Saturday, December 27, 2014

JETSTAR SALE!!


Dari 1st jejak kaki NZ 2011 memang dah bertekad nak repeat NZ belah South NZ, akhirnya berjaya kumpul ahli jemaah dan grab tix flite return Melbourne -Christchurch around RM590 without lugage. Tix KUL -Melbourne dah beli cokia2 dapat RM770.

Sale ends 28Dec.

MARI MENABUNGGG!!!

Friday, October 24, 2014

Winter Trip Korea : Sokcho dan Seoraksan


SALAM MAAL HIJRAH



Berkepam dah wei cerita Korea aku nih. Trip bulan Feb lepas tapi bila dah sampai angin nak update tu layankan jela. The reason iols terpaksa rela update story ni ramai pulak emel pasal trip Korea ku yg tak semenggah. Yelah skang dah nak masuk winter so ramai la duk usha sana sini trip winter. Ye dak?




17 Feb 2014


Sambungan kami balik petang dari Yongpyong menuju ke Sokcho. Sokcho? Sokcho adalah sebuah bandar di pinggir pantai dan dari situ lah kita boleh pergi ke Seoraksan atau Mount Seorak.

Sesudah kami sampai di terminal bas Sokcho, kami perlu naik bas no 7 or 7-1 menuju Seorak-dong. Harga 1000won per trip.Tunggu bas sebelah mini market tu je dekat dengan terminal Sokcho. Jadual bas semua dah ada.



Kami menempah penginapan satu malam di  Hangang Park Motel via Agoda.com sebab motel tu paling murah harga RM130 satu malam , ondol style. Highly recommended!



Snow kotor kawasan bandar ni. Tak mampu nak snap gambar masa tengah tunggu bas sebab sejuk melampau. Sambil tunggu bas melompat2 kesejukan.



Bila bas dah sampai tu kami naik and terus tunjuk voucher hotel kat driver and mintak dia drop weols kat depan motel ni. Perjalanan lebih kurang 30 minit.




Hah ni motel nye. Ajumma yang sangat baik hati membantu kami walau dia sepatah haram tak cakap English.


Motel ni tak susah pun carik sebab betol2 ke jalan menuju ke Mount Seorak. Tapi bila aku aku book motel ni gambar pesen lain bila dah sampai eh betul ke driver bus drop kita kat sini. Mana taknya separuh tingkat dah kena tutup dengan snow .


Kami check-n dalam pukul 9mlm. Ajumma yang sambut kitaorang time tu dah tido. Sian plak dia . Ada satu kisah masa dia nak bagi towel kat ktrg dia terjatuh tangga tersungkur. Sebab gelap time tu. Double rasa bersalah. Dia duk sebut "kenchanayo2".  Motel ni lengap dengan kantin, magi free pon dia suruh amik .




Jenguk belakang motel woaaaaaa daebakkkk!!! Macam ada kat belah2 europe and merry xmas ho ho ho hOverr.


Ok. Tido time. Esok pagi nak gi Mount Seorak!


18 Feb 2014


Pagi bangun bukak tingkap nampak view ni. Nangesss. Malam tadi sampai tak nampak pape. Excited wehh sume memutih.







Pagi tu kami brekpas dengan roti tuna bersama kopi jenama Maxim. 3 kali bancuh kopi. Ajumma tu datang borak2 dengan kitorang. Rasanya penginap motel ni kami ni je sebab memang tak nampak dah orang lain makan2 kat kantin.




Sebab excited sangat tengok snow tebal bergambar sakan kitrg kat belakang motel. Haha. Belakang rumah la senang kira.



Kereta pon dah tertimbus.



Kegigihan ajumma sodok snow untuk keluarkan kereta husband nya. Melayan dia ngan kitorng bergambar sana sini






Aku ni konon2 bajet nak rasa sejuk takmo pakai winter jacket sebab nampak gemok. Hakikatnya tak tak sangup.





