Showing posts with label Budget travel. Show all posts
Showing posts with label Budget travel. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

Krabi : Krabi Cozy Place Hotel dan Krabi Night Market [1]




Salam 2014.  Salam Maulidur Rasul.

Kembara kali ini ke Krabi, Thailand (Krabi tu bukan sebuah pulau, ia bandar ) pada 29th June hingga 2nd July 2013. Dah lama peramm. Hihi. Dah ramai rakyat Malaysia sampai sini . So, common place to go. Tiket dibeli denga harga promosi RM115 return.

Sedikit info yang perlu tahu untuk bercuti di Krabi:

High Season (mid Dec to early May) : Sila buat tempahan hotel awal dan ketika ini harga accomondation double price as usual.

Low Season ( May-Nov) : Masa ni harga hotel murah, pelancong pun tak da la ramai mana sebab rainy season.

Ada kejadian tak best masa LCCT. Before masuk tempat boarding, aku pergi toilet, then tertinggal kad Touch n Go yang baru topup bernilai RM100 kat atas para toilet. Dah masuk waiting area untuk boarding, raba poket "Ya Allah tertinggal kad TnG kat toilet". Masa tu ada 30 minit lagi so dengan gelabah mitak izin imigresen untuk keluar pergi toilet jap. Dorang bagi. Haihh. Sampai2 je cari dah selamat orang lain buat harta kad aku. Sedih sangatttt. RM100 tu nilai baki .

Tambah lagi permasalahan, bila nak masuk balik tempat scan imigresen, pegawai yang tak bagi aku masuk cakap mana boleh awak keluar sesuka hati. Drama ke 2 bermula.. Grrrr. Pang pung pang dia lepaskan jugak.






Ahli pengikut kali ni 6 orang. Travelmates baru.




Disebabkan kami 6 orang, maka kami amik van untuk ke Krabi Town. Harga satu van sampai depan otel 600baht / RM60 . Saje menginap semalaman di Krabi Town untuk jalan-jalan di pekan Krabi dan Krabi Night Market. Diingatkan, pantai Ao Nang dengan Krabi Town agak jauh dalam 40 minit perjalanan.






Van macam artist kpop naik tu. Selesa!




 Kami menginap di Krabi Cozy Place. Tempah melaui booking.com . Tapi agak spoil masa booking kat web tu dia tolak siap-siap harga bilik. Ini bukan website agoda, ini booking.com. Ketika itu kami booked hanya 2 bilik, tapi sampai sini masa nak check in dorang macam tak bagi satu bilik 3 orang. Aigoo. Kena booked satu bilik lagi. Nasib la murah 800baht/ RM80 semalaman. Policy dorang cakap. Padahal cakap jelah masa tu low season bilik korang banyak kosong.





Keadaan bilik agak luas dan besar. Memang muat je tido atas katil 3 orang tu. Kami ni saiz taklah besar mana.



















Petang tu lepas solat jamak, maka marilah meeneruskan misi pertama, makan!  Hotel ni sangat dengan dengan Krabi Night Market. Only walking distant bout 5 minute. Info, Krabi Night Market hanya ada pada hari Jumaat hingga Ahad bermula jam 5 pm -10pm. Korang datang hari Selasa, nak datang night market memang non hado lahh.




Alhamdulilah kenyang makan. Dont worry kat sini bersepah restoren halal. Harga makanan? Lebih kurang je harga di KL. Tourist spot area kan. Selamat megisi perut, kami survey pakej harga untuk aktiviti esok. Ni bukan ai yang handle, so pape hal aki iyakan jelah. Pakej kami amik harga 1000baht / RM100. Apa aktiviti?? tunggu next entry lah.




AIA buka booth kecik. Ku tetap penyokong tegar Prudential BSN Takaful. Hihi






Disebabkan trip ni dijayakan seminggu sebelum masuk bulan Ramadhan, duit perbelanjaan dibawa hanya cukup-cukup makan iaitu RM450 sahaja. Kekeke.


Next, kami just nak lepak tepi sungai dan mercu tanda wajib kalo korang dah sampai Krabi.
















Ramai betul orang nak berposing kat batu hikmat ni! Ken tunggu turn la









Dah puas melepak kat sini, jum terjah night market aka pasar malam lahh. Hihi.





Peminat Che Ta' lattew bulu mata kemain melentik


Apa best kat pasar malam sini? Lebih kurang je pasar malam kat Malaysia tapi saje nak happening dan try makanan tempatan terutama somtam dan kerabu mangga. Nomnomnom

















 Somtam uncle ni sedap. Cili dia guna perghh pedas tak ingat dunia berasap.





Ada show free style Layankan la kejap .













Satu keWAJIPAN korang kena try air limau dorang.Sedap sangat!! Beli satu, lepas habis minum pergi beli lagi. Sedap!!!!! Harga dalam 20baht la.


Tips : Kalo nak beli souvenir baju , keychain ,fridge magent silahlah beli dini Krabi Night Market sebab utama adalah harga lebih murah dari pantai Ao Nang dan lagi banyak pilihan. Certain design memang korang tak jumpa la kat kedai sepanjang persisiran pantai Ao Nang.




Keadaan disini tak terasa ko berada di oversea pun sebab bersepah orang Malaysia. Hikss. Berlaga bahu segala. So tak payahla feeling oversea sangat dengan dressing meletup.





Jagung ni manis!




Penutup entri di hari pertama di Krabi gambar pulut mangga! Sedap hoii. Tak leh lawan kat sini sebab buah mempelam dorang manis dan lemak.

Malam tu kami balik hotel penuh tangan dengan makan buat supper kata nye. Hikhik.







Friday, June 7, 2013

Redha Sebab Dah Terbeli

Serius tak sengaja sebab gua menjadi mangsa keadaan. Mula-mula ofis mate 2 orang tu nak pergi. Makan laju-laju lunch hour sebab aku nak belikan untuk dorang. Boleh yang sorang member tu aku tetiba cakap tak nak pegi lah. Gua pantang orang yang mula-mula beria la ko nak pegi kan siap cakap kalo nak gi Korea ajak dia. Sekali dia tak mo.

Kesian la pulok tengok member sorang lagi muka dah monyokk kekdahnye sebab sorang dah mungkir janji. Nak tak nak aku la jadi teman pengganti.

That's it. Winter trip la kao! *Lepas beli menyesal depan PC ape aku dah buat ni sebab memang tak rancang langsung*

Ni ada itinerary yang member nak pergi bulan 9. Hebakk seminggu total expenses exc flight ticket RM1200 jek.

*update pakai tab carca merba la yekk *