Day 5 : 16 April 2013 / Tuesday
Kembali bersidang. Well today aktiviti kami hari ni di Beijing semestinya menjelajah Great Wall. Tak sah la pengembaraan anda kalau datang ke Beijing tak pegi ke The Great Wall of China yang merupakan 7 Wonders of the World. Kepanjangan sejauh 8851.8 km. Ada ofismate tanya, 'Ko habis jalan kat Great Wall?" Apa dia ingat Great Wall tu tara panjang Jambatan Pulang Pinang. Kehkeh.
Great Wall ni terbahagi banyak section, pintu masuk la .Antara yang famous haruslah Badaling , Simatai, Jinshanling, Mutianyu dsb. Kalau kudrat gagah perkasa ada yang hiking dari Jinshaling ke Simatai makan masa 4 jam. 4 jam stamina orang pergi gym. Stamina kita kompem berguling jelah hujung-hujung tu. Setelah ditimbang kira kami bercadang nak ke Mutianyu . Riki-riki kawan yang ada belajar kat sana dia kata Mutianyu susah nak pergi kena sewa mini van yang boleh cecah 200-400 yuan. Gilo bangg. Mahal menimbun.
Badaling Great Wall weolss memang tak stadi. Yelah common sangat orang pergi lebih lagi yang ikot tour. *Eh eh ibu mengandung jangan terasa* So kat sini nak cerita cara pergi ke Mutianyu Great Wall yang makan masa 2 jam setengah by bus. Dalam buku LP tak cerita secara details cara nak pergi sini. Just cakap naik bas 867 je. Agak susah nak mencari stesen bas yang ada bas 867.
*Take note people : Bus 867 ni hanya terdapat semasa high season , March-November. Kalau nak pergi jugak by bus ada cara lain naik bus 916 di Dongzhimen bus transfer menuju ke Huairi Dajie ( 1 jam) . Sampai last stesen korang kena bargain mini bas nak ke Mutianyu Great Wall, kos dalam 1-20 yuan per person.Kami guna option lain iaitu naik bus 867 *
Huarggggh. Scan bag manjanng. Satu tahap malam bila tah aku tengok yang tukang perati bag di tersengguk tido. Bosan lattew.
Line 2 : Qianmen sangat klasik stesen nya. Dari Line 2 Qianmen kami ke stesen Line 2 Dongzhimen .
Dah sampai Dongzhimen station - Exit B
Betul-betul sebelah subway Dongzhimen lepas Exit B tu ada satu terminal bus. Tapi bukan ni terminal bus bas 867 beroperasi sebab terminal yang betul nama Dongzhimen Outer Byway.
Hah. Tempek peta bagi jelas.Jarak lebih kurang 1km (10-15 minit jalan kaki ikut tahap kesesatan anda) Kami 20 minit nak pergi sini sebab tersasar jugak la dengan tanya orang pastu menipu betol pakcik cakap tade bus ke Mutianyu , kena rent mini van yang mana cost cecah 300yuan return. Pedulikkk jum cari terminal bus.
Cara ride 867 bus untuk ke Mutianyu Great Wall :
- Jalan keluar dari station Exit B
- Jalan ke kiri arah lawan jam. Ada traffic light belok kiri.
- Tak perlu lintas jalan langsung.
- Akan melintas bus entrance and exits to the Dongzhimen Station.
-Jalan je samapai ke Dongzhimen Outer Byway sampai nampak terminal bus tu belah kiri
- Kelindan pakai baju colour biru
Ke kiri ye.
Jumpa juga Dongzhimen Outer Byway station.
Tempek sebesar alam no bus 867. Diingat kan bas 867 yang hantar kita sampai Mutianyu Great Wall jam 7pagi or 830 pagi. Tapi aku rasa macam ikot suka driver bus tu je. Sebab kitorang sampai 830 pun panjang orang beratur dengan mat salleh nya yang cakap dia bersidai dari pukul 7 lagi bas ke sana tak da.
Bus ticket (Ce piao) ke sana only 16 yuan/RM8 sehala tapi kalau guna Yikatong semurah 6.4 yuan/ RM3.20 sehala. Berganda jimat woii.
Ditempek nye gamabar Mutianyu Great Wall ikut musim. Paling cantik autumn!
Rasa nya bus 867 ni ke Mutianyu ikut jumlah berapa penumpang. Kalau ramai baru jalann.
Bus no 867 ni jugak ada stop satu bus stop dekat dengan subway Line 10. Tapi I is lupa apa nama stesen ni.
Journey 2.5 hours. Mula excited la untuk setengah jam pertama. Lepas masing-masing membuta.
