Showing posts with label Beijing West Railway Station. Show all posts
Showing posts with label Beijing West Railway Station. Show all posts

Friday, September 13, 2013

Only in China : Hongqiao Pearl Market dan Beijing West Railway Station [11]



18 April 2013 - Hari ke-7


Dah hari ketujuh berada di China. Hari ini last day di Beijing sebab kami akan ke Xi'an menaiki High Speed Train.  Kami allocate masa Beijing hanya 4 hari 3 malam. 4 hari tak cukup weyy nak explore Beijing must go place. Sedih sangat banyak tempat kami tak sempat nak pegi dek masa yang tak cukup. Antara tempat yang tak sempat nak tuju ; Forbidden City, Summer Place,Wangfujing, Behei Park dan Temple of Heaven. Ni kena repeat trip sebab tak habis cover lagi. 

Awal pagi lagi kami check out Beijing Leo Hostel. Malam tu dah siap packing barang. Menangis habaq hang nak packing barang-barang shoping kat Silk Market. Ada yang member sorang tu siap beli 200-300 pieces sarung kotak tisu untuk goodie bag kenduri kawen adik laki dia (tapi jodoh tak panjang 2 bulan kawen, skang dah nak bercerai), dengan comforter bagai. Ko dah la bawak beg troli. Den menengok jelah. Aku duduk hempuk2 atas bag ko, ko tolong zip. Terlebih muatan sudaa.

Cadang pagi tu nak pergi Temple of Heaven parking la bag kat lugage store sebelah Tiananmen Square yang jauhhh gilo dari hostel jalan kaki nihh dengan seret angkut bag. Dalam 2-3 km jugak jalan tu. Sampai sana nak tinggal bag sekaliii hazab mendatang. Orang tu cakap lugage store ni sampai pukul 12 je. Hoih baik ko tak payah buat bisnes. Pukul 8 pagi bukak pukul 12 dah nak tutup. Bertimpa-timpa la kitorang sedih. Plan nak gi Temple of Heaven memang cancel la weh. Takan nak hangkut beg sana. Diskas2, cakap jum la kita simpan bag kat Beijing West Railway Station. Senang.






Perjalanan ke Beijing West Railway Station tu pun lama dengan tukar train lagi, naik turun tangga dan tangga yang penting SERET BAG. Penat! Tade dah nak snap gambar yang tahu nak sampai Beijing West Railway Station campak bag ringgan bebanan.










Amboih sengih ke telinga amoi tengok kitorang yang dalam kepenatan! Rate lugage ni seingat memori ku,harga lugage store 4 orang 100 yuan/ RM50. (skang duit Yuan mahal, last week tengok 100yuan=RM54.50, masa tukar April 100yuan=RM50.05)    



Setel semua tu simpan beg, terasa badan nak terapung di awangan. Next, kita terjah ke Hongqiao Pearl Market yang letaknya berhampiram Temple of Heaven.

Hongqiao Pearl Market

Line 5 Tiantangdonmen --> Exit A --> Ke kiri Hongqiao Pearl Market ke kanan Temple of Heaven.


Hongqiao Pearl Market ni bukan la jual pearl semata. Lebih kurang Silk Market jugak banyak barang tapi satu kelebihan ada jual gadget murah punya.





Dah sampai tu singgah Mc D makan fish fillet buat kali kedua. Tekak aku memang kata tak sedap la dengan takde sos . 




Coat baru beli kat Silk Market. Dapat harga RM90 je selepas beperang harga ngan penjual yang mark up sampai RM600. Choii sangatt. Masa beli dah pikir "Kegunaan masa depan coat ni". 








Kaya betol tokey kedai ni. Semua benda di borong kat sini. Malas nak survey tempat lain. Beli tab untuk adik aku RM100 jadik la, ngan power bank 7 bijik (pesanan dari rakan), cover camera. Nyampah taw, tokey ni dah kita angkat barang nak beli, nanti dia tunjuk yang lain nak beli lagii. Sampai member sorang tu beli pendrive guna Ringgit Malaysia sebab takut bajet Yuan lari. Nasib dia terima.







Dalam pukul 330 petang kami pun menuju semula ke Beijing West Railway Station sebab train ke Xi'an pukul 5.30 petang.



Oversea sangatt.




Macam biasa, sebelum masuk gate scan, get ready ticket train dan passport anda. 



Besar macam airport.Sama besar je kat Shanghai Hongqiao tu.





Lama sangat tunggu terlelap jap.





Kisah train kat sini dah penah cerita kat entry lepas-lepas.



Sama macam pramugari flight. Masa ni dia tengah arrange sorang makcik yang OKU pakai wheelchair  dengan anaknya. Wheelchair tak muat masuk tempat seat. Terpaksa la anaknya angkat mak ke seat yang agak jauh ke belakang.





Bye bye Beijing. Perjalanan Beijing Xi'an memakan masa 6 jam. Kalo naik train biasa 12-14 jam jugak la.. Dalam train apa lagi buat macam dapur sendiri la, makan megi, air nescafe cincah biskut. Local Chinese lagi kehlass aku tengok dorang ratah je petola, timun,carrot, tomato. Buat jajan je hah.Sebabkan aku tak tido, sempat habiskan 2 episod Korean Drama,The King of Drama. *Siwon hensemm* 




Xi'an !! Alhamdullilah



Railway station yang lengang sebab dah pukul 12am rasa nye train kitorang dari Beijing ni last. Okey. Pasni sambung pasal cerita Xi'an pulak.

