Showing posts with label Ocean Park. Show all posts
Showing posts with label Ocean Park. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Backpacking ke Hong Kong [Part 4]


* Esok pi collect passport mohon visa China. Disarankan yek rerakan sekalian, selain bawa application form, passport and gambar berukuran passport, silalah print sekali FLIGHT BOOKING (flight masa nak pegi je dia tengok masa balik dia pulangkan balik kertas2 tu kat I) and HOTEL/HOSTEL BOOKING . Korang pegi by group 5 orang, setiap sorang kena ada copy flight and hotel booking. Ramai kena reject woo ari Senin ritu. Aku punya smooth je tade pape masalah. Nak tahu lebih lanjut click sini la  *


Ome! Kat mana part last pasal Hong Kong ritu? Dasar nama blog malas kann.

 Lepas dah habes tengok Dolphin Show yang macam lahai sekejap sangatt perut kitorang sume dah mitak makan. Tak boleh jadi ni biarlah tak habis semua ride kita surrender nak kuar dari Ocean Park.





Beratur pulak hah nak naik cable car ni. Setengah jam jugak la kena beratur.


Ride tak sempat naik. Apa ke beso sangat Ocean Park ni. Yang macam kat Genting tu pun tak sempat naik  Space Shot eh.




Berbaloi sebab view sangat cantik masa naik cable car ni



 Ingat dah sampai boleh je nonong kuar tapi tak boleh. Kat sini pulak ada ala2 perkampungan Hong Kong China. Aishh. Kena bergambar aihh. Padahal muka ketiak dah berlengas.


 Sport shoe bantai beli Power kat Bata jek. Harap boleh lenjan ke Great Wall Mutianyu pulak yek.



Cuaca hari itu yang sangat cerah and terik. HK kan terkenal dengan view sangat kabus. 









Dah beratur naik bas pulakk. Nasib bas 629  standby dengan banyaknye. Bus ni stop kat tempat masa kita naik tu la Admirality Station.

Bus fee : HKD 10.50 (RM4.30++)

Masing-masing dah gigil lapar marilah teruskan misi cari Islamic Center Canteen kat Wan Chai. Malam hari pun redah jelah. 

Cara pergi Islamic Center Canteen dari stesen Admirality.

Admiralty --> Wan Chai (1 stop, Island Line, HKD 4)

Keluar saja dari stesen Wan Chai tarik nafas lintas jalan. Kekiri yek.  Jalan straight sahaja. First timer memang rasa jauh padahal tade la jauh sangat. Yang datang malam lagi la macam betul ke jalan nih. Betul!




 Hah! Nampak The Charterhouse ni memang dah dekat la nak sampai.(dari malam jadik siang? Hehe. Ni direction je kitorang redah malam tu nak amik gambar tak lawa time tu)



Masuk dalam tu. Keluar2 belah kanan tu dah tersergam indah Islamic Center , Masjid Ammar




Bertukar ke mood malam . Sebab semua kebulur




Level 5. Dah malam harapan jelah nak makan dimsum. Sila cuba lagi datang esok lusa di siang hari.



 Bagi nasi dalam mangkuk, tak pandai weh. Campak nasi dalam pinggan. Bahagia makan!








Cop kalo berjalan nonong straight sampai Casanova Pizza silalah patah balik ke arah Volkswagen Hong Kong Centre sampai nampak The Chaterhouse.



Gedik nak naik ferry pulak. Naik je bus kat seberang jalan tu and tulis last station TimShaTsui Ferry. Settle sampai. Naik ferry murah je dalam HKD 2 (80++ camtu la seingat aku lah) . Boleh tengok bangunan cantik disimbahi cahaya macam kat KL?? =P



 Cantik! Camera canggih tapi spesis tuan tak pandai setting malam dapat camni jelah.




 Dah sampai ke seberang marilah cari stesen MTR. Part ni tak habis stady pun. Tapi prinsip ikot saja hala tuju orang ramai ke mana2 menjadik Jauh gak menapak dari stesen Ferri nak ke stesen MTR Tsim Sha Tsui.



Lalu deretan kedai mewah nasib dah tutup tengok jelah duet shopping ku bawa RM500 sahaja. Wahaha. Nak amik gambar sendiri pun tak lalu penat katanya.




 Nampak budak ni, kemain ko posing ye dik. Aku snap gambar dia jelingg nau siap makin kencang posing maut dia.




Dari MTR Tsim Sha Tsui -MTR Mongkok (HKD 4.9) longlai je semua balik hostel Tapi tapi bila sampai, semua cargas!!