Lepaas sakan bergambar belakang motel kami pun check out motel untuk ke Mount Seorak. Masa ni agak risau taw takut cable car tak beroperasi.






Bye2 ajumma yang baik hati dan sporting. Hantar kitorang sampai bus stop okehh.





Mana pegi semua orang ni?? Mendung je cuaca dengan limpahan snow. So untuk ke Mount Seorak pon kami amik baas no 7 or 7-1 harga 1000won. Dalam 10minit dah sampai hah.














Default aku sampai sini sebab dalam gambar orang lain mostly tade snow. Ni macam betul ke sini sini.




Gambar wajib bila dah sampai sini





Menuju ke kaunter tiket untuk masuk ke Mount Seorak. Harga tiket masuk 3,500won seorang.





Berseni la tu letak tiket atas ais. Hihi



Cable car beroperasi seperti biasa tapi tu la pelancong tak rami pon masa ni. Tak perlu berasak beratur tunggu naik cable car. Sekali jalan je. Return fee cable car ke Mount Seorak 9000 won.











Amik satu locker sumbat beg dan barang2 yang memberat. Murah je locker ni dalam 500won.


Sampai atas puncak semua view putih. Mana gunung mana pokok mana jalan sume dah jadi sama je.


Jomlah layan gambar























Salah langkah memang tergolek ke bawah la










Nak turun pon licin sakit bontot tergelicir. Haha







I miss snowing day! *baru 1st time*








Pekena hoc choc kat atas sana jumlah turun ke bawah. Kami tadelah panjat sampai ke puncak tu separuh pon tak sampai sebab licin betul track. Tak sanggup nak amik risiko. Orang lain pun macam tu.






Sementara tunggu bas 7-1 datang untuk ke Terminal Bus Sokcho kami pekena bekalan roti tuna. Umphh sedap betol makan sejuk2 gini gaya




Bye2 Mount Seorak!



Lori kaut snow. Kerap sangat lori ni kaut snow .Yelah laluan kereta kan.

Sampai di bandar Sokcho, singgah sekejap market dorang . Ingat nak cari restoren makan2 tapi tak jumpa yang menepati piawaian. Dah la sejukk gigil.




Otw jalan ke market tu. Kalo anak hilang sini tak jumpa dah. hehe












Masuk amik syarat je . Barang2 basah banyak la jual kat sini. Kata pasar .





Dalam pukul 3.30 petang kami pun berangkat la ke Seoul. Harga tiket bas Sokcho-Seoul only 17,300won one way. Dalam bas 2jam tak boleh tido sebab duk depan sekali and kena ngadap dorg bukak tv Winter Game Sochi.



Bye Sokcho!!! U give me amazing exprience and wonderful people!!



Okkk. Tammat la kot kisah Koreaa. Hakhak.


Saturday, October 11, 2014

Airbnb Memang Best!



Sejak pertama kali guna perkhidmatan booking accomondation through Airbnb masa pergi Seoul bulan Febuary lepas seresely dah jatuh hati. Asal cari accomandation je bukak Airbnb.

Antara sebabnya :-

1- Kos jadi Murah kalo travel berjemaah/ family

Contoh la Iols booking studio apartment untuk trip ke Seoul. Kongsi 4 orang dalam RM70 sorang 1 malam. Guesthouse pon range macam ni jugak kan tapi size kecik kemudahan lain kena share.


Waktu check-in and check out pun flexible kalo Airbnb nih. As long kita inform dengan owner. Setakat ni sume owner sangat membantu dan bagi respon dengan pantas sebarang pertanyaan.






Kebayakkan Airbnb kat Seoul dorg bagi pakej free portable Wi-fi. Wehuuu dapat menjimat utk sewa portable wifi.


2. Privacy

Hostel sometimes ada yang 6 females room. Kalo kita pergi dalam 4 orang kena share dengan orang lain yg mana aku tak berapa nak suka la. Untuk 1 malam ok lah kalo 3 4 malam I prefer sesama kita jela xmo share. Ada orang tak kisah kan asal boleh tido. Ada lagi xberapa kisah boleh je amik mix room.

