi all these questions suma dah di ceritakan kat entri. Paham tak point nya? Ko nak travel rajin2 la membaca jangan scroll gambar pastu tanya soalan yang memang terang benderang gua dah cerita. FULL STOP


Ok. Kita masuk di hari terakhir percutian bajet di Krabi pada 2 July 2013 *kepam dah woi*.

Flight kami pada sebelah petang. Dah mintak tolong orang hotel book van ke airport pukul 12 tengahari. So, pagi just melepak cari makan , dan ambil angin pantai Aonang.


Waktu pagi kedai makanan yang belah menghala ke Mc D banyak tutup lagi. Lapar ni. So kami decide JJCM nak makan brunch teros.





Menghala ke kanan hotel ni kami pun cari la warung makanan halal. Then memamg jumpa la warung tu sebelah kubur tak silap. Lupa dah tapi tak perlu seberang jalan menghala ke masjid ni pun.








Kachinggg ni pun warung nya. Lauk tengahari dia jual. Memang nampak lauk dia tak semenggah tapi TERANGKAT WEH. PEDAS tahap hentak kaki masakan dia. Pi try kalo datang Krabi.




Nampak simple tapi sedap sangat lauk kampung camni. Pedas dia gred A++ lah. Berair bijik mata.





 Sambal belacan dah cukup untuk kita menitiskan air mata, tambah pulak bawang kecik ni hah. Menjejeh laa.





Sebab sedap sangat lauk dia, aku dengan member pi tapau lauk daging ni buat bekal untuk makan malam sampai rumah.



Lepas kenyang, kami pon meronda seramai 6 orang naik tuktuk. Macam bese harga sekali naik 20baht / RM 2. Murah lagi naik LRT dari Ampang Park-Jamek RM1.60.





Pantai sekitar Aonang ni so-so je tahap kerjenihan air. Nak cantik gi belah pulau2 nung la kan.







Layan view memang cukup tenang pulak mendung je haritu. Bese la, pergi time off season, cuaca tak menentu hujan nye. Kejap hujan, pastu terik balik.







Makcik Uyu ni gila hebak travel dia dari aku. Ni awal May pi negara Tan tan. Delhi-Kazakh-Uzbez-Kyrgtan . Ajak aku memang salah orang la ongkos trip sana boleh buat gi umrah dah, Yang penting jangan lupa beli FM!



Yeah dapat jugak beli poskad Krabi untuk diposkan. Kat sini kedai jual poskad memang dah juak sesiap setem tak perlu risau naa.


Pukul 1200 pm van yang ditempah sampai dan terus kita ke airport,




OK. Tammat sudah trip bajet ke Krabi. Sampai rumah petang, panaskan lauk beli tadi makan dengan nasik panas. Menangis kali ke 2. T__T




Overall our budget like others la ;

Per person ;

Tiket flight : RM 115
Accomondation hotel : RM80
Makan : RM 30 X4 = RM120 ( bajet makan harus lebih sebab balance buat shopping)
Tour 2x : RM 200
Misc (naik tuk tuk, airport shuttle van ) = RM100

Overall tolak tix flght ; RM 500




Sunday, March 16, 2014

Update Kembali!






Baru balik melawat Eiffel Tower kat Bandung last week. Now dah ada energy nak update blog. Seminggu lepas balik Korea, nak ke Bandung pulak. Baju tak sempat habis basuh lagi dah kena packing lagi. Penat.

Tapi I is macam perasan something wrong with my camera macam tak sharp sangat bila snap gambar sejak balik dari main snow kat Seoraksan. Camna tu eh??