Friday, January 24, 2014

Krabi : Tiger Cave Temple, Elephant Trekking, Emerald Pool dan Hot Spring Waterfall [2]



Hari ke 2 cuti-cuti Krabi. Pagi tu sementara tuggu van pick up kami ke aktiviti hari ni, kami breakfast yang telah disediakan oleh pihak hotel. Bag-bag pun dihangkut sekali sekali sebab next 3 days kami akan menginap hotel Ao Nang area.








Roti 3 keping + orange jus. Alhamdullilah kenyang. Tapi nak tunggu van datang lama oi. 8.30pagi waktu sana serupa kat Malaysia 9.30 pagi..


Akhirnya van datang. Muatan van kira-kira 12 orang jelah. Pakj yang kami booking ni ada 4 aktiviti yang berhaga 1000baht / RM100 sekepala. First place kami dibawa ke Tiger Cave Temple. Actually di sini kami tak disarankan ikut macam group mat minah salleh yang mendaki anak tangga tengok bandar Krabi sebab kami akan buat aktiviti elephant trekking.












Erghhh. Masa tunggu kat sini bosan yang amat. Melanguk sana sini temple tempat orang Buddha sembahyang , dengan ada monyet dab bau2 colok. Bosaannnnn.

Tips : JANGAN AMBIL PAKEJ ADA TIGER CAVE TEMPLE kalo korang tak berhajat nak mendaki anak tangga ke puncak.







Seterusnya, kami ke next aktivit which is elephant trekking. Berdebar acik ni hah first time naik gajah. Buatnya tetiba gajak naik angin, habis dipijaknya kitorang. Mintak jauhhh.





Nak naik gajah pun ada pondok parking. Excited la kononye nak naik gajah keliling hutan belukar, redah air.

















Part gajah berkubang dalam tasik ni jela yang best. Lepas u, masuk rok (belukar/semak-samun) , buat u-turn, habis. Ehh??? Camtu jeee??? Cehhh.














Mamat siam ni dari mula sampai habis pusing trip duk berborak dengan mamat siam kitorang punya driver. Krang krap phaiii tak paham bijik butir.



Yang geng satu lagi ni pandu oleh pakcik tua, so pergerakan mereka sangat perlahan. Hiks.



Selesai elephant trekking yang tak semenggah tu, kami dijemput minum air  mineral free dan next location iaitu Emerald Pool. Jauh jugak perjalanan dari elephant trekking ke Emerald Pool. Sejam lebih. Sempat la terlelap dalam van.




Pakej kami ada disediakan makan tengahari. So, kami pun di restoren sekitar Emerald Pool ni. Gambar tak snap sebab banyak monyet dan disarankan simpan kamera dalam bag. Apa yang penting, green chicken curry kat restoren ni memang best! Pencuci mulut lepas mentekadarah nasik adalah durian. Fuh. Sodap! tapi tengok omputih ni 1st time ever in their life makan durian hazabun betul. Yang sorang tu calit sikit, pastu belahak muntah. Ada yang sorang tanya kat aku , "How can u eat this  digusting fruit" sambil buat muka yang tak leh blah. Coiiiii. Jijik dia kata??






Burppp kenyang. Adalah tenaga nak ke kolam cantik ni. Jauh sepelaung nak boleh jumpat tempat nye. 1km++ kot dengan panas berdenting ting tong.






Panas berdenting time ni. Syoknye je minah2 salleh berbikini , yang kitorang muslimah sejati

















Jalan jauh, tapi bila nampak ciptaan Allah yang cantik ni hilang rasa penat tu. Crystal clear blue pool! The guide said , tak boleh mandi kat sini sebab air dalam dan ada sucking mud. Tapi aku pernah tengok gambar 1 geng lelaki berendam dalam ni . Elok jee.











Kita tepuk tangan nanti akan ada bubble yang akan muncul.




Info Blue Pool





Dalam 10 minit tengok Blue Pool, tibalah masa untuk berkubang. Hati-hati kat sini sebab batu bata sangat licin.





Boleh tahan ramai la pelancong time ni sebab hari Ahad kan.


Gambar tak berapa nak amik yelah dengan keadaan basah camni memang tak la. Acik punya camera bukan la Go-pro punya. Sedar diri hah.

Seterusnya, last destination kami ke Hot Spring Waterfall.





Again, no picture kat sini. Kuang2. Hot spring ala2 jakuzi kita berendam. Kecik je tempatnye best lagi Hot Spring kat Sungkai nunggg. Haha






Lebih kurang pukul 6 petang kami pun balik dan check in Haleeva Sunshine Hotel yang berharga 800baht /RM 80 semalaman. Hotel ni agak jauh dengan pantai Ao Nang tapi tak yah risau bersepah tuk tuk lalu lalang. Yang best hotel ni sebab dekat dengan tempat makan yang halal.








Wi-fi hotel ni sangat terbaik kelajuannya. Takpelah tak ngadap pantai, sebab hotel ni ngadap masjid belah kanan tuu.






Malam tu, misi makan kat street food belah pantai Ao Nang. Naik tuk2 yang hara 1way 20baht/ RM2 . Pancake makcik apekenama tah yang femes amos tu. Tapi padthai ke tomyam ke tak payah makan kat situ sebab tak sedap. Tomyam rasa masam?? Pelik!




Entri asal buat camni la gayanye info tak banyakkk. Kehkeh




Tuesday, January 14, 2014

Krabi : Krabi Cozy Place Hotel dan Krabi Night Market [1]




Salam 2014.  Salam Maulidur Rasul.

