Showing posts with label Ladies Market. Show all posts
Showing posts with label Ladies Market. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Backpacking ke Hong Kong [Part 4]


* Esok pi collect passport mohon visa China. Disarankan yek rerakan sekalian, selain bawa application form, passport and gambar berukuran passport, silalah print sekali FLIGHT BOOKING (flight masa nak pegi je dia tengok masa balik dia pulangkan balik kertas2 tu kat I) and HOTEL/HOSTEL BOOKING . Korang pegi by group 5 orang, setiap sorang kena ada copy flight and hotel booking. Ramai kena reject woo ari Senin ritu. Aku punya smooth je tade pape masalah. Nak tahu lebih lanjut click sini la  *


Ome! Kat mana part last pasal Hong Kong ritu? Dasar nama blog malas kann.

 Lepas dah habes tengok Dolphin Show yang macam lahai sekejap sangatt perut kitorang sume dah mitak makan. Tak boleh jadi ni biarlah tak habis semua ride kita surrender nak kuar dari Ocean Park.





Beratur pulak hah nak naik cable car ni. Setengah jam jugak la kena beratur.


Ride tak sempat naik. Apa ke beso sangat Ocean Park ni. Yang macam kat Genting tu pun tak sempat naik  Space Shot eh.




Berbaloi sebab view sangat cantik masa naik cable car ni



 Ingat dah sampai boleh je nonong kuar tapi tak boleh. Kat sini pulak ada ala2 perkampungan Hong Kong China. Aishh. Kena bergambar aihh. Padahal muka ketiak dah berlengas.


 Sport shoe bantai beli Power kat Bata jek. Harap boleh lenjan ke Great Wall Mutianyu pulak yek.



Cuaca hari itu yang sangat cerah and terik. HK kan terkenal dengan view sangat kabus. 









Dah beratur naik bas pulakk. Nasib bas 629  standby dengan banyaknye. Bus ni stop kat tempat masa kita naik tu la Admirality Station.

Bus fee : HKD 10.50 (RM4.30++)

Masing-masing dah gigil lapar marilah teruskan misi cari Islamic Center Canteen kat Wan Chai. Malam hari pun redah jelah. 

Cara pergi Islamic Center Canteen dari stesen Admirality.

Admiralty --> Wan Chai (1 stop, Island Line, HKD 4)

Keluar saja dari stesen Wan Chai tarik nafas lintas jalan. Kekiri yek.  Jalan straight sahaja. First timer memang rasa jauh padahal tade la jauh sangat. Yang datang malam lagi la macam betul ke jalan nih. Betul!




 Hah! Nampak The Charterhouse ni memang dah dekat la nak sampai.(dari malam jadik siang? Hehe. Ni direction je kitorang redah malam tu nak amik gambar tak lawa time tu)



Masuk dalam tu. Keluar2 belah kanan tu dah tersergam indah Islamic Center , Masjid Ammar




Bertukar ke mood malam . Sebab semua kebulur




Level 5. Dah malam harapan jelah nak makan dimsum. Sila cuba lagi datang esok lusa di siang hari.



 Bagi nasi dalam mangkuk, tak pandai weh. Campak nasi dalam pinggan. Bahagia makan!








Cop kalo berjalan nonong straight sampai Casanova Pizza silalah patah balik ke arah Volkswagen Hong Kong Centre sampai nampak The Chaterhouse.



Gedik nak naik ferry pulak. Naik je bus kat seberang jalan tu and tulis last station TimShaTsui Ferry. Settle sampai. Naik ferry murah je dalam HKD 2 (80++ camtu la seingat aku lah) . Boleh tengok bangunan cantik disimbahi cahaya macam kat KL?? =P



 Cantik! Camera canggih tapi spesis tuan tak pandai setting malam dapat camni jelah.




 Dah sampai ke seberang marilah cari stesen MTR. Part ni tak habis stady pun. Tapi prinsip ikot saja hala tuju orang ramai ke mana2 menjadik Jauh gak menapak dari stesen Ferri nak ke stesen MTR Tsim Sha Tsui.