Dari segi toilet pun tak berapa nak suka share bathroom.

Dengan Airbnb korg buat la macam ghumah sendirii. Hikss. Suka!!! Barang nak terbarai sepah2 pon takpe.





















Apa yang penting ada mesin basuh!!! Dan small kitchen yang boleh masak ala kadar. Nak buat nasi lemak boleh. Feeling drama Korea pun ada jugak la sebab studio apartment dorg cantik2 deco nya.







Booked accomondation di Osaka. Hotel mahal betol belah Osaka tu. Harga 2 org pun RM300++. Hostel pun ada usha jugak nak private pun RM100++ seorang. Nak tido Capsule Hostel? Dah macam tido dalam keranda pun ada. So solution kita Airbnb lah. RM 360 untuk 1 mlm 4 orang and serba lengkap siap ada pengering kain .








 Ruang pun besar kan




Ini kat State Tower masa kitorang pergi trip Bangkok. 1 malam RM190 tak silap boleh sumbat 5 orang katanya. 2 bilik hah. Bawak family memang untunglah murah dan spacious.



Bawak toto Narita bentang atas lantai pun ok. Eh sumbat 10 orang pun ok sebab dorang kira rate 1 apartment bukan per head.












Night view 40th floor from State Tower, Bangkok





Tips :-

1- Kaji peta kawasan strategik before nak booking kat Airbnb. Yelah standard la mesti nak dekat dengan public transport, main attractions

2- Baca review pengalaman orang yang pernah book apartment tu

3- Payment bayar langsam time booking. Prefer Credit Card.

4- Once dah berkenan book je la tak payah tunggu2 kang tunggu esok bukak nak book sekali dah full. Almaklumla bukan hostel/ hotel. Konsep sape cepat dia dapat.

5- Possibility nak kena tipu memang tak lah sebab Airbnb control. Ada baca somebody tu nak book apartment tapi xnak guna Airbnb sebab yelah kena bayar service fee so deals dengan owner. Sekali dah bayar bagai kena tipu daaaaa.  3rd party kadang berguna untuk elak perkara macam ni.



Kesimpuln, lain orang lain caranya. Saya tak kisah murah accomondation asalkan bukan mix room.






Sunday, September 21, 2014

Jangan Ditipu dengan Chengalmas Travel & Tours




Bukan terjadi dekat saya tapi kawan saya. Tapi baca dari blog dia memang sakit hati je bila travel agency ni menipu kita. Paling tak leh blah dekat Ao Nang 30 orang tersangkut tak leh buat island hoppig sebab guna khidmat penipu Chegalmas . Dah la owner Melayu tapi buat onar tu ewah2 macam tak sedar makan duet haram .

My suggestion, prefer bersusah2 dulu plan perjalanan . Guna TA (travel agency) deposit duit -pastu lesap dari kabar berita.

Nak duit kemain cepat suruh deposit lepas tu tak muncul diri. Aigoo camna nak maju kalo asik menipu. Tak berkat rezeki tu nak bagi makan anak bini.




Memang SENGALMAS la.

Pengalaman sedih dgn chengalmas travel

Posted on Tuesday, September 16, 2014 by @naBest
Siapa yang follow facebook aku, mesti tau pasal pengalaman sedih aku baru baru ni masa pergi trip hatyai-krabi 13/9-15/9

Sebelum ambil dgn travel agensi ni, entah mcm mana terasa yakin. Ada jugak dok tanya2 dengan member, tapi biasalah..masalah kecil kecilan boleh di maafkan. Masa member tu bgtau, dia ada ckp diorang tak dpt hotel yg dijanjikan. Tapi problem solved. Wpun dapat hotel murah, asalkan ada hotel, diorang maafkan. Fine. 

