Tuesday, October 22, 2013

Only in China : Xi'an City Wall dan Muslim Quarter, Xi'an [14]


Hari ke-9,  20 April 2013


Penyakit malas bertimpa-timpa nak update blog pon sendu. Ok let sambung kisah kami di hari ke-2 di kota bersejarah Xi'an. Pada hari ini agenda kami adalah ke Xi'an City Wall.

Bandar Xi'an ni dikelilingi  oleh tembok yang membentuk 4 segi yang dinamakan Xi'an City Wall. Mekanisma Xi'an City Wall ni sama macam Great Wall China iaitu pertahanan. Ia dibina pada zaman Dinasti Tang dan diperbesarkan lagi pada zaman Dinasti Ming. Kepanjangan City Wall ni 13.74km







Bandar dalam lingkungan tembok, Xi'an

Cara nak pergi Xi'an City Wall dari hostel kami menginap, Han Tang House :-

1- Jalan kaki ke Bell Tower
2- Bas #603 atau #609 dari Bell Tower ke South Gate ( 1 yuan) - 1 pit stop je





Senang je berjalan sekitar kota Xi'an ni.





Papan tanda no bas mengikut destinasi. Paham kah??




Langit masa ni tak mendung beraarak kelabu je, sebab kelmarin seharian kan hujan.






Seram betul lalu lintas dan jalan raya kat sini. Lebar dia 7 line siap berzigzag. Pening!




Hah. Lepas turun dari bas #603 kami perlu menyeberang zebra cross tu untuk ke main entrance Xi'an City Wall. Memang urut dada ngucap panjang-panjang la ketika itu. Dengan kereta bas laju, tade traffic light. Lintassss.




 Main entrance Xi'an City Wall.









My fashion in dat day FAILED! Ko tengok macam orang dalam pantang berstokin dengan selipar jepun. Kekdahnya, kasut saya basah seharian berendam hujann. Dengan cuaca lahaiii dah rasa badan macam nak demam.





Sesi membeli tiket untuk masuk ke City Wall.











 
 
Sejarah Xi'an City Wall.






Tiket masuk ke City Wall ini 40yuan = RM 20

 Di City Wall ni juga terdapat beberapa persembahan free and live tapi mengikut waktu la. Antaranya :-

 i) City Wall Gate Openning Ceremony (South Gate Square : 9.30am)
                                                                                                                                                                         ii)Warrior Parade Performance (Barbican): 10:30, 16:30  

iii) Acrobatics (Barbican): 11:00, 17:00
                                    
 iv) Living Sculpture (Barbican): 11:20, 17:20
                          
 v) Courteous Outing of Warriors, Ministers and Generals: 13:30, 15:30                                             
                                     
 vi) Relieving Guard Ceremony: 8:30, 14:30, 17:30



 Yang kami sempat sebab ngam-ngam sampai adalah yang I dan II di atas.




Ni parade dorang. Nak kata awesome tidaklah tapi menghiburkan lah! Dengan gendang dipalu, tentera menari, raja-raja Nye sekali.



Parade ni lebih kurang setengah jam .




Golongan perempuan tukang pukul gendang, Hebakk

Lepas persembahan tamat, kami sebagai pengunjung boleh bergambar sepuas-puasnya dengan aneka tentera . Free je. Tak payah berbayar pun








 
Huduss benor ghupa aku ketika ini. Beselah dah hari last-last malas nak bermekap siap dengan rasa badan lemau.










Para pengunjung yang lain sama-sama turut bergambar dengan aneka mascot tentera. Macam biasa haruslah cari yang hensem smart bergaya. Dasarrr






 
 
 
 
 










Macik ni lawo la posing, aku posing macam sakaii je selipar jepun












Kota Xi'an yang sangat bz. Pagi-pagi jam tauu.




Tak larat nak menapakkk hujung ke hujung kami pun decide nak sewa basikal mengelilingi City Wall ni. Basikal dia tak leh nak pilih comel-comel macam kat Hangzhou. Harga sewa basikal agak mahal 40yuan/ RM20 untuk 2 jam. Deposit kaw2 letak 200yuan/RM100 setiap basikal yang kita sewa .




Bicycle Rental rate. Boleh returned at any other destinations at City Wall.




Ayomattt get set GO!!








Permukaan City Wall ni agak tak rata. Biasa lad benda dah berkurun dibina. Bila bawa basikal tu habis begegar bontot tetek langgar permukaan tak rata. Siap sampai rasa nak terkucil. Ke factor cuaca sejuk eh? Mandai je buat hipotesis sendiri. Hewhew. Toilet sini momantaii bersih dan dijaga.







Tempat persembahan parade tadi.







Yang member lagi 2 orang gagah mana hala tunjal basikal. Aku dan Khal surrender! Demam weh. Korang pegi mana, kami nak tido jap. Sempat lagi curi2 amik gambar.

Dalam pukul 1 tengahari tu setelah return back basikal, kami pun balik naik bas #603 menuju ke Bell Tower dan seterusnyaa ke Muslim Quarter untuk lunch dan JJCM. Hoyeahh. Lapar nasikk.

Ramai sangat manusia ketika ini. Yelah weekend hari Sabtu kan.




























Sedap kuih ni, ubi keledek.








Derertan satay kambing dan lembu . Nomnomnom.



Telur puyuh panggang ni pun sedap. Eh sume benda panas makan dalam cuaca sejuk sedaplah !






Satey paling mahal pernah beli 10yuan/RM5 secucuk. Tapi rasa dia terbaik lah! Kenyang makan secucuk je.



Next pit stop kami solat jama' di Great Mosque od Xi'an. Tu kendiaaa entry la cerita yea!


Salam!



2 comments:

  1. tak per malas update pun ..coz nama blog pun..BLOG MALAS heeee..tak ada org marah

    Gambar berselipar jepun tu kelakar heeee..Satay kaming sedap tuu..teringin nk nkn lagi tapi perlu ke China kat..kat Msia tak de

    ReplyDelete
  2. blog santai, gambar menarik, w/pun penceritan kurang

    ReplyDelete

Thanks for dropping a comment