Sebab....























LADIES MARKET!! Shopping seround jap cari sorvenier!






Berazam siap kan entry Hong Kong sebelum my next trip within 2 3 weeks!


Friday, February 15, 2013

Backpacking ke Hong Kong [Part3]



Febuari sudah. Cepatnya masa berlalu. 2 months to go next trip. Suka2. Iti dah siap tinggal nak pegi je. Hikss. Pulak ada rule baru kat ofis, mandatory leave 5 days straight. Opkos la ku pilih date this April. Mega trip katakan lepas NZ 2011.



Day 2 (22 Jan 2013) Breakfast sendiri milo dengan roti tuna. Next destination adalah Ocean Park. A must place to go!! Ocean Park ni bukan berasaskan tengok haiwan dengan lautan. Tapi theme park yang sangat awesome. Senang kata gabungan USS + Aquaria KLCC+ Genting + USS + Zoo.

Ocean Park entrance : HKD 260 (adult) tiket dah beli siap kat hostel dapat diskaun HKD 20.





Sukalah signboard dorang pesen camni.









Nampak bangunan lusuh beserabut jalan sempit tapi tidak lah jem macam KL. Orang HK pun sume kurus mana tak kurus jalan semua stok lajuuu gilakk. Pakcik makcik 50an semua pintas kami yang melenggang jalan. Hikss. Apa yang dikejar ntah padahal MTR dorang 2 minit sekali lalu. Siap berlari bukan berlari anak tapi berlari  kejar di anjing nak ke station MTR semata. Aigooo




How to go Ocean Park from MTR Mongkok


MTR Mongkok - MTR Admirality Exit B2 - Admirality bus station take bus no 629 (20minutes ride)

Bus fare:  HKD 10.60
MTR Mongkok- MTR Admirality : HKD 10.5







Senangkan signboard dorang? Tak payah membazir duit pergi dengan travel agent bila ke HK




Ingat sampai awal pagi di hari bekerja tada la ramai, sekali sampai, omakaw! Panjangnya beraturrr. Konfius skang tengah school holiday ke??



Beli tiket Ocean Park di kaunter bas Admirality ni pun takpe. Masa ni tade la ramai sangat yang beratur.




10 minit je tunggu, bas pun sampai. Journey ke Ocean Park lebih kurang 20 minit. 











 Pandai betol marketing strategy, offer amikan gambar kitorang then amik gambar guna camera dorang suruh pi tengok. Omo. Santek nye. Iolsss terbeli ok. Cantik water globe tapi mahai jual. Beli jela gambar + keychain. Tak nak terjebak kumpul water globe. Bahaya!





Baru suku map. Punya la besar Ocean Park ni. Menganga la jugakk banyak nau rides. Ocen Park ni naik ride lagi syiok belah pulau seberang. 2 option nak ke sana naik cable car or naik train.







Ikut sesedap kaki melangkah, ke sini dulu. Yeay! Pre Chengdu. Jumpa Mr Panda. Entrance kemain la besau masukkkkk



Hukalohh ada 2 ekor je panda. 2 ekor pon jadilah sebab takpenah tengok panda in real life. Kemain lekeh 2 ekor, tapi bertebeng kat sini dekat setengah jam lebih tengok gelagat panda yang super duper comel!!! Ni yang tak sabar ke Panda Research Centre Chengdu




Sebijik macam Kung Fu Panda








Ingat kan tren boleh tengok dalam laut sekali masuk lahh ke waterfront yang pulau lain rupanya.








Breathtaking view!





Hair Raiser! Suka! Aku ni kalo naek benda camni ok sajo  tapi kalo naik yang macam sampan ke atas ke bawah kecut perutt woi






Binatang apeketah tapi comel kan!





 First time jugak tengok pingu in real life. Tak boleh lama kat sini beku dibuatnye.





Suka naik flash. Kawan ai 2 orang semangat beratur nak naik sekali dah sampai turn patah balik. Kita dua jelah naikk Uyuuu.








Senang nak nampak katanya tudung hijau. Boleh masa tertunggang ni kitorang berborak. Cantek nye kat sana sinuu. Kahkah. 4 5 kali jugak la duk tunggang pusing.







Tunggu dolphin show 2.30 pm. Masa ni perut dah berkecamuk lapar. Sempat ratah sotong je. Bau dia amboih sedappp. Belilah HKD 30 kongsi dua orang. Tapi rasanya adelah tak semenggah bau nya.



Sambung kendian lah! Bye