Kembara kali ini ke Krabi, Thailand (Krabi tu bukan sebuah pulau, ia bandar ) pada 29th June hingga 2nd July 2013. Dah lama peramm. Hihi. Dah ramai rakyat Malaysia sampai sini . So, common place to go. Tiket dibeli denga harga promosi RM115 return.

Sedikit info yang perlu tahu untuk bercuti di Krabi:

High Season (mid Dec to early May) : Sila buat tempahan hotel awal dan ketika ini harga accomondation double price as usual.

Low Season ( May-Nov) : Masa ni harga hotel murah, pelancong pun tak da la ramai mana sebab rainy season.

Ada kejadian tak best masa LCCT. Before masuk tempat boarding, aku pergi toilet, then tertinggal kad Touch n Go yang baru topup bernilai RM100 kat atas para toilet. Dah masuk waiting area untuk boarding, raba poket "Ya Allah tertinggal kad TnG kat toilet". Masa tu ada 30 minit lagi so dengan gelabah mitak izin imigresen untuk keluar pergi toilet jap. Dorang bagi. Haihh. Sampai2 je cari dah selamat orang lain buat harta kad aku. Sedih sangatttt. RM100 tu nilai baki .

Tambah lagi permasalahan, bila nak masuk balik tempat scan imigresen, pegawai yang tak bagi aku masuk cakap mana boleh awak keluar sesuka hati. Drama ke 2 bermula.. Grrrr. Pang pung pang dia lepaskan jugak.






Ahli pengikut kali ni 6 orang. Travelmates baru.




Disebabkan kami 6 orang, maka kami amik van untuk ke Krabi Town. Harga satu van sampai depan otel 600baht / RM60 . Saje menginap semalaman di Krabi Town untuk jalan-jalan di pekan Krabi dan Krabi Night Market. Diingatkan, pantai Ao Nang dengan Krabi Town agak jauh dalam 40 minit perjalanan.






Van macam artist kpop naik tu. Selesa!




 Kami menginap di Krabi Cozy Place. Tempah melaui booking.com . Tapi agak spoil masa booking kat web tu dia tolak siap-siap harga bilik. Ini bukan website agoda, ini booking.com. Ketika itu kami booked hanya 2 bilik, tapi sampai sini masa nak check in dorang macam tak bagi satu bilik 3 orang. Aigoo. Kena booked satu bilik lagi. Nasib la murah 800baht/ RM80 semalaman. Policy dorang cakap. Padahal cakap jelah masa tu low season bilik korang banyak kosong.





Keadaan bilik agak luas dan besar. Memang muat je tido atas katil 3 orang tu. Kami ni saiz taklah besar mana.



















Petang tu lepas solat jamak, maka marilah meeneruskan misi pertama, makan!  Hotel ni sangat dengan dengan Krabi Night Market. Only walking distant bout 5 minute. Info, Krabi Night Market hanya ada pada hari Jumaat hingga Ahad bermula jam 5 pm -10pm. Korang datang hari Selasa, nak datang night market memang non hado lahh.




Alhamdulilah kenyang makan. Dont worry kat sini bersepah restoren halal. Harga makanan? Lebih kurang je harga di KL. Tourist spot area kan. Selamat megisi perut, kami survey pakej harga untuk aktiviti esok. Ni bukan ai yang handle, so pape hal aki iyakan jelah. Pakej kami amik harga 1000baht / RM100. Apa aktiviti?? tunggu next entry lah.




AIA buka booth kecik. Ku tetap penyokong tegar Prudential BSN Takaful. Hihi






Disebabkan trip ni dijayakan seminggu sebelum masuk bulan Ramadhan, duit perbelanjaan dibawa hanya cukup-cukup makan iaitu RM450 sahaja. Kekeke.


Next, kami just nak lepak tepi sungai dan mercu tanda wajib kalo korang dah sampai Krabi.
















Ramai betul orang nak berposing kat batu hikmat ni! Ken tunggu turn la









Dah puas melepak kat sini, jum terjah night market aka pasar malam lahh. Hihi.





Peminat Che Ta' lattew bulu mata kemain melentik


Apa best kat pasar malam sini? Lebih kurang je pasar malam kat Malaysia tapi saje nak happening dan try makanan tempatan terutama somtam dan kerabu mangga. Nomnomnom

















 Somtam uncle ni sedap. Cili dia guna perghh pedas tak ingat dunia berasap.





Ada show free style Layankan la kejap .













Satu keWAJIPAN korang kena try air limau dorang.Sedap sangat!! Beli satu, lepas habis minum pergi beli lagi. Sedap!!!!! Harga dalam 20baht la.


Tips : Kalo nak beli souvenir baju , keychain ,fridge magent silahlah beli dini Krabi Night Market sebab utama adalah harga lebih murah dari pantai Ao Nang dan lagi banyak pilihan. Certain design memang korang tak jumpa la kat kedai sepanjang persisiran pantai Ao Nang.




Keadaan disini tak terasa ko berada di oversea pun sebab bersepah orang Malaysia. Hikss. Berlaga bahu segala. So tak payahla feeling oversea sangat dengan dressing meletup.





Jagung ni manis!




Penutup entri di hari pertama di Krabi gambar pulut mangga! Sedap hoii. Tak leh lawan kat sini sebab buah mempelam dorang manis dan lemak.

Malam tu kami balik hotel penuh tangan dengan makan buat supper kata nye. Hikhik.