Monday, February 10, 2014

Krabi : Island Hopping [3]

*Asal nak travel esok lusa mula la datang penyakit selesama, batuk demam. Dari dulu lagi. Pesen apetahh. Moga cepat2 la diri ini sihat  *


Pada hari ke 3 di Krabi aktiviti kami sudah pasti Island Hopping. Bayaran sebanyak 1000baht/RM100 untuk trip island hopping. Kami naik speed boat. Pakej ni siap disediakan lunch.




Van janji pick up pukul 830 pagi waktu tempatan. So sempat la kami breakfast MCD yang roti telur tu.




Untunglah gi sekolah kawasan pantai Ao Nang ni dikk ..




Setelah sampai di satu destinasi dimana semua orang dilabamkan sekaligus dan aka dibahagikan menikut pakej yang kita ambil. Ramai betol orang time tu, tapi pelik jugak camne dorang arrage jadi tersusun je hah.




Risa jugak takut hari hujan sebab dah cek weather memang hujan minggu kami pergi ni. Alhamdulliah cuaca baik disebelah pagi.



Pantang tengok pokok tersusun camni sume pakat claim kat Nami Nara ni. Puiii .




Ni lah boat kami akan naik, majoriti orang Malaysia la. Tapi iols ada cerita tengok satu group mengucap panjang ingat bukan Islam, siap pakat bikini, pastu cover pakai shawl tu je. Yelah mula ingat deme orang Thai ke Indon ke, tapi sok sek cakap melayu . Paling meyakinkan dia Islam adalah bila salah sorang dari group tu nak tersadung, sebut kuat "Ya Allah!" Heloo ko pegi Krabi je pon xpayah nak eksyen macam pegi Hawaiii.



Sejam lebih perjalan dari jeti sampai la kami ke Bamboo Island. Geng seksi tu bigit betol dalam boat terjerit jerkahh sana sini. Nak  tarik perhatian ada satu group mat salleh derr. Tapi tapiii  baca cerita kat bawah lagi yea..




Stunning view at Bamboo Island. Masa diberikan hanyalah 40minit. Kejap sangat.









Pasir sangat halus suka la Bamboo Island nih.


Seterusnya kami dibawa ke satu kawasan yang bole snorkelling. Tapi coral kat sini semua dah mati, hanya ada ikan jelah. Cantik pulau belah Sabah lagi



Takut betul snorkelling dekat dengan bot ni, aku ni mula pikir macam2 "Kang swimming tetiba terkena kipas boat berkecai badan. Takpe, aku ada takaful ada protection dun worry bout the medical bill" That is me always thinking KALAU jadi pape takpe aku ada takaful. Orang yang takde protection tu iols xtahu dorg pikir ape, sayang duet kottt. Kihkih


Because of I in charge claim side, macam2 kes tengok ada orang tu pergi Krabi terjatuh dari boat, parahh masuk spital. Ada yang pergi Bali terjatuh dari skuter, cedera kaki.






Dah snorkelling bagai, akhirnya kami ke Phi Phi Don untuk lunch. Masa diberikan hanyalah 1 jam . 1 jam? Makan dah 20minit, jalan sekitar Phi Phi Don berapa minit la sangatt. Kalo korang nak best, buat la trip bermalam kat Phi Phi Don banyak hostel chalet.  Jangan risau, menurut tourist guide makanan yag disediakan halal.










Eksyen je hala kamera kat member ni tujuan nak snap pic group seksi nih. Kahkah.





Kawasan perkampungan ala2 Pangkor la Phi Phi Don nih












Kemain jalan laju nak bergambar kat signboard wajib bergambar. Tu je yang sempat terjah kat Phi Phi Don ni.




Sekeping dua dah jom balik ke jeti nak orang lain bising plak kalo lambat. Kan syiok kalo amik private speed boat tapi ongkos nye harus lebih laa.








Seterusnya kami dibawah ke Monkey Island. Tak boleh turun sebab banyak monyet derr.


