**Minggu cuti persekolahan dah pun bermula. Maka berpusu-pusulah bawak anak beranak ,family jalan-jalan. Kita low profile tak suka travel peak time camni. Ada sesiapa tak rembat tiket murah yang promo ber2ua lebih baik Air Asia? Kawan I yang gila travel beli, ajak daku tapi tak mampu la weh ajak pegi bulan 9. Semput nak kumpul duit lepas raya. Dia dapat RM676 return KL-Busan, so kalau divide 2, sorang RM338. Murah kan????*
ENTRY YANG SANGAT PANJANG!
Sebulan dah pergi China trip, baru masuk episod hari ke 2 lagi? Kahkah. Gasak lah. Untuk tatapan masa depan jugak. Masih lagi di West Lake, Hangzhou yang besar sangat tapi cantik, tak payah bayar kalau setakat nak keliling tasik macam kat Empangan Tasoh, Perlis. (Pergi Perlis Wesak Day kelmarin) Gila mencengkik caj sampai RM 15 satu kereta padahal tasik sendu bebenor.
Sewa basikal 50yuan so marilah melenjan dengan jayanya. Kami berbasikal dari Metro Longxiangqiao (Baca Longsiangciao) hendak ke Leifeng Pagoda. Namun begitu, sepanjang perjalanan dijamu pemandangan yang cantik dengan dekorasi setiap pit stop lain-lain. Kayuh-kayuh, mana ni tak nampak bucu Pagoda pongggg. Stop& kunci basikal -amik gambar -kayuh lagi.
Nak masuk setiap tempat pun bercinta jauh jaraknya antara tasik and parking basikal. Penat wehhh. Sebotol air pun dah habis.
Sightseeing bus pun ada. Agak-agak tak larat nak kayuh basikal baiklah kome naik bas jek. Tambang pun murah takat 1-3 yuan untung2 boleh gi Longjing Plantation Tea. Nak tahu lebih lanjut pasal tourist bus di Hangzhou klik sini jek
Teksi Hangzhou yang bersepah banyaknya. Harga tak tahu tapi murah je kalau pakai meter.
Kakak cantik kayuh kayuhhh
Area West Lake ni la boleh tengok macam-macam bentuk basikal yang ada, Kayuh basikal 2 orang? Kayuh 4 orang sekaligus pun ado.
Basikal tak boleh masuk sampai kedalam. Tu yang leceh nak kena lock jalan ke depan nunggg lagi.
Coffe house. Masa ni kami semua dah start rasa simtom perit tekak ,gatal hidung, bersin. Kenapa yek?
Cantik kuasa sepuluh
Subahanallah! Buat gambar ni wallpaper kat office dorang claim gambar ni Iols download dari google image. Heloo ni handmade snap okkk.
Okeee dah tahu kenapa simptom perit tekak, gatal hidung melanda. Sebabnya, kawasan ni banyak daun debunga berterbangan. Masuk pulak rongga hidung kami yang jarang melawat taman-taman macam ni. Local Chinese ni rilek je. Kitorang dah sok sek hidungnya .Kesudahnye, aku ambil hujung shawl buat purdah nampak bijik mata. Makin ramai la mata-mata memandang.
Jalan kedepan teringat basikal dah jauh tertinggal ke belakang. Patah balik. Mana nak jumpa Leifeng Pagoda kalau agenda lain banyak.
Dah jauh dari kawasan debunga hidung baru ok. So, bawaklah mask .
Alololo. Homei homei kamuuu
Tak larat, snap atas basikal je. Amenda tah dalam tu.
Kalo kedepan je basikal tu, siaplah kena halau dengan polis sambil tiup wisel.
West Lake jugak diiktiraf sebagai Ancient Chinese cultural landscape, the West Lake of Hangzhou, inscribed on UNESCO’s World Heritage List, 2011.
Hujung-hujung dah nak sampai baru la sibuk kutip map kat tourist information. Kihkih. Sangat membantu and lengkap segalanya dengan nombor bus ,harga tiket.
Stop sini kita isi perut dulu. Waktu pun dah pukul 2 petang. Perut dah meronta-ronta nak diisi, Kita makan ringan je dulu yea. Kelegaan jelas terpancar bila dah nampak Leifeng Pagoda. Motivasikan diri ok sikit je lagi nak sampai. Padahallll....
Nasib baik tak tersiat je isi bontot. Dengan jalan berbukitttt hiyahh hiyahhh ko kayuh pedal tu. Sampai satu tahap nak give up lenguh kaki bila part naik bukit. Almaklumla jarang bersenam. Sekali melenjan naik basikal tanpa warming up. Rasaiiin looo. Keadaan jalanraya pun boleh tahan sibuk takut weh bila lau sebelah bas, lintas jalan berbondong dengan umat lain.
Sampai!!! Cari parking pun penuhhh der, Parking basikal je pun tapi polis ada jaga tau tempat mana bole parking.
Hentikan drama tadi. Ayuh beli tiket masuk Leifeng Pagoda. Harga per person 40yuan/RM20.
Edit semata-mata takde nye West Lake tu warna biru laut.
Sejarah Leifeng Pagoda ni sangat menarik sebab tu aku letak dalam itinerary tempat wajib masuk.
Rajin baca, tak rajin skip laju-laju lah! =)
Leifeng Pagoda telah dibina pada tahun 975M namun runtuh pada tahun 1924 dan dibangunkan semula pada tahun 2002. Pada asalnya Pagoda ini dibina pada tahun 975 M atas perintah Raja Qian Chu sempena kelahiran puteranya Qian Chu,Huang Fei. Sruktur 5 tingkat diperbuat daripada batu bata dan kayu dan sasarnya dibina dari batu bata.