Kes ke dua kena pada member lain. Pun masalah hotel. Tapi masa ni aku dah tak boleh cancel sbb dah buat full payment. Masa ni member aku suruh double confirm pasal hotel dengan agent ni. Takut belum book.

Full payment rm450 ye. Inclusive all. Transport, insurans, hotel, makanan, tix fees, driver and tourist guide.
Tapi yg kami dpt cuma driver, van dan hotel. SAHAJA.

Masa mula nak book tu, hari hari msg minta bank in cepat cepat. Sebab nak book hotel katanya. Ok..fine. kita pun bayar deposit dulu. Selang seminggu minta full payment. Ok la..kita pun bayar full cuma lagi 3 orang minta nak bayar di hari nak bertolak nanti, which is lagi sebulan lebih dan dia kata ok. Tapi tetiba few weeks lepas tu msg lagi minta full payment and nak by esok juga. Masa tu aku dah sound dah. Dah la mungkir janji. Lepas tu desak desak nak duit. Tapi kita ni bayarr la jugak.
Tapi kes yg menyakitkan hati bermula dari malam sebelum bertolak tu.

1. Owner janji nak dtg ambil di rumah kat alor star. Tapi malam sblm nk bertolak tu dia msg yg van xbole nk masuk malaysia.  Jenuh kena cari kereta lain nak angkut semua pi border esok paginya sbb semua dh berkumpul kat aloq star. Huhu dah la kitorg sampai rumah dah jam 5am dengan jem kat highway. Huhu
Kalau betul van tak boleh masuk, cakap awal awal or jangan janji langsung!

2. Malam sblm bertolak dia ckp jumpa dia kat bukit kayu hitam. Dia tlg uruskan semua urusan, tukar duit dan urusan di border. tapi pagi2 nak bertolak tu dalam jam 7 pagi dia msg cakap dia tak pergi, dia bg je nombor agent thailand suh kontek sendiri dan pepandai la kat border nanti. Grrr. Nasib baik kitorg memang tau nak tukar duit kat mana.

3. Dan yg paling marah sekali adalah pasal pakej yg kitorg ambil. Pakej ambil full pakej. Termasuk makan,hotel dan jalan2. Tp bila jumpa agen, agen cakap diorg diberitahu pakej saya ni cuma hotel dan driver sahaja (patutnya ada driver & tourist guide). Bila dah complaint kat driver aka guide tu, dia ckp agent malaysia suruh bayar dulu duit makan dan tiket. Balik malaysia claim dari dia.
Senang kan orang tak bertanggungjawab buat kerja?

Jenuh haku nak menjawab dgn ahli rombongan. Semua bawa duit shopping je. Tetiba kena bayar sendiri, siapa tak marah. solution terakhir, agent akan refund rm800. Duit makan sahaja. Duit tiket, nanti diorang jawab kat akhirat. Kalau boleh jawab la.

Minta refund tu pun macam minta sedekah. Janji nak bank in malam. Esok petang baru bank in. Tu pun lepas haku ugut ugut nak report. Laju je terus bank in.

Lepas tu nak jumpa haku lepas habis trip, nak bagi rm500 refund. Untuk apa tah. Ai tak gila duit hokey. Dan hari ni haku spam penuh fb dia. Laju je delete smbl wasap merayu mnta maaf. Sori laa..sbb dh bengang.

Lepas tu offer trip free ke krabi. Sorry la ai nak layan. Hati ku telah diguris, sukar nak pulih.
Sekian entry sedih.
Tapi we had fun dekat sana. Agent thailand sangat baik dan sgt membantu. Baik gua terus deal dgn dia je..

Rupanya ramai lagi yg terkena. Dekat Ao Nang ada group 30 orang tak dpt naik bot sebab tak book awal. Kena tunggu bot kosong. Bila tanya, rupanya ambil dgn chengalmas juge. Adoi.
Insaf la bang.