Sekali teguk jee, monyet ni habiskan air coke . Dasat!




Next ke Viking Cave tempat saran burung layang2 eh? Ntah lupa. Tapi yang menjaga kat sini serupa lanun dah tengok. Jangan sesekali dekat.








Suka bila sampai kawasan lagun ni sebab Subahanallah view yang awesome dengan air colour hijau.













Biasala amik pakej nak sekali harung cover semua tempat , maka setiap tempat yang pegi masa yang diberi sekejap sangat.




Tak turun snorkelling kali ke 2 sebab malas.










Last tempat wajib singgah Maya Bay. Sini padat dengan manusia.  Pulak petang tu dah macam nak tanda ribut hujan  , makan tak sampai setengah jam melepak kat sini  dah kena kerah naik boat untuk balik ke darat.









Goodnye Maya Bay Island!




Oopsss ada jugak gambar geng kecoh ni. Lupa nak sambung kan dorang bising nak tarik perhatian ada 3 orang geng lelaki mat salleh dari London, lepas tu yg mat salleh ni ngaku dorang gay sebenarnya, teros bertukar perangai senyap je dalam boat tu. Kahkah.  weolss pun bersembang ngan mat salleh tuh.



Time balik menguji keimanan betul dengan laut bergelora, naik speed boat dengan melawan arus laut bergelora macam terhentak dengan batu. Melantun bontot sume. Sabor jelah.


Sampai kat jeti pantai, kalo korang rasa nak beli gambar yang dah siap frame beli la 100baht /RM10 je. Gambar diambil ketika pagi masa kita nak naik bot kat jeti, I is tak tahu kemain buruk rupanya tak ready.


Malam dinner kat restoren seafood dekat dengan hotel kami menginap.



Ada orang kata  mahal tapi bagi kami ok je depend la korang order makanan ape kan. Total damage kami makan malam tu dalam RM130 . Berbaloi dan sedap!!!




Ok.


11 comments:

  1. dulu aku amek pakej speedbot camni jugak. tak best, semua nak cepat2, dah mcam lipas kudung dah aku jalan laju2..
    Bot aku pun ada drama gak. lesbo melayu! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol! xbest la sume nak cepat jangan lambat nt kena tinggal. rugi plak xsempat nak layan view.

      lesbo melayu macam menarik jugak drama tu! haha.

      Delete
  2. Alaaaa jm nk pegi next week klau mcm ni gaya dorang nk cepat dan kejar masa mesti x best yg pasti view sgt cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Xsyok la kelam kaut sume benda. kena pandai pilih pakej la nak best macam kita ckp private boat. Hihi. Kita jd bos nak pegi mana2.

      Delete
  3. Slm..awk pergi krabi buln bpe eg?lau awl bln 11 hujan x? Tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. kita pegi 29 jun- 2 july 2013.

      awal bln 11 kita x sure la tp rasa nya tu dah peak season weather ok je.

      Delete
  4. Salam..saya nk tanya untk snorkling tu dibenarkan pakai seluar track tak?atau kena pakai baju mandi?

    ReplyDelete
  5. apa daa soalan boleh pakai seluar track ke tak???tak pernah pergi pusing pulau pulau di malaysia ke kak?? sbb nya kalau pergi berjalan ke pulau ni takda punya peraturan nak kena pakai itu ini, cuma nya kalau dh ke pulau pulau ni jgn la pakai kasut, sbb nak redah naik bot sudah pasti akan redah air laut....sekian no heart feeling ya :)

    ReplyDelete
  6. Its no HARD feelings,
    bukan no heart feeling, dear anonymous.

    ;D

    ReplyDelete
  7. its no hurt feeling,
    bukan no hard feeling, dear anonymous..
    eh?? hahaha..

    ReplyDelete
  8. Kihkih dgn bangganya cuba membetulkan kesilapan org,,huhu

    ReplyDelete

Thanks for dropping a comment