Masa pemerintahan Dinasti Ming, lanun dari Japan datang menyerang Hangzhou sebab mereka curiga Pagoda itu ada simpanan senjata lalu mereka membakar Leifeng Pagoda. Sisa yang tinggal hanyalah kerangka batu bata. Ia juga terkenal dengan Lagenda Ular Putih. Mereka percaya sisa batu bata yang tinggal boleh menyembuh penyakit dan mencegah keguguran menyebabkan ramai orang ketika itu mencuri batu bata dari Leifeng Pagoda untuk digiling jadi serbuk. Pada tahun 25 September 1924 pagoda itu akhirnya runtuh.
Penah diperdebatkan (debat Rafizi vs KJ ke?) selama bertahun-tahun bahawa ada sebuah makam di bawah Pagoda.lalu mereka menggunakan teknologi radar untuk mengesahkan kesahihahan cerita ini.Pada 11 March 2001 makam itu dijumpai dan apabila digali mereka menjumpai banyak peninggalan harta karun emas dan perak. Blinng blingg.
Pada Oktober 1999, kerajaan wilayah dan perbandaran telah memutuskan untuk membangunkan semula Pagoda Leifeng di atas runtuhan yang lama. Pagoda yang baru dibina semula dibuka pada tanggal 25 Oktober 2002.Janga risau harta karun yang dijumpai disimpan denga baik di Pagoda,
Pagoda asal sebelum renovate. Sumber Wikipedia
Tak payah nak tarik nafas terkejut bagai, naik pakai escalator je hah
Ni lah dasar Leifeng Pagoda. Dorang main campak-campak duit ada la something kepercayaan mereka.
Malas nak naik step by step tangga, kita skip naik lift terus ke tingkat atas.
Kawan aku si Tirah tu cakap aku dah biasa tempat tinggi ni sebab tempat keje kat Komtar. Ok. Ni view dia lainnn dari Komtar punyaa.
Juga disediakan teropong. Masuk syiling 1 yuan dapat la layan 2 minit je,
Su Causeway Bay. Pedestrian only so basikal cannot enter. Kira tu shortcut West Lake nak ke belah North.
Lepak Leifeng Pagoda sejam dua, ayuh lah kita ke Taiziwan Park. Masuk free ye rakan-rakan. Jalan ke depan seberang jalan Leifeng Pagoda je tempat nya.
* Note : Fridge Magnet Hangzhou hanya dijumpai di kedai cendermata Leifeng Pagoda. So, beli la kat sini even harga mahal seketul 18yuan/RM9. Dari tade ye dak?? *
Ni triple ramai rakyat jelata lepak di hujung minggu.
Pening.
Apa ada kat sini? Bunga, taman cantik. Nak kata tulip bukan tapi belasah jelah upload kat FB cakap ni bunga tulip. Hikss.
Takde makna kat taman China ni kecik cinonet kompem tak habis pusingnya. Kami pusing mana yang mampu. Perut pun makin menjadi-jadi laparnya. Biasa dia nihh.
Bukan macam Flora Festival Putrajaya eh bunga tak boleh dipegang masuk dalam pagar. Sini, redah je. Kikiki. Tade sape pun larang consider boleh la tu.
Local Chinese banyak berkelah bawak bekal tepi tasik. Kehlas sangattt, Kalo buat kat Malaysia, tak sampai 15minit berlecak ketiak Kak Jahhh nye.
Makcik suka colour oren. Nah!
Erk. Tak yah korang nak baring duduk sangat atas rumput. Sebab depan mata aku sendiri tengok budak laki dalam umor 2 3 tahun maknya snap gambar budak tu sambil mencangkung pesen pakai seluar koyak tengah2 seluar nampak angry birtd melampai-lampai. Sekaliiii syiiiiiii kencing budak tu. Eueeeewww.
Ada kincir angin ok. Boleh la feeling ko ada kat Keunkehof, Holland.
Wedding photoshoot kat sini seriyes amazing!
Moh ler kita balik. Meneruskan pejalanan pulang. Pergi 5km balik 5km. Total : 10km. Memang patut la melecet bontot malam tu.
Otw balik takde singgah mana-mana dah. Tak larat plus kejar masa balik hotel nak solat jamak.
Return basikal dapat balik deposit 300yuan pagi tadi.
Lalu depan restoren ni sedap pulak dorang bakar satey. 2yuan/RM1 secucuk. Order dalam 40 cucuk. Sedap sangat! Mula nak tapau tapi uncle kopiah tu cakap dalam Mandarin gamaknya suruh makan panas2 kat kedai dia. Okkk
Uncle ni malu-malu. Snap gambar dia, dia kata kena bagi 2 yuan upah. Cehh.
Sambil tunggu satay siap, uncle kopiah ajak kitorang tunjuk mural ni dah siap. Cong ceng la cakap Mandarin. Aku cakap BM. Sama-sama bahagia tak paham. Ngeh2.
Roti inti daging ni pun sedap. 3yuan/RM1.50 sebijik.
Ngap-ngap tak sampai 10 minit tinggal batang je, Gila sedap+lapar.
Sempat solat mandi rehat kejap malam tu kami pusing lagi Wushan Night Market. Kejap je sebab nak cari poskad+ setem
Agenda esok 14 April 2013 bertolak ke Shanghai!!! Weeeeehooo.
Bye!