Thursday, September 18, 2014

Day Trip to Kanchanaburi [Part 1]



Bila ada mood nak up entry buat. Hihi. Tempoh hari buat trip Overland Thai. Start dari Bangkok - Hua Hin - Surat Thani- Koh Samui - Hatyai. Total 7 hari. Tapi sampai Koh Samui trip jadi disaster sebab leader failed. Aku macam biasalah ketua buat 3 hari pertama di Bangkok. Tiket one-way dibeli RM 99 dan semestinya Air Asia.

Skip day 1 sebab macam biasa2 je naik boat Chao Phraya River then pergi MBK Plaza. MBK Plaza memang heaven part aksesori hp.

Day 2 aku plan pegi Kanchanaburi sebab pernah baca blog Zilla yang pergi sana. Beliau bermalam di  sana. Sebab aku tak in sangat pergi melawat segala mak nenek Wat Arun, The Grand Palace. Pendek kata Wat lah. The Grand Palace masuk sahaja dah RM 50. Like masuk tempat dorg sembahyang kena bayar? Pastu nak pergi floatig market pun boleh tahan mahal jugak pakej pastu barang jual dorang cakap mahal. Tourist spot area.

Kanchanaburi ni kira-kira 150km dari bandar Bangkok. 2 jam plus perjalanan kalo naik kereta and bus. Ada ofismate tanya " Ko gi Thailand kat mana?" "Jwb " Kanchanaburi" Dia reply " Negara atas langit mana tu??" Kahkah

Kitorang malas nak pikir dari sini ke sini area Kanchanaburi tu naik ape then cari lah tour yang sesuai. Memula survey  Good Times Travel macam Zilla guna then balas membalas emel dorang tak nak amik weols sebab dari Bangkok. Yelah takut tak sempat sebab tour start pukul 8 pagi. Then cari punya cari kat tripadvisor banyak rekmen Toi's Tour.   










2minggu sebelum pergi balas2 emel, deals on!  Dia pun cakap tour start 8pagi make sure dah ada pukul 730pagi. Dia suggest amik teksi tapi mahal la seorang RM75.


So aku pun mencari solution camne nak sampai Kanchanaburi seawal mungkin :-

Teksi      : 750 baht per head ( REJECT) -over budget
Train      : 100 baht Earlier train 7.45 pagi sampai sana 10.45 pagi (REJECT) -kalau nak bermalam di sana ok 
Minivan : 130 baht Minivan catch up di BTS Victoria Monument pergi survey semalam petang cakap start 6.30 pagi. (REJECT) - tak sempat sampai sana b4 8pagi



Last option PUBLIC BUS!!

Bus untuk ke Kanchanaburi from Bangkok kena pergi Southern Terminal Bus. Tapi orang local panggil Sai Tai Mai . Nak pergi terminal bus ni takde MRT and BTS yang lalu kena naik teksi. Aku pun ghiso la berapa la rate teksi pepagi buta nak pergi Sai Tai Mai. Perjalanan dari apartment kitorang Saphan Taksin dalam 15 minit jugak.  Mau kena caj sampai RM100 tecekik nak bayar. Takut kejadian kitorang naik teksi caj mahal kat Seoul berulang.



Google punya google, rupanya kat Bangkok rate sama je tade over charge after 12am. Yeapiii! Sekali duduk 35baht.

So seawal pagi pukul 430pagi dah bangun siap2 nak keluar. Tak payah mandi sebab nak gi berendam air terjun nanti. So tambang teksi nak ke Sai Tai Mai only 130baht. Ok lah tu!




Ni la rupa bentuk bas ke Kanchanaburi. Seat pun ok. Jadi orang pertama naik bas pukul 5.20pagi



Bus no 81 : 100 baht start pukul 4 pagi last balik Bangkok 8pm (1st class ada ekon)
Bus no 81-1 until 81-36  : 77 baht start 5 pagi (2nd class)





 Perjalanan selama 2 jam and sangat banyak stop dengan amik budak sekolah , askar , tentera dan last station Kanchanaburi.