Thursday, September 18, 2014

Day Trip to Kanchanaburi [Part 1]



Bila ada mood nak up entry buat. Hihi. Tempoh hari buat trip Overland Thai. Start dari Bangkok - Hua Hin - Surat Thani- Koh Samui - Hatyai. Total 7 hari. Tapi sampai Koh Samui trip jadi disaster sebab leader failed. Aku macam biasalah ketua buat 3 hari pertama di Bangkok. Tiket one-way dibeli RM 99 dan semestinya Air Asia.

Skip day 1 sebab macam biasa2 je naik boat Chao Phraya River then pergi MBK Plaza. MBK Plaza memang heaven part aksesori hp.

Day 2 aku plan pegi Kanchanaburi sebab pernah baca blog Zilla yang pergi sana. Beliau bermalam di  sana. Sebab aku tak in sangat pergi melawat segala mak nenek Wat Arun, The Grand Palace. Pendek kata Wat lah. The Grand Palace masuk sahaja dah RM 50. Like masuk tempat dorg sembahyang kena bayar? Pastu nak pergi floatig market pun boleh tahan mahal jugak pakej pastu barang jual dorang cakap mahal. Tourist spot area.

Kanchanaburi ni kira-kira 150km dari bandar Bangkok. 2 jam plus perjalanan kalo naik kereta and bus. Ada ofismate tanya " Ko gi Thailand kat mana?" "Jwb " Kanchanaburi" Dia reply " Negara atas langit mana tu??" Kahkah

Kitorang malas nak pikir dari sini ke sini area Kanchanaburi tu naik ape then cari lah tour yang sesuai. Memula survey  Good Times Travel macam Zilla guna then balas membalas emel dorang tak nak amik weols sebab dari Bangkok. Yelah takut tak sempat sebab tour start pukul 8 pagi. Then cari punya cari kat tripadvisor banyak rekmen Toi's Tour.   










2minggu sebelum pergi balas2 emel, deals on!  Dia pun cakap tour start 8pagi make sure dah ada pukul 730pagi. Dia suggest amik teksi tapi mahal la seorang RM75.


So aku pun mencari solution camne nak sampai Kanchanaburi seawal mungkin :-

Teksi      : 750 baht per head ( REJECT) -over budget
Train      : 100 baht Earlier train 7.45 pagi sampai sana 10.45 pagi (REJECT) -kalau nak bermalam di sana ok 
Minivan : 130 baht Minivan catch up di BTS Victoria Monument pergi survey semalam petang cakap start 6.30 pagi. (REJECT) - tak sempat sampai sana b4 8pagi



Last option PUBLIC BUS!!

Bus untuk ke Kanchanaburi from Bangkok kena pergi Southern Terminal Bus. Tapi orang local panggil Sai Tai Mai . Nak pergi terminal bus ni takde MRT and BTS yang lalu kena naik teksi. Aku pun ghiso la berapa la rate teksi pepagi buta nak pergi Sai Tai Mai. Perjalanan dari apartment kitorang Saphan Taksin dalam 15 minit jugak.  Mau kena caj sampai RM100 tecekik nak bayar. Takut kejadian kitorang naik teksi caj mahal kat Seoul berulang.



Google punya google, rupanya kat Bangkok rate sama je tade over charge after 12am. Yeapiii! Sekali duduk 35baht.

So seawal pagi pukul 430pagi dah bangun siap2 nak keluar. Tak payah mandi sebab nak gi berendam air terjun nanti. So tambang teksi nak ke Sai Tai Mai only 130baht. Ok lah tu!




Ni la rupa bentuk bas ke Kanchanaburi. Seat pun ok. Jadi orang pertama naik bas pukul 5.20pagi



Bus no 81 : 100 baht start pukul 4 pagi last balik Bangkok 8pm (1st class ada ekon)
Bus no 81-1 until 81-36  : 77 baht start 5 pagi (2nd class)





 Perjalanan selama 2 jam and sangat banyak stop dengan amik budak sekolah , askar , tentera dan last station Kanchanaburi.


