Showing posts with label Busan. Show all posts
Showing posts with label Busan. Show all posts

Friday, February 7, 2014

Website Best Untuk Tempahan Penginapan



Ada baca blog JM entri dia pasal tempah penginapan guna Booking.com, Agoda.com, Hoselbookers, Hostelworld. Kali ni iols nak share bagi yang tak tahu la satu website booking  penginapan yang awesome kalo trip anda more than 4 orang.


Website yang dimaksudkan adalah AIRBNB .  Website ini tempahan penginapan lebih kepada apartment, rumah, homestay lah.  Nak terang lebih-lebih kita tak pandai jugak tapi kita dah book apartment untuk trip Seoul minggu depan. Perlu ke mention minggu depan tu? Kahkah. Tapi sereyesly tak rasa feel dia lagi sebab keje bertingkek-tingkek tak siap dengan auditor kacau manjanggg nak itu inii.

Masa booked apartment ni bulan November yang lepas. Kita booked tak semestinya dapat teros sebab kalau owner accepted kita as a guess baru proceed next step iaitu payment. Yelah 1st time guna web ni, tak paham betul aku baca policy payment kena bayar full payment ke, ada deposit ke. Pasrah je guna CC. Lepas owner tu accepted, rupanya CC kita kredit full total amount termasuk fee Airbnb.





Cantik betul tengok dekorasi apartment dorang. Tapi most apartment kita book ni kena stay more than 3 days. Depend on T&C. Papehal kita boleh directly communicate dengan owner apartment.





Kami memilih Cozy Ninehouse depan Seoul Station je. Senang tak payah nak bertangga hangkut beg sampai Seoul dari Busan nanti.







Review apartment ni kendian2 la sebab tak menginap lagikann.Tapi korang boleh tengok review dari orang yang pernah stay kat aparment ni.


Ok. Daaaa!!!

Friday, June 7, 2013

Redha Sebab Dah Terbeli

Serius tak sengaja sebab gua menjadi mangsa keadaan. Mula-mula ofis mate 2 orang tu nak pergi. Makan laju-laju lunch hour sebab aku nak belikan untuk dorang. Boleh yang sorang member tu aku tetiba cakap tak nak pegi lah. Gua pantang orang yang mula-mula beria la ko nak pegi kan siap cakap kalo nak gi Korea ajak dia. Sekali dia tak mo.

Kesian la pulok tengok member sorang lagi muka dah monyokk kekdahnye sebab sorang dah mungkir janji. Nak tak nak aku la jadi teman pengganti.

That's it. Winter trip la kao! *Lepas beli menyesal depan PC ape aku dah buat ni sebab memang tak rancang langsung*

Ni ada itinerary yang member nak pergi bulan 9. Hebakk seminggu total expenses exc flight ticket RM1200 jek.

*update pakai tab carca merba la yekk *