Makcik Toi keep calling us dah sampai ke belum. Kitorang beli simcard Traveller yang bernilai 299baht unlimited internet. Superb ah kelajuan internet ceruk2 pun ade line. Sila beli simcard ini di 7-Eleven






Sabarlah makcik Toi kitorang dah sampai nak pi toilet duluuu.







Minivan pun dah get ready tunggu kitorag kat bus station then bawak kitorang pergi ofis Toi ni. Tak bayor lagi pakej tu. Harga yang di tawarkan 1090baht. Mahal sikit dar Good Time Travel dah dorng reject kami terpaksa cari lain. Hellooooo weolsss sampai pukul 730 okkkk! Pick up mat salleh lagi 4 orang pun pukul 8 pagi.



Maka bermulalah 1day tour kami. Mula pergi Erawan National Park terletak di West Thailand. Agak jauh perjalanan dari pekan Kanchanaburi sejam lebih. Sempat tidokan diri lagi. Dalam bus tak tido sebab kena alert dah sampai mana2. Kang di bawak ke negara atas angin betul2 haruu.






Pakej ni ada juga di sediakan menu lunch  nasi goreng tapi sume berlaukan babi. Vegetarian ada tapi pikir kembang pulak tekak aku goreng nasi ngan babi then guna kuali yang buat nasi vege kitrong. Makan la roti Gardenia yang ditapau khas dari Keramat. Rasanya orang Thai ni suka makan babi sebab banyak betul jual babi pangang, satay babi tepi2 jalan.



The major attraction of the park is Erawan Falls with emerald green ponds, named after the three-headed white elephant of Hindu mythology. The top tier of the falls is said to resemble the elephant's head


Apa istimewa Erawan National Park ni air terjun yang sangat cantik biru kehajiaun. Ada 7 tingkat semuanya. Diingatka lepas tingkat ke 2 , korang kena tinggalkan botol, plastik makanan dekat sini dah kena bayar 20baht 1 barang. Nak jaga kebersihan la ni. Baru nak berkelah hah. Kena mandi jelah. Masa diberikan dalam 2jam lepak2 kat sini. 







Perjalanan nak masuk ke waterfall agak jauh ke dalam dlm 2km kot jalan. Tapi sebab permandangan cantik tade la rasa sangat.







Maaf keahlian anda telah dibuang sebab failed menjalankan tugas pastu memilih bab makanan. Huahua. Roti ngan tuna pun tak makan??? Pastu sibuk pasal dah gemuk ke akuu banyak makan . Whatevaaaaa





Ni tingkat ke 2. Masa ni tak ramai pengunjung sebab weekday kan. Memang cantik la waterfall ni. Kena pulak tangan yang pandai shot mesti lagi cantik, Acik asal picit kamera jee.





Nak naik aras 3 kena serah segala botol air plastik makanan kat kaunter. Mendaki agak mencabar gak la.


Ni level 3 yang kami mandi manda.









Level 3 ni ada banyak ikan yang gigit kulit kita. Tapi ni bukan anak ikan gigit mak2 ikan gigit gelii geleman sampai ke ulu hati




Tingkat ke 4 pon boleh tahan megah nak naik nih. Otw ke sana ade lookup point




Menuju ke tingkat 4 waterfalss












Dah tak larat nak mendaki tingkat ke 5, ingat nak lepak2 tingkat 4 tapi macam tak yakin je nak berkelah kat sini sebab macam air dalam. Moh la turun pergi ke tingkat 3 tadi.  Kalo korang ada tenaga lagi panjat la sampai ke tingkat 7 tapi agak jauh trekking dorang ckp 2 jam.












Demi nak jaga hati dorang bagi nasi goreng vege bawak jelah plastik makanan tu. Kat sini tempat washroom bukan kat Malaysia ade toilet dalam. Kat luar je. Dalam toilet terpaksa weols bersihkan badan dalam jamban.