Lalu deretan kedai mewah nasib dah tutup tengok jelah duet shopping ku bawa RM500 sahaja. Wahaha. Nak amik gambar sendiri pun tak lalu penat katanya.




 Nampak budak ni, kemain ko posing ye dik. Aku snap gambar dia jelingg nau siap makin kencang posing maut dia.




Dari MTR Tsim Sha Tsui -MTR Mongkok (HKD 4.9) longlai je semua balik hostel Tapi tapi bila sampai, semua cargas!!

Sebab....























LADIES MARKET!! Shopping seround jap cari sorvenier!






Berazam siap kan entry Hong Kong sebelum my next trip within 2 3 weeks!


Friday, February 1, 2013

Backpacking ke Hong Kong [Part 1]

*Hollaaa. Mari bermalas malasan di cuti Hari Wilayah ini. Suka i'olss cuti banyak awal-awal tahun nih*

Minggu lepas (21 Januari 2013) saya bersama rakan ke Hong Kong. Ala Hong Kong je pun bersepah dah orang pegi sana. Tak kira nak  citer gak untuk tatapan diri sendiri and for those yang travel ke sana.

Flight di awal pagi 6.30 pagi, pukul 3am dah bergerak dari KL Sentral. Malam tu pun tak de nak lena aihh excited katakan. =))  Malam sebelum tu dah macam ghiso cukup ke lugage 30kg bila tengok beg sume memberat, pantas ku purchased lagi 20kg . Fuhh lega memang ngam2 45kg. Episod pegi Sabah November lepas tak nak berulang kena bayar RM150 sebab tak sempat drop lugage kena pas kat 2nd trip adik ku.

100 HKD = RM40

Nak senangkan kira, darab 4 . Contoh HKD 20 = RM 8.00


Terkejut menengok masa beratur belakang kitrong geng2 India ke Nepal tah nak check in LED TV 42inci. Yea memang tv la . Bukan 1 tapi 2 bijikk.  Padayapppaa. Kalo mesin basuh lagi haruu oii.


Ready to boarding



Declaration form yang tak banyak songeh kena tulis. I love my official travel pen from NZ. 





Makcik ni la project manager, gigih buat last revision. Kalo masa zaman study tiap2 sem la 4.0 kan.





Selepas 3 jam 15 minit, selamat sampai. Tu pun dah penat 5 kali berulang ke toilet dalam flight. ( teringat camne pernah survive naik 10 jam flight lamaa gilakk)









Betul la baca blog sana sini, airport HK gilaaa besarrr besarrrr sangatt. Nak pegi amik lugage setengah jam kena berjalan naik tren segala. 



Orang dari Mainland sangat pycho pakai coat tebal macam sejuk sangat. Cuak dah kitorang sejuk ke wehh. Tengok dalam forecast nyaman2 sesajo 16-17C








Immigration pun pantas dan laju.







 Beli Octupos kad di Customer Service kat airport. Deposit HKD 50 and kami topup HKD 200.




Nanti dah nak balik boleh redeem kad ni dengan balance tapi ada penalty fee HKD 9.


Lepas settle amik bagage and beli Octopus Card, cari bas A21 menuju ke Mongkok.

 Kami menginap di Ah Shan Hostel memang terletak depan Ladies Market.  Kitorang amik 4 bed private ensuite harga semalaman RM65. Ok laa takat kuar pagi balik malam tido.

 Hostel ditempah melalui Hostelworld.com

Room 1406,14/F, Sincere Hse, 83 Argyle St., Mongkok ,Kowloon. Hong Kong 
中文地址:旺角亞皆老街83號先施大廈14樓1406室




 Kalo la semua bas dalam Malaysia camni, xpayah ada kereta pun tak pe. Sangat bagus dan selesa.



 Kata tourist, dalam bas pun haruslah amik gambar







Misi mencari hostel.


Tadaa selamat sampai. Tingkat 14 woo. Agak sempit tapi selesa and bersih. Highly recommended to all budget travellers sebab dekat ngan MTR Mongkok.




Agenda seterusnya ke Stanley Market. 

 Kendian-kendian la sambung,