Bye!



Thursday, April 25, 2013

Kisah Bullet Train di China


Sepanjang pengembaraan di bumi China dari 12/April - 22/April, kitorang dapat merasa 3 kali naik bullet train. Memang terbaik dari ladang lah lajunya.  Tiket train di China sangat terhangat di pasaran. Sehangat asmara gitew. So, kalau boleh belilah in advanced train tiket kalo ada nak ke next destination. Contohnya, kitorang beli tiket train in advanced dari Beijing- Xi'an masa tiba di Shanghai Hongqiao Railway Station and in advance Xi'an-Chengdu masa di Beijing South Railway Station. Tade advance fee pun.


Kisahnya bermula masa nak beli train ticket kat Shanghai Hongqiao (14/4) tujuan ke Beijing Bei-Xi'an. In our planning, nak ambil "Z" or 'T" kira overnight la 12 jam dalam train ambil hard sleeper bed pada 18/4. Tapi kita hanya merancang Allah tentukan. Tiket train biasa dah sold out.Soft sleeper, hard sleeper apetah seat bese,  semua berjaya disapu awal oleh umat lain. Pergh pergh. Pastu tengok ada train pukul 5.38pm 18/4. Tiba part bayar (masa ni bayar sekali dengan tiket train Shanghai-Beijing , harga 553 yuan X 4 ). Dah keadaan gabra total up 4k++ yuan (RM2k++). Masa bayar kira 40++ helaian duit 100yuan. ( Orang belakang dah mencarot panjang aku and member sorang lagi lama bersidai kat kaunter). Masa ni tak perasan lagi. Bayar-bayar eh apsal tak cukup duit kutipan train kita nihhh. Siap kena tambah duit aku lagi.




Settle bayar, jumpa member lagi 2 orang penunggu bag and lugage baru perhati kat train tiket. Lorh. Kita naik bullet train la ke Xi'an. Gigil tengok harga. Unexpected 515.50 (RM 258). Coach no 10.Harga tiket dah boleh beli tiket flight Busan promo Air Asia tauuuu. Nangess kena topup duit shopping untuk beli tiket train Xi'an -Chengdu and cari hostel untuk 1 malam.



New high-speed service:  A new high-speed line is opened on 26 December 2012 allowing 300km/h (186mph) trains to link Beijing West to Xian North in 5.5 hours, with 10 departures a day, expected train times are now shown below


Tu baru drama 1.

Mai masuk drama ke 2 .. Miahihihi.


Maka berbondonlah kami dengan muatan beg makin bertambah berat hasil tangkapan kat Silk Market and Pearl Market ke Beijing West Railway Station ( "West" - "Xi" ). Perhatian-perhatian Line 9 ke Beijing West Railway Station dah dibuka bulan December 2012. Tak perlu korang nak menapak bersesak dari Military Museum nak ke sini.



Line 9 : Beijing West Railway Station 



Setiap hari, masa dan ketika ramai je manusia kat Railway Station. Tak paham. Dorang ni tak keje kee.




Bagpack yang sangat rare! Tu ada lagi geng depa yang bawa guni versi melintang panjang. Habis dilibas aku ni masa naik escalator.



Masa tunggu train kami pada jam 5.38pm. Dah terpacak kat sini sejak pukul 4.30pm. Semua manusia tu naik train yang sama G667. Tak kosser aku nak join beratur panjang dengan deme. Sikap mereka adelah tidak sabar. Semua benda nak cepat.



Tibalah dramanya. Kitorang pelik sepanjang 2 kali naik bullet train, Hangzhou-Shanghai and Shanghai-Beijing kitorang sampai dah memang bukak gate untuk masuk ke train. Siap boleh bancuh meggi buat air sementara train berlepas. Kat sini tunggu punya tunggu 5.30pm tak bukak-bukak lagi. Yelah train kat China kan on time. Tak lebih tak kurang minitnya. 3 minit sebelum 5.38pm baru open gate. Apelagi semua berpusu masuk la. Kitorang nak berpusu pun tade la sangat dah terbiasa lenggang kak jenab.






Siap sempat snap gambar lagi. Dorang dah berkejaran masuk dalam train. Sekali hamik kauu kitorang tak sampai bawah lagi dorang dah tiup wisel. Tiup wisel tanda cepat la masuk train dah nak jalan oiiii. Masa ni dah rasa nak campak je lugage bergolek kebawah. Cuak ok! Masak kalo tertinggal train. Pulak tu gerabak kitorang no 10. Jalan-jalan ke belakang tak jumpa lagi. Dengan berlari bawak bagpack and lugage total up 25kg tu. Hasil shopping kat Beijing katanya. Tak cukup napas habaqqq hangg kami ni. Alhamdullilah. Sempat masuk. Elok je aku masuk. Baru nak cari seat nih, zapppp train dah berjalan. Gilo hektik!!! Sekarang salah siapa??? Beristigfar banyak2 la kat sana yek.




Tade power bank, charge kat sini pon boleh.





Maka perjalanan kami sepatutnya 12 jam dapat dipendekkan jadi 6 jam. Cepat betul dorang buat kerja, train stop makcik ni dah tukar posisi seat mengadap ke depan.





12am selamat tiba.Bullet train akan stop kat Xi'an North Railway Station yang lagi bersih dari Xi'an Railway Station.




Ok. Bye!