Tengok berapa banyak bas stop. Paling penting bas ni last stop stesen Hong Luo Shi. Pastu baru bas ni menuju ke Mutianyu Great Wall.
Dalam bas masa stesen last Hong Luo Shi.. Masing-masing dah excited nampak temboknya. Masa menuju ke Mutianyu, amoi kelindan datang ke arah setiap orang terang pasal harga masuk, attraction Great Wall Mutianyu, kena tunggu kat mana masa balik nanti. Part kitorang, aku main tunjuk je itinerary kitorang,harga entrance, tunggu kat mana, toboggan segala. Sakan dia sebut "Dui Dui Dui" siap tunjuk sign good kat tangan. Semestinya well-planned bebeh!
Penumpang bas yang tak ramai mana pon.
Masa balik nanti sila tunggu di Parking Lot No 3. Bas time balik hanya ada pukul 2pm dan 4pm.
Sejarah the Mutianyu Great Wall
Kami plan naik cable car dari Tower 14 pastu menurun ke arah Tower 6 then nak turun guna toboggan.
Menapak jugak la nak ke entrance Mutianyu. Nampak banyak bas pelancong.
Jap. Tuan tanah nak posing.
Tapi amoi tu yang pakai jaket biru dalam gambar nampak kitorang nak ke arah cable car tower 14 tetiba tarik tangan kami. Ingat dia kata kena beli tiket kat sini. Dah penerangan dalam mandarin sepatah harom tak paham.
Beli tiket 125 yuan/ RM62.50 termasuk entrace fee, chair lift dan toboggan. Salah paham amoi ni. Tak pe lah dah beli. Tak jadi plan kami terpaksa la naik chair lift dari tower 6. Pastu macam leceh la kena patah balik masa nak turun naik toboggan ke tower 6.
Hah. Tuh la cable car kami nak naik. tapi lain pulak jadinyaa.
Kesian jugak tengok peniaga kat sini sebab tade customer pun hah datang. Siap ole2 dorang jual tu berhabuk.
Jajan untuk bekalan di atas.
Tiket yang sekaligus boleh transform jadi poskad. Sayang woo.
Ni lah chair lift yang agak scary. Kuikui.
Lets begin the journey!!
Masa pergi ni tak ramai pun pelancong. So kami suka sangat. Boleh posing macam gaya tanpa gangguan and malu.
Membar I yang pergi ni memang kamcing dari form 1. Hebat tak? Kawan uni tak berapa nak kamcing sangat besela dorang stok bijak pandai amik master. Kita?
Elok la bawa tripod.
Alhamdulliah. Bersyukur dapat melihat keindahan Allah berikan. Cantik!
Sampai kat tower ni, "Line clear tak?" "Korang backup aku taw ". Kenapa kenapa???
Bertukarrrrr jadi salam perantaun. Hakhak
Line clear wehh.
Ini semua poyoo!
Dah ler.Yuk balik. Ole-ole tak beli lagi. Semput der naik turun tangga kat Great Wall. Yang orang lalu ni pakat puji kami. Yoah sape yang Great Walll ngan pakai baju kurung nya, maxis dress bagai. Ada jugak nak tersadung kaki. Haha. Sendiri cari nahas.
Masa ni dah nak turun. Naik toboggan. Penjaga toboggan ni xmasal marah " Malaysia, Indonesia, India always slow" eh eh pehal lak.
Tobonggan yang best. Ala naik Luge kat Rotorua,NZ. Sepanjang turun guna toboggan ni ada je orang jaga. Sikit-sikit "Faster faster".
Tukar baju dulu. Then baru cari ole. On that time dah pukul 3.30pm taw. Beli bargain sampai tak sedar 5 minit lagi nak pukul 4. Bayar belum lagi. Pantas daku berlari menuju ke Car Park no 3. Berlari turun bukit. Nasib tak tergolek je, Elok aku sampai kat car park bas no 867 sampai. On time! Pastu suh driver tu tunggu jap ada kawan tak datang. Member aku yg sudah bayar pun berlari jugak. Lagi havoc dengan penuh plastic bag kat tangan. Masuk dalam bas, bas pun jalan. Fuh seb baekkkk. Kalau tertinggal nayaa . Tak stadi cara nak balik kalau bukan naik bas. Haha.
Pengajaran : Shopping tu bawak la beringat tengok waktu.
Bye-bye Great Wall Mutianyu!!! Perjalanan balik 2.5 jam lagi. Solat jamak dalam bas.Lepas tu krohh krohhh tidoo.
Ada sambungan sampai Beijing kami pergi ke Olympic Park tapi entri lain lah!