Makcik Toi keep calling us dah sampai ke belum. Kitorang beli simcard Traveller yang bernilai 299baht unlimited internet. Superb ah kelajuan internet ceruk2 pun ade line. Sila beli simcard ini di 7-Eleven






Sabarlah makcik Toi kitorang dah sampai nak pi toilet duluuu.







Minivan pun dah get ready tunggu kitorag kat bus station then bawak kitorang pergi ofis Toi ni. Tak bayor lagi pakej tu. Harga yang di tawarkan 1090baht. Mahal sikit dar Good Time Travel dah dorng reject kami terpaksa cari lain. Hellooooo weolsss sampai pukul 730 okkkk! Pick up mat salleh lagi 4 orang pun pukul 8 pagi.



Maka bermulalah 1day tour kami. Mula pergi Erawan National Park terletak di West Thailand. Agak jauh perjalanan dari pekan Kanchanaburi sejam lebih. Sempat tidokan diri lagi. Dalam bus tak tido sebab kena alert dah sampai mana2. Kang di bawak ke negara atas angin betul2 haruu.






Pakej ni ada juga di sediakan menu lunch  nasi goreng tapi sume berlaukan babi. Vegetarian ada tapi pikir kembang pulak tekak aku goreng nasi ngan babi then guna kuali yang buat nasi vege kitrong. Makan la roti Gardenia yang ditapau khas dari Keramat. Rasanya orang Thai ni suka makan babi sebab banyak betul jual babi pangang, satay babi tepi2 jalan.



The major attraction of the park is Erawan Falls with emerald green ponds, named after the three-headed white elephant of Hindu mythology. The top tier of the falls is said to resemble the elephant's head


Apa istimewa Erawan National Park ni air terjun yang sangat cantik biru kehajiaun. Ada 7 tingkat semuanya. Diingatka lepas tingkat ke 2 , korang kena tinggalkan botol, plastik makanan dekat sini dah kena bayar 20baht 1 barang. Nak jaga kebersihan la ni. Baru nak berkelah hah. Kena mandi jelah. Masa diberikan dalam 2jam lepak2 kat sini. 







Perjalanan nak masuk ke waterfall agak jauh ke dalam dlm 2km kot jalan. Tapi sebab permandangan cantik tade la rasa sangat.







Maaf keahlian anda telah dibuang sebab failed menjalankan tugas pastu memilih bab makanan. Huahua. Roti ngan tuna pun tak makan??? Pastu sibuk pasal dah gemuk ke akuu banyak makan . Whatevaaaaa





Ni tingkat ke 2. Masa ni tak ramai pengunjung sebab weekday kan. Memang cantik la waterfall ni. Kena pulak tangan yang pandai shot mesti lagi cantik, Acik asal picit kamera jee.





Nak naik aras 3 kena serah segala botol air plastik makanan kat kaunter. Mendaki agak mencabar gak la.


Ni level 3 yang kami mandi manda.









Level 3 ni ada banyak ikan yang gigit kulit kita. Tapi ni bukan anak ikan gigit mak2 ikan gigit gelii geleman sampai ke ulu hati




Tingkat ke 4 pon boleh tahan megah nak naik nih. Otw ke sana ade lookup point




Menuju ke tingkat 4 waterfalss












Dah tak larat nak mendaki tingkat ke 5, ingat nak lepak2 tingkat 4 tapi macam tak yakin je nak berkelah kat sini sebab macam air dalam. Moh la turun pergi ke tingkat 3 tadi.  Kalo korang ada tenaga lagi panjat la sampai ke tingkat 7 tapi agak jauh trekking dorang ckp 2 jam.












Demi nak jaga hati dorang bagi nasi goreng vege bawak jelah plastik makanan tu. Kat sini tempat washroom bukan kat Malaysia ade toilet dalam. Kat luar je. Dalam toilet terpaksa weols bersihkan badan dalam jamban.



Dalam pukul 12 dah siap2 mandi kitorang menuju ke Hellfire Pass. Tu next entry la kita cerita yeaaa