Dalam pukul 12 dah siap2 mandi kitorang menuju ke Hellfire Pass. Tu next entry la kita cerita yeaaa











8 comments:

  1. HJ, sis JM rasa url link ti Good Time dan Toi's Tour ke website yg sama...ce check
    BABi tu jadi mkn utama dorang sbb ustazah pernah stori daging BABi ni antara DAGING yg paling SEDAP antara dagin2 binatang yg lain
    Alaa..baru nk tgk siapakah gerangan budak ituw..DIVA sgt tau..pegi Bangkok memilih cam tggal kat Msia
    Wow..sis dh beli tiket ke Bangkok..haruslah masuk dlm itie ni..

    HJ ke sini bulan berapa ek

    ReplyDelete
  2. kanchanaburi memang best. lepas ni kalau repeat blh la naik bas pulak. hehehe

    ReplyDelete
  3. Ved try email Toi Tours tu..tp return mail lak...
    Boleh bagi email alternatif toi tours tu tak..?

    Tq

    ReplyDelete
  4. Cantiknya waterfalls!!!! Nak pegi. Tips public bus & simcard tu mmg berguna!

    btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) blog kami www.thetravelling3o.com kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

    Terima kasih!!

    ReplyDelete
  5. mane sambungan kanchanaburi ni sis??? skip2 juga rupenye.. haha

    ReplyDelete
  6. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )


    LAKE TOBA TOUR 05 DAYS – 04 NIGHT
    02 SAMOSIR ISLAND, 01 NIGHT BERASTAGI, 01 NIGHT MEDAN

    MARKET : MALAYSIA
    ITINERARY : PRIVATE TOUR

    DAY 1 : MEDAN – PARAPAT – SAMOSIR ISLAND
    Arrival at Kualanamu International Airport will be welcomed by Tour Guide/Driver. After meeting services drive to Parapat via Pematang Siantar. Enroute you will enjoy a nice view with palm and cocoa estates. Stop over at Paten Shop for relax and shopping local snacks. Lunch will served in restaurant . Arrive in Parapat by ferry /boat transfer to Samosir Island. Check in at botel and dinner will be servet at resturant or hotel.

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND TOUR
    Breakfast in hotel. In the morning by boat charter cruise to Samosir Isalnd to visit Tomok village to see the ancient tomb of King Sidabutar and Ambarita traditional village. Shopping Tours. Lunch will be served in restaurant. Afternoon free program and enjoy the Lake Toba. Dinner at restaurant.

    DAY 3 : SAMOSIR – PARAPAT - BERASTAGI
    Breakfast at hotel. By boat /ferry transfer to Parapat. Leave Parapat for Berastagi through marjarunjung valley. Enjoy ginger tea and fried bananas (personal expenses). Stop at Sipiso Piso waterfall to see this magnificent 110 metres tall waterfall drops from Karo highland with back ground the view of Lake Toba. Proceed to Berastagi and arrival in Berastagi visit the central fruit market to buy tropical fruits, vegetables and flowers. Check in at hotel. Dinner at restaurant

    DAY 4 : BERASTAGI – MEDAN
    Breakfast at hotel. Drive to Medan via Sembahe the windy road and enjoy a nice view from Puncak Sibolangit. Arrive in Medan to visit Maimun Palace to see the Palace of the Sultan of Deli which was established on 1888 and Grand mosque at Jalan Mesjid Raya. Lunch in restaurant. Shopping Tour. Check an hotel and Dinner at restaurant. Free program

    DAY 5 : HOTEL – AIRPORT
    Breakfast at hotel. Free program until time transfer to Kualanamu International Airport for return flight. Tour End.




    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
    • DRIVER
    • PATROL
    • EKSIDENT INSURANCE
    • GOVERNMENT TAX

    ReplyDelete

Thanks for dropping a comment